Sunday, June 2, 2013

Perjalanan ke Sulawesi Utara.. `Si Tou Timou Tumou Tou' Part III

Bersambung Dari Part II.

Hari ke-3 di Manado. Hari ini Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) kali ke-10 bermula. Seawal jam 8.15 pagi, dewan konvensyen di Novotel mula dipenuhi oleh delegasi-delegasi dari seluruh dunia. Lebih 300 pengamal media menyertai konvensyen kali ini. 


Dengan Kumaran 
Dewan Persidangan



Sidang kemuncak ini kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Bapak Tifatul Sembiring.


Bapak Tifatul Sembiring


Untuk sesi petang terdapat dua sesi pembentangan yang berjalan serentak. Maka, saya, Kumaran dan Dr. Nawiyah memilih untuk mendengar pembentangan oleh Dato' Adilah Shek Omar mengenai Media Literacy.


Dato' Adilah Shek Omar


Terasa hari ke-3 ini berjalan dengan begitu panjang. Persidangan tamat jam 5.30 petang dan kami harus bergegas pulang kerana malam ini kami akan menghadiri Majlis Makan Malam Gala di Restoran Wahaha. 

Jam 7.30 malam kami berada di Restoran Wahaha untuk menikmati Makan Malam Gala. Semestinya kami harus gembira dan ketawa dengan nama `Wahaha' tersebut.


Tiba di Restoran Wahaha

Bersama penari-penari tarian Maengket

Dihiburkan dengan persembahan nyanyian



Dato' Adilah dan Dr. Nawiyah

Sebelum makan, kami dipersembahkan tarian-tarian tradisi Minahasa. Sekali lagi juga saya dapat menyaksikan tarian Maengket yang sangat menarik. 


Tarian Maengket




tarian yang saya tak pasti namanya dan
penarinya sangat cantik

Hidangan malam ini berasaskan makanan laut. Saya juga memilih untuk minum jus avokado dan air kepala dengan gula merah. 


makan banyak dengan dua gelas minuman

Gorgeous ladies

Selepas tamat majlis makan malam, saya dan Kumaran memilih untuk terus pulang ke Swiss Bel, sebaliknya Dato' Adilah dan Dr. Nawiyah masih bertenaga untuk menyaksikan Fetival Muzik yang berlangsung berdekatan dengan Restoran Wahaha tersebut. 

Malam ini sama seperti malam sebelumnya di Manado: Penat dan Terlalu Kenyang. Selamat malam Manado...

Bersambung di Part IV.

No comments: