Wednesday, June 5, 2013

Perjalanan ke Sulawesi Utara.. `Si Tou Timou Tumou Tou' Part V.. Akhir

Bersambung dari Part IV.

`Si Tou Timou Tumou Tou', sebuah falsafah hidup masyarakat Minahasa bermaksud, "Manusia hidup untuk memanusiakan orang lain."

Hari ke-5 di Kota Manado, Sulawesi Utara. Esok saya akan terbang pulang ke tanah air tercinta. Hari ini kami akan dibawa menaiki bas melawat keindahan alam di kawasan pergunungan Sulawesi Utara. 



Seawal jam 8.30 pagi kami bertolak ke kaki Gunung Soputan, Daerah Minahasa yang jaraknya kira-kira 55km dari Kota Manado.


Bekal bun dari Holland Bakery

Perjalanan yang berliku-liku menerusi kawasan desa dan pergunungan menyebabkan kepala pening seketika. Destinasi pertama adalah Bukit Kasih. Seindah namanya, Bukit Kasih merupakan lambang hidup aman-damai dan kerukunan antara masyarakat pelbagai agama di Minahasa. 

Tugu di Dataran Bukit Kasih
bergambar kenangan di dataran Bukit Kasih

Bersama kawan kami, Mario, orang Minahasa


Nun jauh di atas bukit terletaknya Gereja, Masjid, Tokong dan Kuil


Terdapat 2 ukiran kepala patung pada bukit ini iaitu patung kepala Toar dan patung kepala Lumimu'ut. Rasa macam kat Mount Rushmore hehehe...

Berlatarbelakangkan Patung Kepala Lumimu'ut

Lumimu'ut

Satu kepala lagi terlindung sedikit di sebelah kiri 


Mendaki ke atas bukit, terasa kepanasan asap belerang dari kawah gunung berapi. 


Lubang yang mengeluarkan asap belerang

kawah gunung berapi

bersama Mr. Phang dari TV Cambodia

bergembira di bukit kasih

adik-beradik sama Kementerian:  RTM, IPPTAR & SKMM
Air panas yang mengalir


Asap belerang memenuhi ruang udara di bukit ini. Pada kaki bukit terdapat tempat untuk pengunjung mendapatkan khidmat urut dan rendam kaki (air dari belerang gunung berapi yang panas). Malah anda juga boleh mengurut badan di sini.

kaki bukit

Tempat Urut Badan

Dr. Rita sedang merendam kaki

di tempat rendam kaki berlatarbelakangkan Bukit Kasih

Ada juga dijual telur dan jagung bagi pengunjung yang ingin merebus telur atau jagung tersebut menggunakan air panas yang mengalir dari puncak gunung ini. 

Jagung & telur

Juga boleh membeli cenderahati untuk dibawa pulang.



Penduduk tempatan menjual cenderahati seperti topi dan rantai

Kami kemudiannya dibawa ke Gardenia Country Inn untuk makan tengah hari. 



Sejurus tiba di Gardenia, mata terus terpaku melihat keindahan resort ini. Sungguh indah sekali seperti berada di taman bunga. 














Berlatarbelakangkan gunung berapi Lokon, Gardenia merupakan resort yang semestinya dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Pemandangan sekitar sungguh mempesonakan.


Sangat Indah



Maka, makan tengah hari di sini memberikan pengalaman yang cukup unik dan indah. 


sayur

ikan woku

ayam bakar

udang

tomyam ikan

tak sabar nak makan, posing jap

bakwan jagung


Tambahan pula, apabila buat pertama kalinya kami dapat merasa keenakan klappertart iaitu  manisan yang amat popular di Sulawesi utara ini.

Mario dengan Klappertart

wow

pudingkah?

dato' adilah dan klappertart
Dr. Rita berposing sebelum pulang 

Pada penghujung lawatan ini, kami dibawa ke Bukit di perumahan Citraland. Di sini terletaknya monumen Yesus Meberkati. FYI, majoriti penduduk di Sulawesi Utara ini menganut agama Kristian. Justeru, monumen setinggi 50 meter ini (katanya monumen Jesus yang tertinggi di Asia) melambangkan anutan agama penduduk di sini. 

Monumen Yesus Memberkati

Sebenarnya, masih terlalu banyak kawasan-kawasan pelacongan yang indah untuk dilawati di Sulawesi Utara ini. Atas faktor kekangan masa, saya tidak berkesempatan untuk ke Taman Nasional Bunaken dan juga melihat keindahan Pantai Malayalang. Saya juga tidak sempat mengambil gambar gerai-gerai yang menjual menu makanan esotik (sangat popular di sini) seperti ular, tikus, anjing dan babi liar.

Hari ke-6 akhirnya tiba jua. Tibalah hari untuk kami mengucapkan selamat tinggal untuk bumi Manado ini. Terima kasih atas segala keindahan alam, kelazatan makanan dan kemesraan yang telah diberikan sepanjang kami di sini.

lapangan terbang Sam Ratulangi

Manado, semoga kita dapat bertemu lagi!

No comments: