Tuesday, June 4, 2013

Perjalanan ke Sulawesi Utara.. `Si Tou Timou Tumou Tou' Part IV

Bersambung dari Part III.

Pagi di Manado


Sudah masuk hari ke-4 saya berada di Manado, Sulawesi Utara. Namun, saya masih belum dapat melihat sebenar-benarnya keadaan Kota Manado ini sendiri. Setiap hari, rutinnya masih tiada beza. Pagi menaiki bas ke persidangan. Petang pulang ke Swiss Bel dan malam menghadiri majlis makan malam. 

Justeru, pada hari keempat ini saya dan Kumaran merancang untuk mengubah sedikit rutin kami di Kota Manado ini. Kami merancang untuk ke bandar sebaik sahaja AMS 2013 melabuhkan tirai pada petang ini. Nampaknya malam ini, kami tidak akan menghadiri majlis makan malam di Novotel Hotel.

Hari ini juga Dr. Rita Nawiyah membentangkan kertas mengenai bagaimana stesen radio kecil (tempatan) sebagai medium berkesan untuk khalayak sasaran. 


Pembentang-pembentang hari terakhir

Dr. Nawiyah di atas pentas



Persidangan Kemuncak Media Asia (AMS) 2013 berakhir dengan penyerahan secara simbolik untuk persidangan seterusnya kepada wakil dari Arab Saudi. Tahun hadapan, AMS 2014 akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi.

majlis penutup

Seterusnya, saya dan Kumaran terus bergegas untuk mendapatkan teksi untuk ke bandar Manado. Perjalanan dari Novotel ke pusat bandar mengambil masa kira-kira 30 minit. 



Teksi Blue Bird yang kami naiki menurunkan kami di sekitar Taman Kesatuan Bangsa. di sini juga terletaknya China Town, Manado. Terdapat deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai produk terutamanya kedai-kedai kain dan kasut. 








Setelah memasuki beberapa kedai, saya mendapati bahawa agak sukar untuk mendapatkan produk tekstil yang berkualiti. Jika adapun, harganya tidak berbaloi. 


kedai kain

Batik meter

Kain sarung

Walau bagaimanapun, Kumaran nampaknya tertarik dengan beberapa busana Indonesia untuk dibawa pulang.


Mencuba busana yang berkenan di hati

Kemeja Batik Indonesia

Oleh kerana Swiss Belhotel terletak berdekatan dengan pusat bandar, perjalanan pulang menaiki Angkot (sejenis van berwarna biru) ke hotel hanya mengambil masa 2-3 minit sahaja. tambangnya amat murah iaitu 2000 Rupiah (60 sen) sahaja.

Dah malam

Memandangkan malam ini saya tidak menghadiri makan malam di Novotel, maka terpaksalah mengeluarkan duit sendiri. Sekali lagi saya menempah makanan di bilik sahaja. Kali ini saya nak mencuba makan itik. Di sini, itik dipanggil `bebek'. Menu pilihan saya adalah `Bebek Garo Rica'. 

Bebek Garo Rica

Semasa membuat panggilan untuk menempah, pelayan di Cafe Swiss Bel mengingatkan saya bahawa menu ini sangat pedas. Katanya, `Bebek Garo Rica ini bumbunya sangat pedas, Ibu'. Dan saya bertanya, `adakah enak rasanya?'. Jawab dia, `Enak sekali ibu, cuma pedas'. Dan memang betul sungguh katanya, berapi makan itik ni, cuma rasanya sedap sungguh:)

Bersambung di Part V (Akhir)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...