Saturday, December 10, 2011

Step by Step.. Cheese Tart (Blueberry, Strawberry, Chocolate)


Cheese tart oh cheese tart... Dah lama saya jatuh cinta dengan dessert yang satu ni. Hmm dessert ke? Kadang-kadang saya anggap cheese tart ni dah macam snack. Sebabnya, saya suka mensnacking cheese tart.

Hobi mensnacking (maaflah ye atas pencemaran bahasa) cheese tart ni memang berbahaya. Mana taknya, kalori dan kadar gulanya bukannya sedikit. Tapi bila kita dah jatuh cinta, maka cinta itu buta. Lantaklah tentang sisinya yang buruk. Namun di hati saya, cheese tart tetap menawan dan menggiurkan!

Sejak balik dari US ni, saya memang menyimpan hajat nak cuba buat cheese tart. Malangnya, hajat tersebut terpaksa ditangguh beberapa kali. Cabaran yang paling besar adalah, masa mula2 tu saya belum ada oven. Bila dah ada oven lain pulak cabarannya, saya yang naif tentang dunia masakan ini, baru tahu yang saya perlukan acuan untuk membuat pastry shell nya.

 Kebetulan pula, ada kawan ofis yang sudi menolong saya untuk beli acuan tersebut. Maka, projek inaugural untuk buat cheese tart ni bermulalah bulan Ramadhan lepas. Insan-insan bertuah yang dapat merasa cheese tart tersebut adalah my family kat Sungai Petani. FYI, resepi cheesetart ni saya adaptasi dari blog  Azlita Masam Manis.

My brother lah insan yang paling suka dengan cheese tart yang saya buat. Saya berjaya buat my brother singgah kat rumah saya semasa perjalanan pulang my brother dari Sungai Petani ke Muar. Umpannya adalah sedozen cheese tart sebagai bingkisan untuk dia bawa pulang ke Muar.


Jadi, dah 3 kalilah saya membaking cheese tart. Kali ke-3 ni baru ada peluang nak ambil gambar. Sebelum ni, tahap freshman la katakan... Sekarang ni dah masuk Sophomore hehehe...

Tujuan buat cheese tart kali ini pun kerana My Brother. My Mom nak melawat cucunya (my nephew) yang terkini yang ke-8 iaitu anak my brotherlah.

Dengan penuh kasih sayang (ada taman aje dalam hati ni), saya mulakan Step by Step... Cheese tart.....

Bahan-bahan (untuk pastry shell) dapat 40 biji

170gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Cara Penyediaan
Pukul mentega dan gula. Tapi tak perlu pukul lama sangat. (Azlita pukul dengan spatula, saya pukul dengan mixer)

Saya guna mixer sbb tangan saya lenguh kalau guna spatula

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. (Yang nipun Azlita pukul dengan senduk kayu, saya memang tak kuasa, jadi saya pukul je dengan mixer).




Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli.


Uli hingga menjadi doh yang lembut.

uli yang ni, pakai tangan ye.


Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk (Azlita cakap semalaman tapi saya simpan dalam 6 jam).




Selepas 6 jam, keluarkan adunan tadi. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Ini rupa acuan tart

Ini adunan yang saya dah tekan dalam acuan

Ini yang saya dah cucuk dengan garfu


Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak.





Buat shell ni agak makan masa jadi kita boleh sediakan awal. Caranya, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan lama sikit la (paling lama saya pernah simpan seminggu je).

Shell dah masak

Shell dalam tupperware
Sekarang ni nak buat filling dia pulak.

Bahan-bahan

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Apa-apa filling yang suka. Saya sediakan blueberry, strawberry dan coklat.


Cara Penyediaan

Putar cream cheese dengan gula hingga berkrim.



Masukkan telur dan esen. Putar lagi sehingga sebati. Dan adunan cream dah siap. Ketepikan.




Ambil shell yang dah siap tadi (pastikan shell telah sejuk). Piping atau sudukan filling perisa (blueberry/strawberry/ chocolate atau apa2 berry yang patut).

saya guna sudu sebab saya malas

Sebelum pipekan cream cheese, sila ketepikan sesudu makan adunan cream cheese tadi untuk tujuan lorekan/hiasan. Lepas tu baru masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam shell tadi sehingga penuh shell. Jangan melimpah dah ler.




Sekarang masa untuk menghias, saya bahagikan sedikit adunan tadi kepada 2 warna, merah dan hijau. Lepas tu lorek mengikut kreativiti.




Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. Biarkan 2-3 jam barulah filling cheese tu jadi mantap untuk dimakan.

yang ni saya suruh Mr. Hubby bawak opis

Yang atas ada badam tu, filling dia chocolate

Sebab dapat banyak, saya bahagikan 3: satu untuk makan kat rumah, satu untuk my brother dan satu lagi untuk Mr. Hubby bawa kat opis. Semoga semua yang dapat makan cheese tart ni akan berasa gembira. Itupun kalau dalam hati mereka ada taman seperti saya....

33 comments:

Akak Kembang said...

saya pun amik resepi dr kak ita...dan alhamdulillah telah menjadi sumber pendapatan sampingan saya sekarang

weezana said...

resepi kak azlita untuk cheesetart ni memang menjadi dan sedap. Saya pun sebenarnya tak sangka saya boleh buat cheese tart setaraf bakery. tu yg Alin Marlini dapat banyak order:)

eqa_nadirah said...

tengah buat report pasal ikan pekasam... bleh melencong tengok resepi2 akak ni... ah... best22 sumenye... insyallah nnti sy datang melawt lg...dah follow pn blog ni... balk umah nntileh try tat ni... tat akak wt ni cantik la... sy buat dlu x berapa jd sebab mengelembung je tengok filling die....

weezana said...

nanti cuba lah mana2 yang menepati selere ye.. terima kasih sebab sudi melawat dan follow..

Dijah ZaLy said...

Assalamualaikum
mmg menarik la semua resepi siap ada "step by step" TERIMA KASIH
cuma saya nk tahu siapa owner blog ni eh? TQ

weezana said...

Waalaikumsalam Dijah. Saya la owner blog ni. Cubalah resepi2 yang Dijah rasa sesuai. Terima kasih jga sebab sudi melawat.

Dijah ZaLy said...

Itula saya mmg minat nak cuba la nanti tp kan nk tahu yg crust tu mcm mana nk tekan kan pakai apa? Nampak sekata je :)

Dijah ZaLy said...

sis.. sy ada tgk resepi buat roti, kalau tak guna BM boleh tak?

weezana said...

Dijah, tekan guna jari je. Nanti jadi sekata.

Tentang roti, boleh kalau x pakai BM. Cuma kena rajin menguli sampai adunan betul2 firm.

ynacalipso said...

Salam, saya nk buka bakery, mohon nak guna beberapa resepi utk dibuat & dijual di kedai saya nnti.. boleh tak??

weezana said...

Wassalam ynacalipso,

Guna sahaja. Semua resepi di alam maya ini adalah untuk perkongsian bersama. Semoga bakery puan berjaya.

Ida said...

Salam. Semoga weezana berjaya dlm hidup. Seorg yg tak kedekut ilmu dan sanggup bersusah payah sediakan step by step utk memudahkan org lain...

weezana said...

wasalam ida. terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya ni. ilmu yang ada pada saya terlalu sedikit. dan yang sedikit ini saya kongsikan kepada yang sudi :)

Unknown said...

Salam kak weezana.maaf nak tanya akak guna oven ape ya?jenis n jenama ape?sy tgh survey oven ni.xtau nk guna brand ape.thanks kak:-)

weezana said...

Salam alice. Akk guna oven brand rubine. Boleh google 'build in oven rubine'. Fungsi lebih kurang sama dgn build in oven jenama lain spt fagor.

Unknown said...

Salam akak. klu gula aising ganti gula biase blh ke?

weezana said...

ida, boleh rasanya. cuma kena putar/pukul lama sikit bagi hancur. kalau tak pun, kisar gula biasa tu dulu. dia akan jadi halus macam gula aising.

Unknown said...

Salam akak. Filling tu pakai jem biasa ke yang mana ye? Kat mana boleh dapatkan? supermarket? tq ^^

weezana said...

wassalam chickyB. filling tu bukan jem biasa. ada jual di kedai yang jual bahan-bahan bakery. supermarket selalunya tak ada. contoh kedai: bake with yen.

Unknown said...

Wow! Makin teruja nak membaking ni

weezana said...

Mardiana, cheese tart ni memang berbaloi buat.

nursuri said...

Suka baca blog weezana. Blh follow blog akak....

weezana said...

Shima,

Terima kasih sudi baca. Saya pun dah follow blog Shima.

SuMmEr LoViNg PwInCeZz said...

Salam sis, macam mana sis buat filling chocolate? Cairkan semi sweet choc chips untuk buat chocolate filling boleh? Harap sis balas Cepat ;)

weezana said...

wsslam Summer Loving,

filling choc, cairkan choc.. choc masakan apa2 pun boleh.

Nana said...

Tq ya Allah sebab jumpa Malaysianized recipe compared to Martha Stewards yang pakai cream milk yang tak ada kat rumah. Tq juga tak terhingga pada owner blog. Dapatlah saya buatkan cheese tart ni untuk melawat anak kat kolej.

weezana said...

Alhamdulillah.. semoga Nana berjaya membuat cheese tart ni :)

Unknown said...

Kalau mentega tu nak digantikan dgn buttercup boley tak ?

weezana said...

Boleh ieda. Buttercup pun ok.

Unknown said...

Kenapa cheese dia xgebu ..sy buat mendap. Shell kalo da masak mmg wrne putih atau coklat2 sikit

Unknown said...

Dah cuba buat...memang terbaikla...sedap kalau ikut resepi ni...

Unknown said...

Eah

weezana said...

Terima kasih sudi cuba.