Wednesday, December 21, 2011

Step by Step... Cream Cheese Bread

Resepi hari ni adalah resepi menguji kemagikan Bread Maker ku si Kenwood BM250 tu. Yelah, kalau betul-betul magik, saya taruk semua bahan dan silalah buat roti sampai siap.

Hasilnya, BM250 ini memang magic la. Sampaikan dah tak tau nak buat Step by Step sebabnya saya cuma taruk bahan je, si BM250 ni yang buat roti sendiri A to Z.




Roti yang saya uji BM250 ni buat adalah Cream Cheese Bread, resepi daripada Yani di my Resepi. Struktur roti sangat lembut, walau bagaimanapun kulit roti tak secantik yang Yani buat. Bread maker Yani mungkin sekolah tinggi sikit daripada bread maker saya. Apa-apapun, roti ini tetap laku di rumah saya kerana dimakan dengan Cik Nutella yang sangat lazat dan moist.

Resepi ini amat sesuai diaplikasi sekiranya anda malas ke kedai untuk mendapatkan roti Gardenia. Ataupun, anda mempunyai penyakit berjangkit seperti chicken pox yang menyebabkan anda terpaksa berkurung di dalam rumah. Marilah mencuba sekiranya anda ada BM250 atau yang lebih canggih daripada itu dan juga sekiranya anda suka melihat bread maker buat magic.

Bahan-bahan dan Step by Stepnya..( 1 loaf )

Masukkan:

160g air



250g tepung roti



50g cream cheese



10g susu tepung



15g gula



3g(1 sudu kecil) garam



20g butter



2.5g (3/4 sudu kecil) dry yeast




ON kan breadmaker. Pilih menu 1 iaitu Basic dan Start. Biar sehingga bread maker cakap yang roti dah siap.


semua bahan dah ada dalam loyang BM250

Tada... Dah siap!

Bila dah siap potonglah ikut yang anda suka.



Saya sapu Nutella.