Sunday, January 8, 2012

Step by Step... Spaghetti Aglio Olio



Sebenarnya full name bagi nama masakan ni memang boleh menyebabkan lidah bergulung dan tergulung. Menurut Encik Wikipedia, nama masakan yang saya masak ini adalah Spaghetti Aglio, Olio e Peperoncino.  Nasib baiklah masakan ini dikenali di seluruh dunia dengan namanya yang sedikit telah diringkaskan iaitu Spaghetti Aglio Olio.

Spaghetti Aglio Oglio ini merupakan masakan tradisi Italy yang berasal dari wilayah Abruzzo. `Aglio e Olio' bermaksud `Bawang Putih dan Minyak'. Spaghetti ini popular kerana penyediaannya yang mudah dan turut menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah.



Sesungguhnya apa yang ditulis oleh Encik Wikipedia itu benar belaka. Menyediakan Spaghetti Aglio Olio amat mudah (pendapat peribadi saya) kerana saya tak terasa pun tercabar atau dicabar ketika memasak masakan ini, meskipun ini adalah pertama kali saya memasak Aglio Olio.

Hati berdebar-debar jugalah kerana saya tak tahu apa rasa spaghetti ini. Tak sabar-sabar pula saya nak merasanya buat kali pertama. Surprise! Rasanya sangat sedap (disclaimer: Kalau anda tak suka masakan Italy, anda akan rasa tak sedap okay!).




Hasya yang amat memilih makanan pun boleh habis sepinggan. Jadi, memang sedaplah maksudnya. Dan, Spaghetti Aglio Olio memang mempunyai masa depan yang cerah di rumah saya ni. Akan ada kali kedua dan seterusnya untuk masakan tradisi Italy ini.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Saudara Amir Said di Oh Malaysia atas resepi oleh beliau. Seperti biasa, saya akan ubah sedikit memandangkan saya masak hanya untuk 3-4 orang makan.



Bahan-bahan

250 gm spaghetti
300gm makanan laut (Udang, sotong, kupang - saya tak letak kupang)
1/4 cawan olive oil
2 ulas bawang putih (kisar kering atau tumbuk)
1sk chili flakes
1sb oregano flakes
1sb parsley flakes
1/2sk lada hitam
1/2sk garam
1/2 kiub pati ayam


Cara-cara

Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.


Cuba tau jangan tak cuba. Kecuali anda memang tak makan pasta cuma suka makan nasi je... :)


Saya pakai separuh je





Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.



Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.




Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.



Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.




Siap untuk dihidangkan.



8 comments:

aizaimra said...

tq wizz....esok juga aiza nk try...mcm senang je tgk cara nk wat.....mmuah..mmuah...

weezana said...

sama2.. senang sangat tau.. terima kasih juga.. kalau tak, tidak terfikir nak masak aglio olio ni.. :)

Miss Butterfly said...

boleh tahu pakai olive oil jenis ape? :)

weezana said...

saya pakai Bertolli:)

Sarah said...

Tq for sharing recipe.. Husband suka sgt pas try first masak haritu.
Sy pun sharekn resipi ni di blog. Thanks skali lg :)
sara-sweet-touch@blogspot.com

weezana said...

Sarah,
Terima kasih sebab sudi cuba.. :)

Ummikimi said...

Kita mmg guna resepi ni je bila nk wat spageti aglio.. thanks for the recipe.. sedap.. kena dgn selera kita & suami

weezana said...

Terima kasih sudi cuba ummikimi.