Friday, June 15, 2012

Step by Step... Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit

Saya pasti semua wanita yang berkerja memang sukakan resepi yang simple. Ini kerana, sebagai wanita berkerjaya, saya dan anda amatlah penat sebaik sahaja sampai di rumah. Kita adalah `supermak' tanpa sebarang kuasa magik atau pun mutan. Meski pun berkerja, dapur harus berasap terutamanya apabila sudah terlalu bosan dengan makanan tidak sedap di luar atau sudah kering idea untuk beli makanan di mana.

Tanpa kuasa magik atau peluang untuk belajar di Hogwarts, maka terpaksalah juga saya menyediakan masakan yang simple tapi sedap. Hehehe....


Untuk tidak bias, saya juga pasti, wanita-wanita yang tabah menjadi suri rumah pastinya juga sukakan masakan yang simple tapi sedap. Almaklum, jadi suri rumah bukan perkara yang mudah. Takkanlah nak bersinsing lengan dari pagi hingga ke petang untuk masak masakan yang rumit. Ada banyak lagi koje yang perlu dibereskan.

Maka, mari kita masak `Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit'.


Bahan-bahan

Segenggam kacang buncis (Potong kecil lebih kurang 2cm dan serong sedikit)
15 ekor udang saiz sederhana
2 ulas bawang merah atau separuh bawang besar (hiris nipis)
seulas bawang putih (hiris nipis)
sebatang cili merah (hiris nipis)
1/2 kiub pati ayam
1 1/2 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan 2sb minyak masak dalam kuali. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang setelah minyak panas.



Setelah udang masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, lada dan kiub pati ayam. Tumis seketika.



Masukkan kacang buncis. Kacau seketika. Masukkan garam secukup rasa. Kacau suka kacang lembik sedikit, masukkan 2 sudu besar air dan goreng lama sedikit.




Siap dan makanlah panas-panas bersama nasi putih yang panas. Ummmpphh tetapi simple.






No comments: