Wednesday, January 11, 2012

Step by Step... Mexican Bun (serius sedap & ala RotiBoy)



Dari sehari ke sehari rasa nak cuba buat Mexican Bun. Sebabnya, saya sangat suka dengan RotiBoy yang wangi, lembut dan sedap. Saya sentiasa berharap yang saya boleh buat roti yang setanding dengan RotiBoy.

Apabila saya tergoogle resepi Mexican Bun oleh  Lilydvalley di MyResepi, saya makin teruja nak cuba buat bun yang awesome ini. Tapi, hajat itu tertunda dari hari ke hari kerana ketiadaan serbuk kopi mahupun coffee emulco di rumah saya. Terfikir juga untuk membeli serbuk kopi, namun hati berasa amat berat kerana saya memang tak minum air kopi.

Maka, apabila saya mula bekerja selepas bercuti 90 hari, saya mulalah meninjau-ninjau apa yang ada di pantry di ofis saya. Tada! Saya terjumpa sekotak instant coffee yang masih belum dibuka. Jadi, saya pun merasmikan kotak kopi segera tersebut dan ambil sepeket kopi untuk dibawa pulang. Nampaknya, hajat saya nak membuat Mexican Bun akan tercapai.

Filling yang manis dan sedap

Dan, malam semalam, saya berjaya membuat Mexican Bun yang sedapnya ala-ala RotiBoy! memang serius sedaplah bun ni, kepada sesapa yang suka Mexican Bun pasti akan suka sangat dengan bun ni. Nampaknya, Mexican Bun ni jadi roti favorite saya setakat ini.

Saya buat separuh adunan sahaja daripada resepi Lilydvalley. Sebenarnya, saya takut bun saya tak menjadi atau tak sedap. Maklumlah Lylydvalley cakap boleh dapat 17 biji bun. Bayangkan kalau tak sedap, alamatnya saya terpaksa membuang 17 biji bun! Kalau buat separuh adunan, cuma 9 biji bun, takdelah banyak sangat bun untuk dibuang.


Nak dijadikan cerita, bun ini rupa2nya serius sedap. saya, Mr. Hubby dan Hasya makan 5 biji di rumah. Lebihan 4 biji, saya bawa ke ofis. Meskipun sejuk, bun tersebut masih serius sedap! Jadinya, 4 biji bun tu tak cukup untuk menampung selera rakan-rakan di pejabat saya ini. My Colleagues, Lain kali saya wat lagi ye!


Bahan-bahan (17 biji bun) - saya buat separuh adunan

i) Filling

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar


ii) Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum


iii) Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega


Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.




Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.



Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.

Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

Masukkan telur dan air/susu segar.

Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.

Nota: Saya skip perkara-perkara berwarna biru sebab saya guna breadmaker. Saya letak semua bahan dan tekan fungsi doh. BM250 tu uli sampai siap.


masuk semua bahan doh

BM uli sampai siap


(Saya tumbuk2 sedikit doh untuk keluarkan angin dan uli guna tangan selama 3 minit). Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil (saya buat 9 biji sbb separuh adunan) dan tutup dengan film cling (saya tak tahu apa itu film cling jadi saya tak tutup) selama 10 min.



Leperkan dough di atas tapak tgn dan letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.




Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.



Rehatkan selama 45 min di tempat panas (saya biar sahaja atas meja).

Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center. 


Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Masa mula-mula masuk oven

Dah masak


Akhir kata, bun ini memang SERIUS SEDAP... :)



21 comments:

nurulhaiza said...

Kak... cling film tu plastik wrap yg nipis selalu guna wrap food tu... plastik yg jenis melekap tu.

weezana said...

hahaha.. first time dengar `cling film'. takpelah jimat plastic wrap akak, sbb tak guna :D thanks.

Unknown said...

tempting nya tengok..
tq for sharing :)

weezana said...

sama2 cik ayu.. terima kasih kerana sudi datang sini :)

farida tarmize said...

Akakkk..tergodanyaaaa..kene buat nih..

weezana said...

memang menarik bun ni. kena rajinkan diri.

Unknown said...

Wah ritu mkn roti boy.. tbe2 lak trpk kalau lah bleh wt sndiri.. thanx 4 sharing

weezana said...

sama2.. :)

Unknown said...

Blh x sy share resepi ni cik Weezana...

weezana said...

Adif, boleh. :)

mdmbaizura said...

ebvc

ZULB said...

kalau x guna nescafe boleh ganti ngann lain tak mcm milo ke

weezana said...

ZULB,

tukar pada kopi mungkin boleh. tapi kalau milo, mungkin rasa dia akan totally jadi lain. Nescafe tu utk flavor sebenarnya.

Nurafifah said...

Macam mne sis wat stgh. Telor tu sis bg cmne ?

weezana said...

Nur Afifah.. kalau ada resepi guna telur setengah, pukul sebiji telur lepas tu guna half daripada telur yang dah dipukul tu.

Unknown said...

Kalo instant coffee ganti dengan serbuk kopi biase bole ....?

weezana said...

boleh.. cuma instant kopi kurang pekat sbb ada bahan campuran.

Unknown said...

high protein flour tu kan boleh ke tukar dengan tepung lain? 😃

weezana said...

Nur Hamizah, tak boleh sebab itu memang tepung untuk buat roti. Nanti roti jadi lain..

Yazilawati said...

Pakai bm jenama apa sis..senang tgk bm ulikan😊

weezana said...

Yazilawati,

Kenwood Breadmaker BM250 :)