Saturday, September 28, 2013

Kerang Goreng Kicap.. Resepi Simple & Sedap lagi.

Satu rumah saya ni memang suka makan kerang. Selalunya kalau beli kerang, saya akan rebus je sebab mudah dan lazat. Kalau terajin sikit, barulah saya masak sambal tumis. Tapi memang mencabarlah sebab kena kopek kerang tu satu persatu. 



Oleh kerana dah selalu sangat makan kerang rebus, hari ni saya nak nak kongsi resepi Kerang Goreng Kicap. Resepi ni memang simple, tak guna banyak bahan dan cepat je siap. Berebut-rebut Mr. Hubby dan Hasya makan (maksudnya, sedap sangat ler tu). FYI, saya goreng dengan kulit-kulitnya sekali. Barulah syok dorang mengopek kerang masa nak makan tu. Silalah cuba, memang simple dan sedap.

Bahan-bahan

1kg kerang - cuci jgn sampai berpasir, nanti makan pasir


1 labu bawang merah besar (hiris) - boleh letak 2 pun
2 batang cili merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
kicap manis secukupnya
1sb gula
1sb sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu. 



Masukkan kerang, kicap dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan gula dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kerang masak. Kalau kerang dah terbuka tu tandanya dah masak.



Nota: Tak perlu tambah air sebab kerang tu akan mengeluarkan air.

Dah siap. Sila makan dengan nasi putih.



Sekian.

6 comments:

adda syuhada said...

mesti kena cuba jgk ni...nampak sedap...

asha hana said...

mcm sedap je. nyami2. nak try la. haha :D

Ummu Athirah said...

akak, sy silent reader blog akak. siap bookmark lagi blog ni. selalu cari resepi kek dalam ni. ada jugak 2 3 resepi yg sy dah cuba dan menjadi. terima kasih ! :D

weezana said...

cubalah. mesti suka kalau peminat kerang. kejap je buatnya dan boleh agak2 je bahan2 dia :)

terima kasihlah ye kepada semua yang sudi baca blog ni.. :)

nurzara alisya said...

sedapnya..kena cuba nie..selalu rebus jer yang tau..

nt jemput singgah blog saya http://nzaralisya.blogspot.com

weezana said...

samalah saya pun selalunya rebus je.. k nanti saya singgah sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...