Tuesday, January 31, 2012

Step by Step... Spaghetti with Meatballs (cuma guna 3 bahan sahaja)




Resepi hari ni cuma menggunakan 3 bahan sahaja. Untuk makan malam, saya cuma masak Spaghetti dengan Meatballs. Malas bukanlah penyebab yang mendorong saya memasak resepi yang mudah ini. Ini kerana saya amat penat untuk memotong bawang atau menyediakan masakan yang remeh-temeh.

Mudah dan simple tidak semestinya tak sedap. Yang penting adalah bahan-bahan yang kita gunakan. Untuk bebola daging, saya cadangkan supaya anda gunakan Beef Balls jenama Marina kerana bebola daging jenama ini adalah antara yang tersedap rasanya. Sos spaghetti pula pilihlah jenama Prego (Tradisi).


Maka tiga (3) bahan-bahan mudah adalah seperti berikut:



Spaghetti untuk 3 orang makan (lebih kurang 160gm)
Meatball (370gm - Beef Balls jenama Marina)
Sos Spaghetti Prego Tradisi (420gm)

Cara memasak dan menyediakan juga mudah.

Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.



Meatballs boleh direbus/kukus/goreng/bakar. Saya pilih kaedah bakar. Ikut sahaja panduan yang ada di belakang kotak meatball iaitu bakar bebola daging pada suhu 200 darjah selama 6 minit.



Panaskan sos Prego.



Cara menghidang:

Senduk spaghetti. Tuangkan sos dan kemudian letak meatballs atas sos. Siap!





Saturday, January 28, 2012

Step by Step... 5 Minutes Nutella Mug Cake (Tanpa oven, tanpa mixer, tanpa loyang!)



Kepada kengkawan serta pelawat Life is Colorful yang tidak ada oven, hari ini saya nak berkongsi resepi cara buat kek sedap yang dibakar tanpa oven. Kek ini bakar guna microwave atau bahasa Melayunya `ketuhar mikro'.

Penyediaan dan membakar kek ini memang super-duper mudah sebabnya amat cepat siap dan cepat pula boleh dimakan. Anda cuma perlu beberapa minit (5 minit je tau!) untuk penyediaan dan pembakaran kek ini. Tanpa oven, tanpa mixer dan tanpa loyang! Anda cuma perlu sediakan mug dan garfu! Wow sungguh marvelous kan?




Resepi ini saya adaptasi dari blog babble. Menurut Babble, hasilnya adalah 'beyond amazing'. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa, `beyond amazing' adalah frasa yang amatlah tepat untuk menggambarkan mug cake ini. Terima kasihlah buat Babble meskipun Babble tentu sekali takkan faham apa yang saya tulis ni. Walau bagaimanapun, Babble boleh gunakan google translator kalau nak baca juga puji-pujian saya ini hehehehe....

Bahan-bahan (saya bahagikan semua bahan kepada 2 bhgn sbb saya guna 2 mug)

4 sudu makan tepung naik sendiri
4 sudu makan gula (saya kurangkan jadi 2 sudu makan shj, 1 sudu makan utk setiap mug)
1 biji telur
3 sudu makan serbuk koko (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan nutella (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan susu segar
3 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun

Nota: Resepi kek omputih selalunya memang manis sangat! Selalunya juga saya akan kurangkan sedikit sukatan gula.


Cara membuatnya

Gabungkan semua bahan dalam sebiji mug yang besar. Walau bagaimanapun, saya guna 2 biji mug. Mula-mula saya masukkan tepung naik sendiri. 2 sudu makan setiap mug.




Lepas tu saya masukkan gula. Cuma 1 sudu makan setiap mug. Saya kacau telur dalam mangkuk kecil. Lepas tu saya bahagikan separuh bahagian telur untuk setiap mug.



Saya masukkan pula serbuk koko. Saya guna cuma satu sudu makan bagi setiap mug.



Langkah seterusnya, saya masukkan satu sudu makan Nutella setiap mug.



Masukkan susu segar (1 1/2 sudu makan setiap mug) dan minyak sayuran/olive oil (juga 1 1/2 sudu makan setiap mug). Kemudian kacau sebati guna garfu sahaja. Anak dara saya sibuk nak menolong.





Masukkan ke dalam Microwave dan setkan suhu tinggi pada microwave anda. Saya set suhu 250 darjah pada microwave saya, kalau microwave yang guna high-low, sila setkan `high'. Masak 1 1/2 - 3 minit. Saya masak 3 minit tapi saya rasa sebenarnya 2 1/2 minit dah cukup kot hehehehe.

Nota: Tempoh memasak bergantung kepada suhu microwave anda.



Dah masak!

Super mudah kan? Bila dah masak, anda boleh tambah whipped cream dan coklat cair sebagai penyeri dan penambah rasa.



Saya pun bagilah satu mug kepada Mr. Hubby. Dia cakap "tak nak" sebab dia ingat saya buat air panas. Saya jawab, "tak nak sudah." Tetiba je dia mintak Nutella Mug Cake ni apabila dia realize yang sebenarnya saya tengah makan kek kikikiki...


Nak sikit ke?

Tamat


Step by Step...Ayam Panggang ala Kenny Rogers




Rasanya dah terlalu lama saya menyimpan impian untuk masak ayam panggang `whole bird'. Oleh kerana saya tidak mahu menunggu lebih lama, semalam saya beli seekor ayam yang belum dipotong.

Pagi-pagi lagi saya dah keluarkan ayam (defrost) supaya saya boleh mula menyiapkan resepi ini untuk hidangan tengah hari. FYI, resepi ini saya ambil dari dapur Ijan di Blogresepi. Menurut Ijan, resepi asal adalah dari dapur Kak Hamidah.



Ayam panggang yang dijual di Kenny Rogers memang sedap. Walau bagaimanapun, ayam panggang yang saya masak ni pun super sedap dan ala-ala Kenny Rogers. Bahan-bahannya pun tidaklah banyak dan mudah untuk disediakan.

Dengan penuh bersemangat untuk memulakan weekend yang riang dan gembira, mari kita mulakan resepi hebat dan awesome iaitu `Ayam Panggang ala Kenny Rogers'.


Bahan-bahan

1 ekor ayam

Bahan-bahan untuk perap ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – (saya ganti ngan sos tiram+kicap pekat + lada hitam)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mixed herbs - (boleh ganti dengan oregano dan basil flakes)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar

Sedikit mentega - (saya ganti dengan olive oil)


Cara Memasak

Bersihkan ayam dan letak ayam atas loyang. Kisar semua bahan perap (kecuali mentega/olive oil). Lumurkan keseluruhan bahan tadi pada luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

Ini rupa mixed herbs

Ayam yang dah bersih



Perap selama 1 1/2 jam. Saya letak dalam peti sejuk.



Sapu sedikit mentega (saya guna olive oil) pada keseluruhan ayam . Panaskan oven 170-180 darjah dan bakar ayam selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. (untuk hasil yang cantik, terbalikkan ayam apabila sudah 1/2 jam bakar).



Nota: Saya pada mulanya nak letak atas loyang dan bakar seperti biasa. Tapi Mr. Hubby tetiba campur tangan dan offer untuk cucuk pada spit. Apa lagi, orang ngantuk disorongkan bantal ler jawabnya.

Saya ambil masa hampir 1 jam untuk bakar ayam ini. Diingatkan bahawa pembakaran adalah bergantung kepada saiz ayam dan tahap kepanasan oven. Kena rajin tengok dan rajin adjust.



Warnanya yang menawan kalbu

Hasilnya memang sangat memuaskan hati. Anda boleh hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. Saya hidang dengan kentang goreng sahaja. Nampaknya kami akan lunch dan dinner dengan menu yang sama! Hasta la vista!



Mr. Hubby punya


Saya suka yg quarter leg :)


Friday, January 27, 2012

Step by Step.. Macaroni Goreng Pedas



Macaroni atau Makaroni merupakan salah satu jenis pasta. Pasta jenis ini lazimya berbentuk `elbow' (sila lihat bagaimana bentuk siku tangan anda). Menurut lagenda, macaroni dibawa ke Italy oleh Marco Polo (semasa pelayarannya dari China ke Venice) dalam tahun 1292. Walau bagaimanapun, banyak pihak yang menentang fakta ini kerana mereka berpendapat macaroni telah wujud di Italy berpuluh tahun sebelum itu.

Macaroni dengan bentuk `elbow' ini amat popular di US iaitu dimasak sebagai `macaroni and cheese'. Walau bagaimanapun, hari ni saya tak nak masak ala-ala Italy atau Western. Saya nak masak macaroni tapi dengan citarasa Melayu. Mari kita masak `Macaroni Goreng Pedas'.



Yelah kan, dah selalu sangat makan mee, kuay teow dan bihun. Sesekali tu kita cubalah goreng pasta pulak kan. Lagi senang beli pasta, sebab pasta boleh simpan lama (lambat expired). Kalau beli mee kuning atau kuay teow, kejap je dah expired.


Bahan-bahan

180gm Macaroni Elbow
200 gm isi ayam (potong kecil-kecil)
6 keping filament crab stick (setiap satu, saya potong 6)
7 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1sudu makan kicap manis
1sk sos tiram
1-2 sk garam (secukup rasa)
sedikit gula (kalau suka manis)

Boleh tambah cendawan butang kalau suka


Cara Memasak

Panaskan air dalam periuk. Rebus macaroni hingga lembut dan toskan airnya.

Ini macaroni elbows yang saya guna

Kisar bahan-bahan berwarna biru. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan kering sedikit. 


Masukkan isi ayam dan goreng sehingga ayam masak. 


Masukkan macaroni dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan kicap, garam dan sedikit gula. Kacau lagi. Tambah garam kalau tak cukup masin.



Akhir sekali masukkan filament crab stick. Goreng sekejap dan tutup api.



Dah siap. Rasanya pedas-pedas, masin dan manis. Saya suka, Mr. Hubby suka dan Hasya pun suka.


Wednesday, January 25, 2012

Step by Step.. Chicken Alfredo Pasta (versi mudah)



Tak tahulah kenapa masakan Italy memang menepati citarasa kami sekeluarga. Nak kata yang kami ni ada susur galur keturunan Italiano, tidaklah pula jawabnya. Meskipun tanpa faktor-faktor genetic atau bau-bau bacang sekalipun, kami tidak boleh nafikan yang kami memang sukakan pasta!

Salah satu sos pasta yang menjadi pujaan isi rumah saya adalah `Alfredo'. Gravy jenis ini amatlah berkrim (bahan utamanya cream cheese!) dan rasanya sedikit masam. Untuk memeriahkan pasta dan kuah Alfredo, anda boleh tambah bebola daging atau hirisan ayam.  



Memandangkan kita dah selalu makan Bolognese dengan meatball, jadi untuk Alfredo eloklah kita gabungkan dengan ayam. Maka, jeng..jeng.. jeng.. jom kita siapkan makan malam ala Italy iaitu Chicken Alfredo Pasta versi yang mudah. Saya buat versi mudah memandangkan saya berasa penat dan lapar untuk membuat gravy Alfredo from scratch. Tak sempat ler sebab balik keje pun dah malam hehehe...

Bahan-bahan

160gm Pasta Tagliatelle (boleh guna pasta apa-apa pun)
1 botol sos Alfredo (saya guna jenama Leggo's 565gm)
sedikit keju Parmesan

Sekeping dada ayam saiz besar
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
sedikit oregano flakes, chicken seasoning (McCormicks) dan basil flakes


Cara memasak

Bersihkan ayam. Kalau nak cepat masak, boleh potong ayam kepada 4 bahagian. Gaul dengan bahan-bahan berwarna biru. Susun ayam dalam loyang. Renjiskan sedikit minyak zaitun (1sk sahaja) sekitar ayam. Panaskan oven 180 darjah dan bakar ayam selama 20 minit atau sehingga masak.



Panaskan air dalam periuk. Rebus pasta sehingga lembut. Toskan pasta.



Panaskan sos Alfredo dalam periuk kecil. Gunakan api perlahan sahaja.





Cara menghidang

Sendukkan pasta ke dalam mangkuk/pinggan.



Tuangkan sos Alfredo atas pasta.



Ayam yang telah masak tadi, hiris nipis. Tabur hirisan ayam atas sos. Akhir sekali tabur sedikit keju Parmesan.



Dah siap. Berkrim sungguh Chicken Alfredo Pasta ni!



Put on tomato sauce,
Or just garlic and cheese,
Or add in vegetables,
Whatever you please

Maybe some sardines
Fettuccini alfredo sauce,
If you don’t,
Well that’s your loss.
Well put what ever you want in,
It’s really your choice,
But now you’ve made pasta,
You should rejoice.