Saturday, December 31, 2011

Step by Step... Cheese Frankfurter Pizza






Hari terakhir bagi tahun 2011 ni saya nak buat pizza. Kalau dah pandai buat pizza, tak payah la nak ke Pizza Hut, Domino's atau Papa John, kecuali kalau diorang ada produk baru (yang wajib dicuba) atau dah bosan makan pizza air tangan sendiri.

Sangat mudah sebenarnya untuk buat pizza yang sedap, tambahan pula kalau anda ada breadmaker yang sungguh handal menguli doh. Kalau anda tidak ada breadmaker, mintalah suami/ayah/abang/adik lelaki anda tolong uli kerana tangan lelaki lebih bertenaga daripada wanita. Itulah sebabnya, kenapa ramai chef2 yang hebat adalah lelaki. Lihat sahaja `iron chef', semuanya lelaki kecuali iron chef versi Amerika yang saya nampak adalah sorang chef pompuan. Tapi chef tu pun tak sehebat Bobby Flay kan? Hehehe...

Maka, pelbagai gadget dicipta oleh inventors (lelaki jugalah kebanyakkannya ni) untuk membolehkan wanita-wanita menghasilkan masakan yang memerlukan banyak tenaga. Lihat sahaja Martha Stewart yang menggunakan produk-produk KitchenAid (namanya pun `KitchenAid'!).



Oleh itu, pada hari ini, saya dan pembantu saya Kenwood BM250 akan membuat Cheese Frankfurter Pizza. Mari kita mulakan.


Bahan-bahan Doh (hasilkan pizza saiz besar)

200gm tepung roti
1sk susu tepung
1 sudu makan mentega
1 sk yis
1/4 sk garam
1 sk gula
1/2 sk oregano (optional, tak letakpun takpe)
2 sk madu
1 sudu makan olive oil
1/2 bread improver
125ml air


Cara buat doh

Masukkan semua bahan doh dalam Breadmaker. Pilih Menu `dough' dan tekan On. Tunggu hingga siap. Kalau tak guna BM kena uli hingga doh sebati dan kental, kemudian tutup dan biarkan selama 45 minit.



Apabila doh dah siap (BM berbunyi tanda dah siap atau yang uli tangan dah biarkan selama 45 minit). Tumbuk-tumbukkan sedikit doh untuk keluarkan angin yang terperangkap dalam doh. Kepal-kepalkan doh kira-kira 2 minit. Alihkan Doh ke papan/meja pencanai yang telah ditabur sedikit tepung (kalau tak doh akan melekat). Uli dengan pencanai dan bentukkan bulatan dengan ketebalan 0.5cm.




Alihkan doh yang telah leper tadi ke loyang pizza yang telah digris. Tekan dan ratakan doh pada loyang.




Untuk Topping

Topping ni sebenarnya boleh letak apa-apa yang anda suka. Untuk Cheese Frankfurter Pizza, beginilah caranya:

Sapukan pati tomato/sos tomato atau sos pasta ke atas doh pizza.



Susun Cheese Chicken Frankfurter yang telah dihiris kecil atas doh. Taburkan pizza seasoning. Kalau tak ada pizza seasoning boleh ganti dengan Oregano, Basil dan Parsley flakes.


Saya guna Cheese Chicken Frankfurter


Taburkan Keju Mozzarella.



Bakar 180 darjah selama 12-15 minit atau sehingga doh pizza dah warna perang muda.



Pizza home-made dah siap! Dohnya rangup di luar dan lembut di dalam. Topping yang cheezy dan sedap.. Tba-tiba rasa lapar sangat! Mangiamo adesso!





Thursday, December 29, 2011

Step by Step... Egg Benedict (breakfast yang simple)



Kadang-kadang tu memang tak sangka resepi yang mudah dan simple bahan-bahannya, boleh menghasilkan makanan yang begitu sedap!

Tanpa berlengah lagi, pada pagi yang cerah diterangi cahaya mentari yang kejinggaan ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang mudah tetapi hebat iaitu `Egg Benedict'.




Resepi ini saya terjumpa selepas berjalan-jalan di alam maya. Terima kasih yang tak terhingga kepada Zurin di My Resepi atas resepi beliau yang sungguh sedap ini. Memetik kata-kata Zurin, "Hanya guna roti dan telur sahaja. Sgt senang, murah & berkhasiat untuk kanak2 dan dewasa" dan kata-kata itu sungguh benar belaka..... :)


Bahan-bahan

2 biji telur
2 keping roti putih
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit keju Mozzarella (saya tambah)


Cara-cara

Potong tepi-tepi roti (kalau tak buang nanti hangit atau terbakar) dan butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.






Letakkan sekeping roti di dalam bekas.




Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.




Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam.



Taburkan sedikit cheese.



Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit atau hingga telur putih masak dan telur kuning cair sedikit.


dalam oven


Dah dikeluarkan, panas!





Sangat mudah disediakan dan sangat sedap dimakan!

Tuesday, December 27, 2011

Step by Step... Butterscotch Blueberry Finger Buns

Semalam kami sekeluarga mengunjungi My Dad kat Paroi, NS. Sungguh lama kami tak balik NS. Kampung My Wan (orang nogori panggil nenek `wan' atau `uwan') kat Kuala Pilah lagilah dah lama kami tak bertandang. Kali nipun tak sempat nak balik ke Pilah, cuma sempat tengok My Dad kat Paroi je lah.

My Dad pun dah banyak kali tepon suruh balik. Yelah dia dah rindu nak tengok cucu. Akhir sekali dia jumpa Khayra ngan Hasya pun masa Khayra baru umur 2 hari. Dia umpan kami dengan durian dan rambutan. My Dad cakap dia ambik durian n rambutan kat rumah My Wan di Pilah.




Oleh yang demikian, kenalah balik juga walaupun Hasya tak berapa sihat (makin tak sihatlah nampaknya sebab akan pekena durian).

Tetiba je saya jadi buntu idea untuk bawa buah tangan untuk My Dad. Nak buat cheesecake, takde pulak stok cream cheese. Nak buat puding, asyik bawak puding je untuk My Dad.

Tetiba lagi, teringat Encik BM250 yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa tu. Maka, apa lagi, belek resepilah nampaknya.



Untuk My Dad


Dari hari tu lagi dah bookmark blog Ros Jintan Manis. Macam-macam resepi Puan Ros ni cipta. Resepi roti dia pun banyak. Dalam banyak-banyak resepi tu, hati saya sangat terpaut dengan resepi Butterscotch Blueberry Finger Buns. Saya ni kalau dengar `blueberry' memang boleh ketar lutut juga sebab suka sangat dengan rasa blueberry tu.

Roti Butterscotch Blueberry Finger Buns dah la cantik jelita, sedap pulak tu. Dah la sedap, lembut dan gebu, awesome lagi! Kesimpulannya memang best bangatlah bun ni.



Resepi hebat ini dari Ros Jintan Manis yang terer meroti.


Bahan-bahan

370gram tepung roti (tepung high protein)
80gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 sudu kecil butterscotch@esen vanila (saya guna esen vanilla)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (saya guna mentega)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
160ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver (saya letak bread improver)
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit blueberry filling yang dimasukkan dalam platik bersih dan gunting di hujung nya supaya senang untuk di jalurkan atas bun ini nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)


Cara-caranya ( Doh Roti)

Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh skip steps yang berwarna biru di bawah. 


Semua bahan masuk dalam BM


Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.


Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit.




Selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan memanjang, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.







Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.


Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan dengan blueberry filling.




Dapat 21 ketul bun

Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. (mungkin sebab bun saya kecik2, jadi saya bakar 11 minit je). Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.


Dah siap!

My Dad sangat happy dengan Bun yang cantik tu. Saya pun happy sangat sebab dapat buat resepi yang best. Terima kasih sekali lagi buat Ros Jintan Manis!




Monday, December 26, 2011

Sejak bila Noh Hujan jadi Indonesian Band?

Gambar saya ambil dari forum hiburan


Aneh.

Keliru.

Memalukan.


Aneh kerana saya tertanya-tanya bila pula Noh (Hujan) dah jadi band dari seberang? Meskipun keanehan itu terus melanda namun itulah kenyataannya. Itu adalah kenyataan yang dilaporkan oleh salah sebuah akhbar arus perdana: New Straits Times.

Adakah NST cuba buat lawak pada hari ini? Tapi, hari ini bukan 1 April untuk kita membuat lawak April Fool. Hari ini adalah hari Krismas. Lawak yang paling sesuai untuk dibuat hari ini adalah bertanyakan soalan:

"Apa yang kamu dapat daripada Santa?"

Keliru. Tapi bukan saya yang keliru. Wartawan yang tulis tu yang keliru. Editor NST yang baca tu pun sama tahap kekeliruannya.

Memalukan. Manalah reporter tu nak taruk muka. Dia mesti guna nama samaran kalau terpaksa buat liputan pada masa akan datang yang melibatkan Noh atau band Hujan. NST pun sama la jugak, dapat kesan contengan arang.


Sesapa yang tak tahu:
Ini adalah Noh (Hujan)

Yang versi online pun sama. Dah 24 jam berita keluarpun tak dibetulkan lagi (semasa saya tulis ni memang tak betul, tak tau la kalau dah dibetulkan). Sila klik link di bawah untuk baca berita online:




Moralnya:

Tulislah apa yang kita tahu. Sekiranya nak tulis apa yang kita kurang tahu, silalah rujuk dahulu.

Sekian.

Impian: Kek Lapis Sarawak (with pattern and shape)....

Question:

What I want to accomplish in the next year?

Answer:

Banyak. Memang banyak. Tapi mampukah? Baiklah, mari kita lebih spesifik:

Apa matlamat yang saya ingin capai dalam hobi memasak dan membaking ini?

Jawapan:

Saya ingin membuat Kek Lapis Sarawak. Bukan setakat lapis biasa tapi saya nak lapis yang bercorak-corak yang indah di mata dan sedap di tekak....



Mustahil? Tak mustahillah. Bukan ke Encik Napoleon Bonaparte pernah berkata:

“The word impossible is not in my dictionary.”


dan

"Impossible is a word to be found only in the dictionary of fools."



Oleh itu, tak mustahil kalau Aidilfitri tahun depan, saya akan berjaya menghasilkan barisan Kek Lapis Sarawak yang berwarna-warni dan bercorak-corak seperti anyaman tikar mengkuang.

Masalahnya, sukar sungguh nak cari resepi-resepi online yang tunjukkan cara bagaimana nak jadi terer buat kek lapis ini. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk beli buku resepi Kek Lapis Sarawak oleh Puan Rabiah Amit.



Buku Puan Rabiah ni ada 4 Jilid. Tak tahulah pula kalau ada 5 sebab saya jumpa 4 aje kat MPH. Kalau tentang buku, saya memang tak berapa nak kedekut. Walau bagaimnapun, kalau boleh photocopy memang saya dah copy, tapi saya tak jumpa buku ni untuk dibuat salinan pendua. Jadi, memang patutlah saya beli buku-buku Rabiah Amit ni.


Jilid I

Oleh kerana ilmu adalah sesuatu yang amat berharga, saya nekad je lah beli semua jilid yang ada. Sekali lagi, duit bonus memainkan peranan dalam merealisasikan impian saya ini.


Jilid 2


Jilid 3 & 4

Oleh kerana harga keempat-empat buku ini melepasi RM100 maka MPH bagi saya keahlian percuma selama 2 tahun. Saya juga dapat baucer MPH sebanyak RM5. Hai, bertambah-tambahlah beli buku lepas ni.


Kalaulah ini kad kredit... :D


Membazir? Tak membazirlah. Samalah juga macam beli baju, beli kasut, beli purse, membazir ke? Tak membazirkan? Kan.. Kan?

Yang penting, kita baca, kita ambil daripada sudut yang positif. Kalau rajin, boleh mulakan projek buat Kek Lapis Sarawak. Tambahan pula, beli buku boleh kurangkan bayaran income tax tau.

Wish me the very best of luck! :)

Saturday, December 24, 2011

Step by Step... Spaghetti Bolognese with Meatballs



Bueno Sera, hari ini kita mulakan entry dengan Italian proverb:

`ciò che si mangia con gusto non fa mai male'
(what you eat with pleasure can never make you feel ill)

Mi scusi, kenapa pulak cakap Italy ni? Parla Italiano? Parla Inglese? Hmmm... Cakap Melayu je lah yek, baru senang kita belajar masak, meskipun kita hari ni nak masak masakan Italy!




Hari ni kita nak masak Spaghetti Bolognese. Yang istimewanya, kita buat dengan bebola daging. Meatballs tu pulak kita buat sendiri. Susah? Tak susahlah, cuma kena rajinkan diri je. Kalau nak senang memanglah, beli je kat kedai. Takpun pergi makan spaghetti kat Secret Recipe atau Pizza Hut.

Walau bagaimanapun, kita kena belajar buat sendiri. Rugi tak cuba sebab resepi ni sedap tau... Jom tengok cara buat Italian Cuisine ni. Kita buat bebola daging dulu ye.


Meatballs (saya buat saiz kecil jadi dapat 35 biji)

Bahan-bahan

400 gm daging kisar
1/2 cawan bread crumbs
1 sk black pepper (kurangkan sedikit kalau tak suka pedas)
3/4 sk garam
1 sk daun basil (saya pakai dried basil)
1 biji telur


Cara membuatnya

Bersihkan daging kisar dan toskan. Masukkan dalam mangkuk. Masukkan bread crumbs.



Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul sebati.





Bentukkan bulat-bulat. Saiz ikut suka anda. Saya buat kecil-kecil sahaja.



Susun atas loyang pembakar.



Panaskan oven 200 darjah dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.





Bebola daging sudah siap. Mari kita siapkan spaghetti dan sosnya.


Untuk Spaghetti

Bahan-bahan

200gm spaghetti
1sk garam
1sk olive oil


Cara memasak

Panaskan 2.5 liter air dalam periuk besar. setelah mendidih masukkan spaghetti. Masukkan garam dan olive oil.





Rebus sehingga lembut dan kemudian tos kan spaghetti. Ketepikan.




Untuk membuat sosnya

Bahan-bahan

Sos pasta Prego traditional 397gm (sebotol)
1 sudu makan olive oil
1 sudu makan mentega
Seulas bawang besar + seulas bawang putih (dicincang - tapi saya kisar)
200gm daging cincang
sebiji lobak merah (dipotong dadu)
1 tin kecil cendawan butang (saya tak letak)
100ml susu segar
1/2 sk oregano
1/2 sk bay leave
3 sudu makan sos tomato

* sedikit keju Parmesan untuk ditabur masa menghidang


Cara memasak

Panaskan olive oil dan mentega dalam periuk.



Masukkan bawang. Kacau sehingga naik bau.



Masukkan daging kisar. Kacau lagi selama 5 minit.



Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lobak masak.



Masukkan susu segar. Kacau lagi.



Masukkan sos prego kacau sebati.



Masukkan bay leave, oregano dan sos tomato. Kacau selama 5 minit lagi.



Tutup api. Sos dah siap.



Cara menghidang

Masukkan spaghetti dalam pinggan/mangkuk. Tuang sos di atas spaghetti tersebut. Tabur sedikit keju Parmesan. Dan letakkan beberapa bebola daging. Dah sedia untuk dinikmati.

Andiamo a mangiare!