Monday, December 19, 2011

My New Toy... Kenwood Bread Maker BM250


Apakah ini?

Hari ni Dec 19, 2011 dan hari ni adalah hari gaji + bonus (bagi penjawat awam di seluruh negara). Korang mesti ada macam-macam plan untuk spend bonus tu kan?

Daripada pengiraan yang saya buat, nampaknya bulan ini saya ada duit lebih sedikit. Harap-haraplah juga yang saya tak tersalah kira. Maka, saya mahu merealisasikan impian saya untuk membeli alat permainan baru untuk diri sendiri.


Adakah kegilaan saya terhadap Lego akan terhenti?

Meskipun christmas dah nak dekat, tapi saya tahu yang Santa Claus hanya sebuah watak mitos untuk memeriahkan lagi perayaan tersebut. Justeru, Mr. Santa tidak akan menghantar hadiah kepada saya jika sekalipun saya sediakan stoking yang amat besar. Dan Mr. Hubby pun macam takde petanda je nak belikan mainan yang saya sukai ini.. :(



Maka, tanpa tidak membuang masa dengan berangan-angan, saya nekad untuk mendapatkan alat permainan tersebut dengan duit sendiri. Dan.. Jeng.. Jeng.. Jeng... Akhirnya Kenwood Bread Maker BM250 berada dalam genggaman saya.



My new toy ni sungguh rajin sebagai pembantu. Sekali je bayar, dia akan berkhidmat sehingga ke akhir hayatnya. BM250 ada 12 fungsi iaitu basic, french, wholewheat, sweet, gluten free, packet mix, cake, dough, pasta dough, jam, bake dan rapid bake. Maksudnya, mulai hari ini, saya boleh membuat apa sahaja roti yang saya suka! Yeeehaaaa!!!



ruang dalam

buku panduan

3 simple steps?

Saya sangat gembira kerana selepas ini saya tidak perlu lagi menguli tepung untuk membuat roti bun, roti pound ataupun pizza. Pembantu saya yang setia ini akan tolong uli apa-apa doh yang saya suruh dia uli.

Cuma perlu masukkan semua bahan dan BM250 ini akan menguli sendiri bahan-bahan berkenaan. Macam magik gitu.




Harganyapun masih dalam budget saya. Ada warranty 2 tahun. Dan saya percaya, saya tidak rugi sekiranya saya berjaya buat macam-macam jenis roti. Justeru, saya akan meroti selagi terdaya hehehehe...

Harapan saya: Semoga alat permainan baru ini tidak buat perangai dan terus membantu saya merealisasikan impian iaitu untuk membuat pelbagai roti yang aneh tetapi sangat sedap. Sekian.

15 comments:

cherry red said...

same as mine .. luv your recipes. step-by-step really helpful .. thanks a lot for sharing

weezana said...

Thanks for visiting and following my blog.. also for leaving a comment. Hope u enjoy my writing. Really appreciate it :)

arniez said...

di mana beli this maker? email me at nazzie1927@hotmail.com

weezana said...

arniez, dah email. :)

Unknown said...

Assalam sis..nak tanya built in oven sis pakai brand rubine kan..blh share x model yg mana...sbb sy pakai rubine jugak..tp xberapa serasi lg ngan oven ni...blh tunjuk ajar dari sis x..

weezana said...

wassalam rizaladnan,

oven saya memang brand rubine. saya tak ingat model yg mana. dekat oven ni tak ada tulis pula. saya fhm kalau oven awk tak berapa serasi. mungkin lain2 kan sbb ikut jenis masakan. Meskipun oven tu multifunction, tapi saya cuma pernah guna 2 function sahaja. Lazimnya saya guna function biasa, api atas bawah tu. Yang berkipas bagai, langsung tak pernah guna :D

Unknown said...

Assalamialaikum wr wb..
Salam kenal,

Saya pnya bm ini,tp saya mau brtnya klau caranya hanya buat adonan saja gimana ya?

Terima kasih sebelumnya..

Salam,
Dira

weezana said...

Wassalam Dira,

Salam kenal.

Untuk mengadun/uli, tekan fungsi no. 8. Semoga berjaya:)

N.A. Athirah said...

Assalamualaikum..saya baru nak guna BM ni juga. Boleh tak tunjukkan setting di skrin tu utk uli doh sahaja. Sebab bila saya set pada no.8, siap uli, terus dia bakar..tq

weezana said...

Wassalam N.A. Athirah,

Jangan tekan butang yg macam fast forward tu.. sbb kalau tekan tu mmg terus bakar..

Unknown said...

Sy beli sbb sale.. Sampainskrg dok dlm kotak x pandai guna.. Hu.. Huu

weezana said...

Azlina,

Cubalah guna. Sayang tak guna. Seronok makan roti panas2.

iman said...

Sis weezana..nk buat utk doh roti tu mcm mna ya..sy dah try tp doh tu dah jd roti pulak hihi..ada kerak lg. Dah pilih 8 utk dough.

weezana said...

Iman,

8 tu untuk uli. Kena ikut resepi mana-mana roti, baru boleh jadi. Cuba try mana-mana resepi roti dalam blog ni.

Nurul said...

Salam. Sy br beli model ni tp xtau nk guna.