Saturday, June 30, 2012

Step by Step... Chicken Meatloaf Pastry

Pagi ni Mr. Hubby takde di rumah. Dia berkursus di Bukit Kiara. Jadi, hari ni kena buat breakfast untuk saya dan Hasya sahaja.


Buka peti sejuk ternampak pula meatloaf. Tetiba je, dapat idea untuk buat Meatloaf Pastry. Kebetulan pula ada slices cheese. Oleh kerana saya buat sarapan untuk 2 orang sahaja, maka kuantitinya sedikit. Sila gandakan bahan-bahan sekiranya anda nak menghasilkan `Chicken Meatloaf Pastry' dalam kuantiti yang banyak. Jom main masak-masak.


Bahan-bahan

4 keping puff pastry (saiz kecil jenama kawan)
2 keping chicken meatloaf
2 keping keju keping (slices cheese)
sedikit keju Parmesan dan Parsley flakes untuk ditabur atas puff.

Cara-cara

Rebus dahulu chicken meatloaf dalam 4-5 minit. Toskan dan potong 2.



Atas papan pencanai, canai puff pastry supaya nipis sedikit.



Letak meatloaf atas puff.



Letak pula keju keping atas meatloaf.



Lipat dua puff pastry tadi. Tekan-tekan sedikit tepi-tepinya supaya melekat. Kelar permukaan puff.



Susun dalam loyang yang telah digris.



Tabur sedikit Parmesan dan Parsley.


Panaskan oven 200 darjah. Bakar sehingga puff berwarna keperangan permukaannya.


Dah naik cantik

Dah siap sarapan pagi ni.


Hasya kata sedap sangat. Dia makan 2 keping, saya makan 2 keping.



Cheezy!

Yummy tau!

2 comments:

Unknown said...

Salam..mne nk bli puff pstry nie sis?crik2 xjmp pon..

weezana said...

wasalam. puff pastry jenama `kawan' ada jual di kebanyakan pasaraya seperti giant, aeon big dan tesco. cuba cari kat area kulit popia dan roti canai segera.