Tuesday, January 3, 2012

Step by Step.. Tart Buah-buahan




Hampir sekali saya melabelkan entry ini sebagai `snack'. Tart cheese dan tart buah memang berbahaya jika dibaking di rumah saya ni. Inilah sumber-sumber kolestrol berganda yang terdapat pada saya, Mr. Hubby dan Hasya hehehe..

FYI, kesemua tart buah-buahan yang anda dapat lihat di serata entry ini sudah habis disnacking oleh kami anak beranak. Inilah snack paling lazat dan yang paling saya suka. Kebetulan pula, saya baru beli acuan tart saiz kecil setelah terjumpa acuan ini di Bagus, Shah Alam. Sebelum ni, saya gunakan acuan tart yang besar sedikit.

Apabila saiznya kecil dan comel, maka memang sekali ngapp jelah jawabnya. Sedap.. Memang sedap... Kalau tak sedap, saya takkan post di blog saya ni. Saya cuma post masakan-masakan yang sedap dan sangat sedap sahaja. Kalau kurang sedap, tapi saya tetiba nak post juga,  saya akan tulis `kurang sedap'.



Seperkara yang best lagi, krim kastardnya, saya create sendiri. Krim kastard saya ni tak pakai telur tau, eggless lagi... Saya agak-agak jelah dengan melihat resepi-resepi orang lain. Sebab resepi-resepi yang ada guna macam2 bahan. Saya nak yang simple je.

Pada based tart tu patutnya letak coklat cair, oleh kerana saya amat malas untuk double boilkan coklat, jadi saya pakai coklat cair Hershey je. Lain kali kalau rajin, saya akan cairkan coklat untuk rasa coklat yang lebih tebal. Apa-apapun, tart ini memang sedap dan tak ada sebab kenapa saya nak mengorder lagi.

Sila rujuk entry ini (klik la) untuk cara membuat shell tart.


Bahan-bahan untuk krim kastard

250 ml susu segar (sekotak kecik ni)
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan mentega
3 1/2 sudu makan gula castor
1/2 sk esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning


Cara-cara

Masukkan semua bahan dalam periuk kecil. Kacau supaya sebati.



Panaskan periuk atas api. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi pekat.


Masa mula-mula kacau

Dah lama kacau

Siap dah krim kastard. Tutup api dan titikkan sedikit pewarna kuning.



Kaler jadi kuning, tak payah letak telur kuning dah.


Cara penyediaan

Kalau rajin dan untuk rasa yang lebih lazat, sila cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil atau apa2 kaedah lain yang boleh mencairkan coklat. Atas kemalasan berganda, saya cuma guna coklat cair Hershey. Sapukan pada sekitar ruang dalam shell tart.





Paip atau sudukan krim kastard ke dalam shell tart. Kalau paip lebih terjamin kekemasannya.


Mencabar. Sebelah tangan paip, sebelah tangan amik gambar.


Lepas tu, letak apa-apa buah-buahan yang anda suka. Kalau nak cantik, letaklah yang berlainan warna. Saya letak anggur, strawberry dan kiwi.




Nampak comel, meriah dan colorful. Saya buat dua-dua saiz tart sebab dapat banyak. Yang dalam pinggan saiz kecil dan dalam tray segiempat tepat tu saiz besar. Yang penting sedap... Suka sangat tau!

Hasya nak ambil tart

Dah hilang sebiji


7 comments:

ZARA@FreelanceModelMaker said...

Saya sangat suka blog emiliaputeri..recepi menjadi..thnks!

weezana said...

Terima kasih sbb sudi cuba ya Icha :)

ZARA@FreelanceModelMaker said...

Kak weezana...skdr btanye..akk tahu knp bila kita buat pastry dan letak dlm ice box bila mkn akn keras sikit .. Bgimna nk buat pastry lembut ye..

weezana said...

Icha, kalau letak dalam fridge memang pastrynya jadi sejuk n keras.. kalau terus makan, barulah rapuh sbb suhu biasa. itu yg kat bakery ada yang diletak dalam mesin yg sentiasa suam2.. :)

Adilah Asari said...

Sy minta izin pinjam gmbrnya ya kak untuk buat rujukan

Puan Berkaca Mata said...

sy minta izin nk pinjam gambar ye😊

weezana said...

BOleh Puan Berkaca Mata..