Saturday, June 16, 2012

Step by Step... Sosej Blossom Bun



Seperti biasalah ye, weekend kenalah buat sarapan pagi. Hari ini ada semangat kerajinan. Jadi, saya buat roti bun yang comel sikit. Sebab kecomelannya, roti ini diberi nama oleh Cik Mat Gebu sebagai Sosej Blossom Bun.

Adunan ini akan dapat 10 biji Sosej Blossom Bun. Banyak sungguh kuantiti tersebut untuk 3 orang makan di rumah saya ni. Lain kali buat separuh adunan sahaja. Saya dan Mr. Hubby akan makan 2 ketul dan Hasya makan seketul sahaja hehehe. Tapi bila Khayra dah boleh makan, nampaknya kena buat adunan 10 biji juga:D

Roti ni sedap, sesuai untuk sesiapa yang suka sosej. Ala-ala macam yang dijual dibakeri.

Bahan-bahan (untuk 10 biji bun)

 250 gram tepung roti
50 gram gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast (lebih kurang 2sk)
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
Saya tambah sedikit keju Parmesan dan Italian Herbs (kebetulan dah ada, letak jelah)

Cara-cara



UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).




Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara atau uli-uli seketika. Bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu).



Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (saya main kerat je, ada yg 9 kerat pun).

Uli bagi panjang sikit

Letak sosej kat tengah

Bungkus sosej

Potong-potongkan

Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah-tengah bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas.


Macam bunga tak?


Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.

Bunga-bunga cinta
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata-rata.


Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise (saya tambah sedikit Parmesan dan Italian Herbs).




Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit (saya kurangkan suhu kepada 180 darjah. Oven saya bakar selama 12 minit je. Ikut oven juga, jangan sampai bunga-bunga anda hangit).



Cantik tak? Bunga apa ni ek?




Sekian.


1 comment:

Unknown said...

Nice, tq share cara buat.