Saturday, January 28, 2012

Step by Step...Ayam Panggang ala Kenny Rogers




Rasanya dah terlalu lama saya menyimpan impian untuk masak ayam panggang `whole bird'. Oleh kerana saya tidak mahu menunggu lebih lama, semalam saya beli seekor ayam yang belum dipotong.

Pagi-pagi lagi saya dah keluarkan ayam (defrost) supaya saya boleh mula menyiapkan resepi ini untuk hidangan tengah hari. FYI, resepi ini saya ambil dari dapur Ijan di Blogresepi. Menurut Ijan, resepi asal adalah dari dapur Kak Hamidah.



Ayam panggang yang dijual di Kenny Rogers memang sedap. Walau bagaimanapun, ayam panggang yang saya masak ni pun super sedap dan ala-ala Kenny Rogers. Bahan-bahannya pun tidaklah banyak dan mudah untuk disediakan.

Dengan penuh bersemangat untuk memulakan weekend yang riang dan gembira, mari kita mulakan resepi hebat dan awesome iaitu `Ayam Panggang ala Kenny Rogers'.


Bahan-bahan

1 ekor ayam

Bahan-bahan untuk perap ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – (saya ganti ngan sos tiram+kicap pekat + lada hitam)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mixed herbs - (boleh ganti dengan oregano dan basil flakes)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar

Sedikit mentega - (saya ganti dengan olive oil)


Cara Memasak

Bersihkan ayam dan letak ayam atas loyang. Kisar semua bahan perap (kecuali mentega/olive oil). Lumurkan keseluruhan bahan tadi pada luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

Ini rupa mixed herbs

Ayam yang dah bersih



Perap selama 1 1/2 jam. Saya letak dalam peti sejuk.



Sapu sedikit mentega (saya guna olive oil) pada keseluruhan ayam . Panaskan oven 170-180 darjah dan bakar ayam selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. (untuk hasil yang cantik, terbalikkan ayam apabila sudah 1/2 jam bakar).



Nota: Saya pada mulanya nak letak atas loyang dan bakar seperti biasa. Tapi Mr. Hubby tetiba campur tangan dan offer untuk cucuk pada spit. Apa lagi, orang ngantuk disorongkan bantal ler jawabnya.

Saya ambil masa hampir 1 jam untuk bakar ayam ini. Diingatkan bahawa pembakaran adalah bergantung kepada saiz ayam dan tahap kepanasan oven. Kena rajin tengok dan rajin adjust.



Warnanya yang menawan kalbu

Hasilnya memang sangat memuaskan hati. Anda boleh hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. Saya hidang dengan kentang goreng sahaja. Nampaknya kami akan lunch dan dinner dengan menu yang sama! Hasta la vista!



Mr. Hubby punya


Saya suka yg quarter leg :)


3 comments:

Anonymous said...

bolehkah resep ini saya cuba,..... sepertinya lezat

weezana said...

boleh.. memang lazat :)

norsadira said...

Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
Dirawanhartawan.blogsport.com