Saturday, June 23, 2012

Step by Step... Puding Laici (sejuk & manis)



Akhir-akhir ni cuaca memang panas. Dah lama nampaknya hujan lebat tak turun. Tidur malam pun terasa bahangnya. Nasib baik juga di pejabat ada penghawa dingin, kalau tidak mesti berpeluh-peluh menyiapkan kerja.

Oleh sebab cuaca yang panas ini, amatlah sesuai kalau kita buat puding. Kalau balik kerja panas-panas tu, sungguh nyaman menelan puding yang sejuk dan manis. Maka, hari ini saya nak buat Puding Laici.


Makan puding laici ni sama sedapnya dengan minum air laici. Manis dan sejuk buah laici tu. Boleh dimakan berulang-ulang. Tapi awaslah kepada yang berdiet, memang tak berapa sihatlah diet hari ni. Kalori.. Kalori... hehehe...

Resepi dari dapur Rizaida84 di MyResepi. Tapi saya ubah sikit.

Bahan-bahan (memang dapat banyak, sesuai kalau nak buat Pot Luck)



1 liter air (saya guna air dari dalam tin laici dan tambah air kosong) 
25g agar-agar
1 tin buah laici
1 tin susu cair
1 cawan Gula (130g)- saya kurangkan kepada 100gm


Cara-cara

Didihkan air dengan agar-agar.



Setelah mendidih, masukkan gula.



Ambil 2/3 isi laici dan hiris halus. Isi ini masukkan dalam adunan agar-agar tadi dan masukkan juga susu cair.



Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan tuangkan adunan dalam loyang, acuan yang disukai.


Sejukkan hingga puding ini keras. Setelah keras, sila tabur isi laici yang selebihnya atas puding. Kalau suka boleh hiris, kalau tak suka letaklah sebiji-sebiji.



Sejuk & Manis



Yum yum...

No comments: