Monday, December 19, 2011

Step by Step... Chicken Luncheon Rolls



Sudah semestinya kegilaan untuk meroti sedang memuncak! Mana taknya, my new toy Kenwood Bread Maker BM250 sedang memanggil-manggil untuk dicuba.

Jadi, kenalah kita test sama ada pembantu saya ni memang bagus dalam tugasan menguli ataupun tidak. Manalah tau, ada skru tanggal kat mana-mana, dapat juga dikenal pasti pada kadar yang segera.




Resepi yang menjadi pilihan untuk uji kaji BM250 ini saya adaptasi dari blog Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan. Mat Gebu pula adaptasi resepi ni dari blog MamaFami.

Roti yang saya buat ni menjadi seperti mana roti Mamafami dan Mat Gebu. Terima kasih atas resepi.



Dan yang pastinya, my BM250 memang pandai menguli. Cantik je doh yang terhasil selepas mesin tu uli selama sejam 30 minit. Saya pulak, boleh buat kerja-kerja lain dan tak perlu berasa risau kekalau dough ada defect ataupun roti tak naik.

Jom la kita lihat macam mana nak buat Chicken Luncheon Rolls ni:

Bahan-bahan

250 g tepung roti (high protein flour)
30 g gula halus
20 g susu tepung
6 g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener (saya tak letak sbb takde stok)
1/2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih, tumbuk halus (optional- saya tak letak)
2 kuning telur
130 ml susu segar
30 g mentega
3 keping "chicken luncheon" hiris kecil (saya guna 2 keping sosej ayamas)
Keju mozarella, diparut


Cara Membuat

Untuk Doh - uli tanpa bread maker: Satukan semua bahan kecuali yang berwarna merah. Gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Doh lembut sedikit. Bulat-bulatkan, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik. Biar 45 minit.

Uli dengan Bread Maker: Masukkan semua bahan-bahan kecuali yang berwarna merah, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.


    Masuk semua bahan
    Selepas 1 jam 30 minit
Selepas itu:

Keluarkan doh, tumbuk sedikit untuk membuang udara.



Tabur tepung pada papan pencanai dan juga doh tadi.




Canai sehingga menjadi 4 persegi, anggaran 1/2 cam tebal.



Tabur dengan hirisan sosej dan keju tadi dengan rata.




Kemudian gulung seperti membuat swissroll.



Potong kepada 12 bahagian sama besar dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan sedikit mentega.




Perap 45 minit dan biarkan doh naik lagi.




Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan (saya cuma bakar 10 minit sahaja).



Dah siap dah roti yang lembut dan lazat. Terima kasih pembantu baruku BM250!




2 comments:

Dijah ZaLy said...

Assalamualaikum...
tgk mcm senang sgt2 je buat
tp kan kak, dijah tak ada bread maker boleh guna manual ke?

weezana said...

Waalaikumsalam. boleh Dijah. Cuma kena guna kekuatan tangan sikit. Masa nak uli tu.