Kalau masak daging, memang sesuai sangat guna pressure cooker atau periuk tekanan. Ini kerana, anda cuma perlu 1/3 masa sahaja untuk memasak daging tersebut berbanding dengan periuk biasa. Malangnya, saya takde pun pressure cooker di rumah. Jadi terpaksalah saya guna periuk biasa untuk melembutkan semua jenis daging, termasuklah daging bahagian tulang.
Rahsianya cuma perlu bangun awal sedikit. Sekiranya ingin menyediakan masakan berdaging ini untuk makan tengah hari, maka haruslah bermula awal sedikit. Ini kerana untuk masak sesetengah masakan berdaging seperti `Sup Tulang' atau `Sup Ekor', masa yang diperlukan untuk daging empuk adalah 2 atau 3 jam.
Walau bagaimanapun, ketepikan segala halangan. Mari kita masak `Sup Tulang' meskipun takde pressure cooker.
Bahan-bahan
400gm daging bahagian tulang.
1 sup bunjut ADABI
1 kiub ayam
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2cm halia (hiris nipis)
daun sup dan daun bawang secukupnya
6 biji cili padi (kalau suka pedas)
garam secukup rasa
Cara-cara
Gunakan api sederhana sahaja. Memang lama nak tunggu daging empuk. Boleh tutup tudung periuk dan biarkan. Sekali-sekala tu kenalah kacau juga. Kalau kuah jadi kering atau kurang, sila tambah air panas dan penambahan air ini mungkin terpaksa dibuat berkali-kali.
Boleh masukkan daun sup, daun bawang dan cili padi kira-kira 15 minit sebelum tutup api. Masuk lebih awal pun takpe. Dan boleh je kalau nak tambah daun sup dan daun bawang semasa nak hidang. Saya tak suka, jadi saya tak tambah. Cukup dengan daun sup yang dah jadi sebati dalam kuah sup tu.
Kalau daging tu dah nampak meregang daripada tulang, dah empuklah tu tandanya. Sebelum tutup api, rasa dulu kalau-kalau perlu tambah garam.
No comments:
Post a Comment