Friday, November 25, 2011

Step by Step... Butter Cherry Cheesecake


Sequel filem mega The Twilight Saga sekarang ni tengah panas ditayangkan di seluruh dunia. Rasa macam tak sabar sungguh nak tengok Breaking Dawn Part I (perghh siap bahagi kepada 2 part!).

Sebenarnya sejak tengok sequel yang pertama iaitu Twilight, saya memang dah tertanya-tanya tentang ending cerita ni. Memandangkan saya ni tak le penyabar sangat, jadi terus google cari buku Stephanie Meyer ni kat Amazon. Time tu masih di Fayetteville, jadi tak le susah nak dapat buku `used-like new'.

Atas kesibukan melampau, saya tak sempat baca habispun 4 buah buku tu. Sequel kedua `New Moon' pun keluar dan saya mula syok kat Jacob Black. Bila Eclipse keluar tahun lepas dan Bella kejap suka kat Edward kejap suka kat Jacob, saya pun mula bengang dan mula yakin bahawa `inilah masanya untuk baca keempat-empat buku ni'.

Maka, saya pun melayanlah novel yang hebat ini. Endingnya not bad, adil untuk semua orang. Happy ending gitu.

Memandangkan Breaking Dawn Part I tengah hangat sekarang ni (tak sempat lagi saya nak menonton!), sekali lagi saya akan ulang baca part yang akhir ni. Supaya ingat fakta-fakta dan boleh banding dengan apa yang dipaparkan di layar pawagam.




Sambil baca, sambil makan kek. Kek hari ni cukup istimewa dan sedap dan moist dan sweet dan gebu dan menawan hati iaitu `Butter Cherry Cheesecake'. Aroma butter serta cream cheese, strawberry filling dan rasa manis-manis buah cherry sangatlah menawan selera.



Meskipun dibakar, kek ini sungguh moist dan lembut dimakan (jangan simpan dalam peti sejuk). Dah makan satu slice, rasa nak makan lagi dan lagi.. Tambah-tambah pula bila layan Breaking Dawn ni.. Bertambah-tambah selera makan kek ni. Jika tak derhaka pada resepi, insyaallah kek ini akan dihasilkan dengan sempurna.



Bahan-bahan

200 gm butter
250 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder 

Beberapa biji buah Cheery (dalam tin, boleh diganti dengan blueberry)
- saya letak 13 biji je

Strawberry filling/jem untuk topping (juga boleh diganti dengan perisa lain)

Cara penyediaan

Pukul butter, krim keju dan gula hingga sebati.




Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla. Pukul lagi.



Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.



Adunan yang siap dimasukkan dalam loyang pilihan (saya pakai 9x9 inci) dan letak filling/jem di atas adunan.


Susun buah cherry atas adunan.


 

Bakar adunan dengan suhu 165 darjah selama 50-60 minit atau sehingga masak kerana kepanasan setiap oven adalah berlainan.


Masuk oven



Dah masak

Saya dah 2 kali buat kek ni. Kek ni antara My mom's favorite.


Pat-a-cake, pat-a-cake, baker's man,
Bake me a cake, as fast as you can;
Pat it, prick it, and mark it with B,
Put it in the oven for baby and me.
- Mother Goose

2 comments:

nurulhaiza said...

sabtu ni nurul nak g tgk breaking dawn.. review from frens yg dh tgk sgt mengujakan, sampai ada yg tk sabar tunggu part 2...
can't wait!!!!

btw kak, ur cake looks tempting... mesti try!!!!

weezana said...

mesti bestkan! sbb ada scene wedding Edward-Bella.. pastu diorg honeymoon kat private island..

cubalah kek ni, mesti suka punya!