Hari ni saya akan buat roti. Sebabnya saya nak bawa bekal. Nak bawa bekal roti ke Port Dickson. Almaklum musim cuti sekolah. Memandangkan tahun ini kami ada anak yang dah bersekolah (walaupun cuma sekolah tadika), maka terpaksalah kami memeriahkan lagi musim cuti persekolahan ini.
Cerita tentang PD akan saya tulis dalam entry yang lain. Untuk entry ini memang khas tentang roti kismis. resepi roti kismis ni saya ambil dari dapur Mat gebu yang tak pernah ada sempadannya. Saya tertarik hati apabila melihat kecantikan roti yang dibuat oleh Encik Mat.
Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan hati. Roti naik cantik dan lembut sangat. Memanglah `water roux' memainkan peranan yang amat penting. Roti ini juga cepat perang bahagian permukaannya semasa dibakar. Cepat-cepatlah tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil kalau tengok dah perang tu, nanti kalau hitam dan overbaked, keras dan kejung jadinya.
Bahan-bahan
285 gram tepung roti
15 gram susu tepung
54 gram gula kastor
4 gram garam halus
5 gram instant yeast (mauripan)
30 gram telur (pukul sebiji telur dan timbang)
1/2 camca teh esen vanilla
80 ml air
60 gram kismis
30 gram lemak sayur @ shortening
90 gram "water-roux"
Bahan Water Roux
25 gram tepung roti
125 ml air
Cara-cara
UNTUK "WATER-ROUX" : Satukan tepung dan air ke dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau selama 1 - 2 minit hingga bancuhan kelihatan pekat dan bertali. Padamkan api, alihkan ke dalam bekas lain. Tutup permukaannya dengan plastik cling dan biarkan sejuk.
UNTUK DOH ROTI Satukan semua bahan2 untuk doh roti, kecuali kismis, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Biar penutup breadmaker anda terbuka semasa proses menguli. Bila cukup 30 minit, turunkan penutup breadmaker dan biar hingga siap (pemerapan berlaku selama 1 jam). Tunggu hingga siap.
Setelah 1 jam 30 minit |
Keluarkan doh. Tumbuk doh untuk membuang udara. Kemudian rehatkan 10 minit. Bahagi doh kepada 2 atau 3 bahagian sama besar. Ambil satu bahagian canai sikit biar leper, tabur sebahagian kismis tadi dan gulung seperti swissroll. Kemudian anda bentukkan ia menjadi bulat. Buat kaedah sama untuk baki doh dan kismis.
Saya bahagikan doh kepada 2 dan gulung setiap satu macam dalam gambar |
Lepas tu saya gabungkan doh jadi seperti di atas |
Lenser loaf tin berukuran 9 inci x 4 inci x 4 inci dengan mentega. Susun ketiga2 doh (doh saya 2) tadi, perap lagi selama 50 minit atau hingga naik memenuhi loaf tin.
Mula-mula begini |
Doh naik memenuhi loyang selepas 40 minit |
Saya bakar 15 minit je. dan selepas 5 minit masuk oven, saya tutup permukaan roti dengan aluminium foil. Hitam sikit roti ku. |
Jika permukaan roti cepat gelap, tutup dengan aluminium foil.
Bila masak, longgarkan roti dari tin, keluarkan dan biar sejuk sebelum dihiris. Simpan baki roti dalam bekas kedap udara.
Potong roti suka hati |
Roti dah siap untuk dimakan dan dibawa bekal. Mula-mula kita makan dulu. Letak Raspberry jem dan Nutella.
Selebihnya baru bawak bekal.
The End.
4 comments:
kalau takde bread maker tu, uli sendiri bolehkan?
Boleh. Cuba klik kat link Mat Gebu tu, selalunya Encik Mat memang bagi panduan untuk yang takde breadmaker.
Sya nk tnye water roax tu utk apa ye...
Salam Fatimah,
boleh ke link ni ada info tentang water roux:
http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/05/membuat-water-roux.html
Post a Comment