Friday, December 16, 2011

Step by Step... Roti Cheese Telur Goreng


cheese yang mencair




Breakfast time! Bila pandang sebungkus roti yang dibeli Mr. Hubby semalam, macam-macam resepi sebenarnya boleh dibuat. Paling senang, keluarkan sekeping roti, taruk Nutella dan makan jelah. Itupun dah sedap sangat! Lagipun, roti Gardeniakan `enaknya dimakan begitu sahaja'. :)

Oleh kerana saya tetiba menjadi rajin, jadi mari kita menyusahkan diri. Ala, sikit je keluarkan tenaga. Kita wat breakfast yang simple je. Kita buat Roti Cheese Telur Goreng. Kejap je wat roti ni, takyah uli. Sebab roti dah siap, tinggal nak comelkan dan sedapkan je lagi. Jom kita lihat Step by Step....


Bahan-bahan (3-4 orang)

6 keping roti (saya guna Gardenia)
2 biji telur gred C
3 keping cheese (slices cheese)
2 keping meatloaf Ayamas (kalau suka)
secubit garam
minyak untuk menggoreng


Cara Menyediakan

Pukul telur di dalam mangkuk dan masukkan secubit garam (guna tangan je).




Potong roti kepada 2 bahagian.




Potong keju juga kepada 2 bahagian.



Letakkan keju di tengah-tengah roti dan apitkan keju tersebut. Jadi 2 keping roti=1 keping cheese. Anda akan dapat 6 keping sandwich.




Jika letak meatloaf (goreng dengan sedikit miyak dahulu meatloaf), potong meatloaf kepada 3 bahagian. Letak meatloaf atas cheese sebelum diapitkan dengan roti.




Panaskan minyak. Celup roti sandwich (yang dah diletak cheese & meatloaf) ke dalam adunan telur (celup kejap je).





Goreng sehingga berwarna perang, terbalikkan. Angkat dan toskan.




Sesuai dimakan panas-panas.





Kan dah kata, senang je resepi ni :)

3 comments:

أبو ظفران said...

pehhh! meleleh wacakap lu.. eh jap cik puan wan..berapa celsius kepanasan ketika mengoreng ye? hehe..

weezana said...

alamak, kuali saya takde penyukat suhu.. agak2 bila minyak panas.. api jgn besar, sederhana sahaja.

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Wah, nampak sedap betul.

10 TIPS Merangsang Kehamilan