Thursday, December 1, 2011

Step by Step.. Roti Bun Kentang (Potato Bread)

Mr. Hubby: Nak buat apa beli tepung roti?
Saya: Nak wat rotilah.
Mr. Hubby: (pandang saya dengan pandangan `macam tak caya je')




Tau la saya takde breadmaker, tapi itu bukan bermakna saya tak leh cuba buat roti. Maka sempena hari pertama bulan Disember ini, saya ingin meroti buat pertama kalinya. Sebab-sebab saya ingin meroti:

1. Saya tak pernah buat roti, selalunya beli je roti kat kedai.
2. Banyak betul resepi2 roti kat blog2. Cantik2 pula roti2 mereka itu.
3. Baki yis lepas buat donut tu ada beberapa paket lagi.
4. Dah terbeli tepung roti, nanti Mr. Hubby ada topik untuk tempelak saya balik.



Malam tadi, saya google beberapa resepi roti yang best. Saya ambil keputusan nak buat Roti Bun Kentang (Potato Bread). Sebabnya, saya suka bun kentang ni. Rasanya lemak manis, tambah2 pula kalau ada jalur-jalur kastard manis (resepi krim kastard klik sini) .

Resepi daripada Onigiri di My Resepi jadi pilihan saya.  Oleh itu, pagi-pagi lagi saya dah mula mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan. Dengan lafaz Bismillah.. Step by Step.. Potato Bread bermula di sini...



Bahan-bahan ( saya dapat 9 biji bun saiz sederhana kecil )

135 ml air ais
3/4 cmt garam
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera

Cara-cara

Saya rebus dan lenyek kentang dahulu. 60gm kentang tu lebih kurang sebiji kentang saiz kecil.




Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.



Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.


Sebelum


Selepas 45 minit

Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit. Bentukkan menjadi bebola (saya bahagikan kepada 9 bebola). Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.


Sebelum

Selepas 40 minit

Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).






Paipkan krim kastad (resepi krim kastard klik sini) ke atas roti.






Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga roti bertukar warna keperangan (saya bakar cuma 10 minit sahaja).




Roti saya terlebih perang pula permukaannya. Tapi rupa je cam ni, rasanya memang lembut dan lemak manis. Makan panas-panas memang perrgghhh (tak terucap dengan perkataan). Saya bagi Hasya sebiji bun. Tak cukup pula dia. Dia mintak lagi satu. Yang baki, saya simpan dalam bekaslah ye. Tunggu Mr. Hubby balik keje hehehe...



Bun yang akan berkurang, kalau Mr. Hubby balik lambat

6 comments:

Unknown said...

klau susu tepung takde cane ?boleh ganti dgn pape tak ?

weezana said...

Rara, susu tepung selalunya kalau diganti, kena ganti dengan susu segar. cuba, air ais tu ganti dengan sussu segar yang sejuk.

Unknown said...

Air ais tu air yg sejuk dari peti ais ke or masuk ngan ais2 tu sekali? Telur pulak nak kne pukul dulu ke utk dibahagi dua?thanks...

weezana said...

siti hajjar, air ais tu boleh guna air sejuk dari peti ais (betul2 sejuk). dan telur tu pukul dulu, pastu pakai separuh je.

Ami said...

Saya lupa beli tepung high protin Boleh guna tepung gandum biasa x ?

weezana said...

Ami, hasilnya nanti tak sama. Roti paling sesuai guna tepung high protein.