Memang sungguh `giler lamanya' saya menyimpan bahan-bahan untuk menulis entry ini. Sekiranya `Pau Yim Mun' ini tidak saya makan sehingga saya menulis entry ini, bermakna mikroorganisma sudah membiak dengan banyaknya pada keseluruhan pau tersebut. Begitulah metafora betapa lamanya saya menyimpan entry ini sebelum saya berjaya menulisnya.
Kerana `Pau Yik Mun' adalah pau yang sangat popular di Tanjung Malim. Justeru, jika anda ke Tanjung Malim, jangan lepaskan peluang untuk menikmati `Pau Yik Mun' ini.
Kedai `Pau Yik Mun' mula beroperasi pada tahun 1926. Di sini dijual pelbagai perisa pau seperti Kari Daging, Kari Ayam, Kaya dan Kacang Merah. Oleh kerana saya bukannya selalupun ke Tanjung Malim, maka saya telah membeli 2 bungkus Pau Yik Mun ini.
Sebungkus Pau Kari ayam dan sebungkus lagi Pau Kacang Merah. Setiap bungkus ada 10 biji.
Sebungkus Pau Kari ayam dan sebungkus lagi Pau Kacang Merah. Setiap bungkus ada 10 biji.
Meskipun pau ini berjenama `Yik Mun', namun pau ini berstatus halal. Justeru, jangan berasa ragu-ragu untuk memakan pau ini.
Menurut panduan pada bungkusan, pau ini boleh dikukus atau digoreng. Oleh kerana saya memang suka mencuba, maka saya sediakan kedua-dua kaedah memasak pau.
Tada! Dipersembahkan Pau Yik Mun Kukus dan Pau Yik Mun Goreng untuk tea time.
Istimewanya pau ini kerana kelembutan dan kegebuannya. Pau yang digoreng pula, garing di luar, lembut di dalam. Intinya juga sangat sedap. Kari ayam memang cukup rasa, pedas-pedas manis. Ini kacang pula, manis-manis lazat.
Meskipun dibekukan, pau ini tetap terasa kesegarannya. Memang syok sungguh makan pau ini sambil minum teh panas.
Saiz pau juga besar dan mengenyangkan. Terbaiklah Pau Yik Mun ni. Tak hairanlah kenapa pau ini menjadi diva di Tanjung Malim.
Sekian... (Fuhhh, siap juga entry Pau Yik Mun...)
2 comments:
sgt mnengeramkan pau neh...btw, saya follow blog akak yer...sebab bnyk info pasal baking n cooking...seronok ada info yg berguna..:) pau tu kat mana je ada jual ea?
Terima kasih sebab sudi follow.. Pau ni ada di Tanjung Malim, tapi boleh juga didapati di beberapa tempat lain. Cuba click link ni: http://azueriena.blogspot.com/2011/05/jjcm-tanjung-malim-pau-yik-mun.html
Post a Comment