Saturday, January 28, 2012

Step by Step... 5 Minutes Nutella Mug Cake (Tanpa oven, tanpa mixer, tanpa loyang!)



Kepada kengkawan serta pelawat Life is Colorful yang tidak ada oven, hari ini saya nak berkongsi resepi cara buat kek sedap yang dibakar tanpa oven. Kek ini bakar guna microwave atau bahasa Melayunya `ketuhar mikro'.

Penyediaan dan membakar kek ini memang super-duper mudah sebabnya amat cepat siap dan cepat pula boleh dimakan. Anda cuma perlu beberapa minit (5 minit je tau!) untuk penyediaan dan pembakaran kek ini. Tanpa oven, tanpa mixer dan tanpa loyang! Anda cuma perlu sediakan mug dan garfu! Wow sungguh marvelous kan?




Resepi ini saya adaptasi dari blog babble. Menurut Babble, hasilnya adalah 'beyond amazing'. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa, `beyond amazing' adalah frasa yang amatlah tepat untuk menggambarkan mug cake ini. Terima kasihlah buat Babble meskipun Babble tentu sekali takkan faham apa yang saya tulis ni. Walau bagaimanapun, Babble boleh gunakan google translator kalau nak baca juga puji-pujian saya ini hehehehe....

Bahan-bahan (saya bahagikan semua bahan kepada 2 bhgn sbb saya guna 2 mug)

4 sudu makan tepung naik sendiri
4 sudu makan gula (saya kurangkan jadi 2 sudu makan shj, 1 sudu makan utk setiap mug)
1 biji telur
3 sudu makan serbuk koko (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan nutella (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan susu segar
3 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun

Nota: Resepi kek omputih selalunya memang manis sangat! Selalunya juga saya akan kurangkan sedikit sukatan gula.


Cara membuatnya

Gabungkan semua bahan dalam sebiji mug yang besar. Walau bagaimanapun, saya guna 2 biji mug. Mula-mula saya masukkan tepung naik sendiri. 2 sudu makan setiap mug.




Lepas tu saya masukkan gula. Cuma 1 sudu makan setiap mug. Saya kacau telur dalam mangkuk kecil. Lepas tu saya bahagikan separuh bahagian telur untuk setiap mug.



Saya masukkan pula serbuk koko. Saya guna cuma satu sudu makan bagi setiap mug.



Langkah seterusnya, saya masukkan satu sudu makan Nutella setiap mug.



Masukkan susu segar (1 1/2 sudu makan setiap mug) dan minyak sayuran/olive oil (juga 1 1/2 sudu makan setiap mug). Kemudian kacau sebati guna garfu sahaja. Anak dara saya sibuk nak menolong.





Masukkan ke dalam Microwave dan setkan suhu tinggi pada microwave anda. Saya set suhu 250 darjah pada microwave saya, kalau microwave yang guna high-low, sila setkan `high'. Masak 1 1/2 - 3 minit. Saya masak 3 minit tapi saya rasa sebenarnya 2 1/2 minit dah cukup kot hehehehe.

Nota: Tempoh memasak bergantung kepada suhu microwave anda.



Dah masak!

Super mudah kan? Bila dah masak, anda boleh tambah whipped cream dan coklat cair sebagai penyeri dan penambah rasa.



Saya pun bagilah satu mug kepada Mr. Hubby. Dia cakap "tak nak" sebab dia ingat saya buat air panas. Saya jawab, "tak nak sudah." Tetiba je dia mintak Nutella Mug Cake ni apabila dia realize yang sebenarnya saya tengah makan kek kikikiki...


Nak sikit ke?

Tamat


25 comments:

meazrynn said...

simple...tp nampak sgt sedap...:)

weezana said...

sedap.. dan sesuai dibuat kalau terasa nak makan kek :)

SukaSukiMizIda said...

sis..mug tu xpecah ke masuk dlm tu?? bleh gune ape2 mug kace la ea..

weezana said...

rasanya ok kot mug yg mana2.. tapi jgn guna gelas (yg lutsinar) takut nipis. mug kan selalunya tebal.. :)

Anonymous said...

Yaeyyyy. .tq sis. .sye dh cube resipi ni. Tp sye gune 1 mug agk besa siket, comel la sbb kek naik tlbih kt mug tu dh mcm topi siket. .Hehe btw. .So yummy. .Tq. .

weezana said...

lily, terima kasih juga sebab sudi mencuba.

Unknown said...

kenapa xmasak2 pon lps 5minit pulak tu..?

weezana said...

sepatutnya masak. mungkin ketuhar mikro fatimah tidak cukup panas.

Unknown said...

Tq dah try ... cuma ubah cket resepinya... instead of susu segar saya guna susu pekat tanpa gula.... Terbaekkkk...

weezana said...

Sama2 Nizana. wah, saya pun dah lama x buat kek ni. nanti boleh repeat guna susu pekat pula :)

Unknown said...

Kalau kukus agak2 boleh ke? =)

weezana said...

Najwa, saya pun tak tahu. sebab resepi asal memang guna microwave.

Unknown said...

Ni mcm aowa brand je..?mcmne nk setting msk ni..?tlg ajar

ana said...

Assalam sis.. guna mug corelle ka??

weezana said...

wassalam ana, ye saya pakai mug corelle.

weezana said...

Amrina, ikut jenis microwave.. tapi bakar suhu tinggi. ada microwave yg ada button high-low. jadi putar utk high.

ann said...

:)

ann said...

akak, sy x faham cara nak guna microwave oven. saya punya microwave oven ada yg high medium low tu. tp high tu ada 100%, 90%,80%. amek yg mana satu ? oh ye, apa fungsi microwave+oven? selalunya utk msak apa ya?

weezana said...

Fungsi micro oven slalunya multipurpose iaitu boleh jadi microwave dan boleh jadi oven. Tengok brand dan apa yg device tu boleh buat. Kalau ikutkan 'high' tu suhu paling tinggi. Tapi kalau takut suhunya mungkin tinggi sangat, cubalah 80%. Saya pun x berani nk beri pendapat sbb saya bukan pakar microwave.

Unknown said...

salam sis, pakai cup untuk buat cupcake boleh x?

weezana said...

Wasalam shafi. Saya x pasti sbb saya tak pernah cuba pakai cup kertas. Pastikan cup tu x terbakar dlm microwave ye.

weezana said...

sama2 ratna sari :)

Unknown said...

Bancuhan tu cair ke liat?

weezana said...

Ayumi, agak pekat juga...

hayati suki said...

nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
tq tau sudi share resepi ni.