Sunday, June 10, 2012

Step by Step.. Sup Sayur dengan Bebola Ikan

Mr. Hubby tak berapa sihat. Asyik batuk-batuk je. Maka, tak bolehlah nak masak masakan yang pedas-pedas. Kena masak makanan yang mesra tekak dan dalam masa yang sama mesra selera.

Oleh yang demikian, hari ni kena masak sup je lah. Kalau sebut `sup', mesti terfikir nak masak sup ayam je. Tapi kali ni tak nak masak sup ayam, nak masak sup sayur pulak. Kalau nak masak sup sayur yang lazat, bahan-bahannya pun kenalah daripada bahan-bahan yang lazat juga.


Mari kita masak, sup sayur dengan bebola ikan sesuai untuk orang sakit. Tapi kalau orang tak sakit makan, nescaya rasanya tetap lazat dan nyaman.

Bahan-bahan

sebiji bawang merah saiz besar atau 4 ulas bawang merah saiz kecil (hiris)
2 ulas bawang putih(hiris)
1 batang cili merah(hiris)
7 cawan air
1 kiub ayam
sepeket bebola ikan (160gm)
4 ekor udang
Garam secukup rasa

Sayur-sayur yang sesuai, saya guna:


8 keping cendawan (potong 2 atau 3 setiap keping)
sebiji kentang (potong 8)
5 putik jagung muda (potong 4 memanjang)
Sedikit daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
kalau suka boleh letak carrot, kobis bunga dan sebagainya.

Cara-cara

Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih dan lada. Kacau seketika. Masukkan kiub ayam.



Masukkan kentang. kentang lambat masak, biarkan lama sikit dan kacau sekali-sekala.



Masukkan udang dan bebola ikan. Udang akan memberikan rasa manis dan lazat kepada kuah sup ini. Masukkan garam secukup rasa.



Masukkan jagung muda dan cendawan. Kacau seketika.



Akhir sekali masukkan daup sup dan daun bawang.



Kalau kentang dah empuk, maksudnya dah masaklah sup sayur ni. Maka bolehlah diceduk dan dimakan dengan gembiranya.


Sangatlah sedap dimakan dengan nasi dan diserikan dengan ikan goreng atau ikan masin. Kalau nak makan sup saja pun boleh, tetap awesome.



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...