Saturday, April 2, 2016

Novel Balang Cinta.. (sebuah perjalanan yang panjang...)

Assalamualaikum...

"There is a door we all want to walk through, and writing can help you find it and open it." - Anne Lamott.



Hari ni nak bercerita sedikit tentang Balang Cinta. Sebenarnya, ramai betul yang bertanya sejak bila saya mula menulis manuskrip ini. Lazimnya saya berikan jawapan begini:

"Sebuah perjalanan yang panjang..."

Itu adalah jawapan yang sangat jujur. Namun, apa yang ramai yang tidak tahu, `Balang Cinta' bukanlah manuskrip pertama saya. Balang Cinta ialah manuskrip kedua. Namun, menjadi manuskrip pertama yang dipilih oleh penerbit untuk dicetak. Maka, Balang Cinta menjadi novel pertama saya. 



Manuskrip pertama saya bertajuk "Maple Jingga, I Miss You" (saya pernah tukar kepada "Maple Jingga, Aku Rindu". Mungkin tajuknya nanti akan berubah apabila diterbitkan. Mungkin menjadi "Maple Jingga" sahaja. Saya pun tidak tahu. Terpulanglah kepada penerbit nanti. Tentunya juga penerbit yang sama, Jemari Seni. 

Cover imaginasi


Kepada yang sudah membaca Balang Cinta, cuba anda buka muka surat 284. Semasa Firas membelek surat khabar untuk memilih filem, salah satu filem ialah "Maple Jingga.. I Miss You." Filem itu juga yang ditonton oleh Firas dan Khyra pada malam tersebut:)

Bab 50 pula, cerita tentang buku resepi romantik bertajuk "The Lovely Cakes & Cupcakes" tulisan Hasya Aleesya. Tajuk buku tersebut merupakan nama kafe milik watak utama dalam manuskrip Maple Jingga. Tentunya watak utama tersebut bernama Hasya Aleesya. 

Justeru, persoalannya, bila sebenarnya saya memulakan projek menulis manuskrip pertama ini? 

Ada yang menduga saya memulakan projek ini semasa cuti belajar di United States. Namun, jawapan tersebut adalah salah. Saya mulakan selepas itu. Selepas pulang ke tanah air. 

Cita-cita ingin memiliki novel sendiri, terlalu dalam dan sudah terlalu lama dalam diri. Namun kesibukan menjadi penghalang. Saya tidak ada motivasi diri untuk menulis atas kesibukan yang tiada penghujungnya. 

Profesor Tom Frenz yang mengajar subjek `Autoethnography' banyak membuka mata saya untuk mengumpul kekuatan dalam mencapai impian yang satu ini. Apabila beliau mengajar buku tulisan `Anne Lamott' bertajuk `Bird by Bird', saya terjaga daripada lena yang cukup panjang. 



Apa yang saya lupa selama ini adalah `disiplin'. Untuk mencapai sesuatu impian memang bukan sesuatu yang mudah. Namun, bukan pula sesuatu yang mustahil. Dengan syarat saya harus disiplin. Kerana disiplin inilah saya berjaya menghasilkan manuskrip pertama. 

Sekian.   


4 comments:

indah hiasan said...

salam...
teruja baca post akk..sy jugak minat menulis novel.. tapi tak ada keyakinan yang tinggi untuk menghantar pada penerbit atau menghabiskan manuskrip yang saya sudah siapkan..

weezana said...

wassalam...

Indah, kena yakin. pertamanya memang kena siapkan manuskrip tu. walaupun rasa macam terlalu panjang untuk dihabiskan.. semangat kena kuat:)

Ruzita Idias Ismail said...

Benar sekali dik, seperti mana adik, akak juga demikian. Menganggap ketiadaan ruang waktu sebagai penghalang tercetaknya buku-buku. Namun, kelewatan sedar setelah umur mencecah angka 4 baru ada kekuatan melawan arus waktu. Akhirnya terlahir juga 7 buah buku dalam masa 2 tahun. Alhamdulillah..

weezana said...

Kak Ruzita, tahniah atas penerbitan 7 buku dalam masa 2 tahun. benar juga kata-kata kak Ruzita, perlukan kekuatan untuk memulakan. Tiada istilah terlambat dan tiada had umur sebenarnya. Yang ada hanyalah bisikan-bisikan yang melemahkan dan memalaskan diri. Alhamdulillah kerana kita sama-sama dapat menghadapi cabaran tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...