Tuesday, June 26, 2012

Step by Step.. Roti Cheese (Sungguh Soft) sekali lagi..



Ini adalah kali pertama saya mengepost sebuah resepi step by step sebanyak 2 kali. Sebabnya, ini adalah resepi roti terbaik dan paling soft yang pernah saya buat. Maka, saya dengan sungguh berbesar hati ingin berkongsi entry roti cheese atau cheezy bread ini buat kedua kalinya.

FYI, entry sebelum ini adalah seperti link berikut: http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/05/step-by-step-cheezy-bread-lembutnya.html.

Bagi resepi water roux bolehlah klik sini. Saya juga nak kongsikan dengan anda tips terbaru untuk membuat water roux roti ini iaitu anda cuma perlu membuat separuh adunan water roux untuk mendapatkan 100gm water roux.


Bahan-bahan

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner
Mozarella/Parmesan Cheese, Italian Herbs (kalau takde, Parsley Flakes pun ok) dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti


Cara-cara

Saya masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.
Setelah 1 jam 30 minit


Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 2 bahagian.
Saya griskan 2 loyang empat segi 9 X9 inci. Setiap doh tu saya bahagi pula kepada 4 bahagian yang panjang. Saya susun dalam loyang. Jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang. Sila lihat gambar untuk pemahaman yang tepat.
Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat.

Tabur keju, sedikit gula dan Italian Herbs.



Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.



Roti sudah masak. Sapukan dengan mentega sebaik sahaja roti dikeluarkan dari oven.



Sangat lazat dan lembut kalau dimakan panas-panas.

Tekstur yang cantik


Kalau roti dah sejuk pun takpe, sila panaskan guna ketuhar mikro, hasilnya sungguh awesome. Lembut seperti baru dibakar panas-panas.



14 comments:

Unknown said...

as salam sis, nak tanya bread softener tu yang mana satu ye? tQ

weezana said...

Namanya mmg bread softner. Ada jual di kedai yg jual bhn2 utk bakery. Kalau di pasaraya, susah sikit nk jumpa. Kalau x ada, ganti sahaja dgn 1sk bread improver.

Unknown said...

Kalau xletak susu tepung xpe ke sis?

weezana said...

susu tepung tu boleh diganti dgn susu segar. letak 100ml, jadi xyah letak air.

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Aslmkm... Hr ni sy cuba buat cheese stick bread guna resepi.. Serius sedap giler... Selalu buat x secantik resepi yg puan bg ni.. Terima kasih ye.. Sy sgt bouas hati dgn resepi ni.. Lama dh cari roti yg lembut gebusss....

weezana said...

wassalam Jumee Zaila.

Resepi ni memang best. Saya pun banyak kali buat roti guna resepi ni. Terima kasih ye sbb sudi cuba :)

nidahusnan said...

Dah cuba resepi roti ni, senyum sampai ke telinga bila husband komen, "macam roti kedai la".. hehe.. terima kasih tuk resepi ni..

weezana said...

sama2 nida :)

Unknown said...

Salam. Bread improver guna utk ape?

weezana said...

Wassalam Nor Hazirah,

Bread Improver untuk membantu penghasilan roti lebih baik dan gebu, teksturnya lebih lembut, fermentasi (penapaian ragi pada roti) berlaku lebih cepat dan roti memiliki serat yang halus serta memanjangkan hayat atau tempoh baik roti tersebut.

dacoolstuff said...

Klu tak guna BM tp guna kithenaid.. Nk uli brape lama eh?

weezana said...

dacoolstuff, kena ikut panduan kitchenaid.. saya tak pasti.

Engku Artini said...

salam
saya dah cuba... memang menjadi .. sedap dan lembut sangat!! tq for sharing the recipe!

http://engkuartini.blogspot.my/2017/05/resepi-roti-cheese-stick-super-soft.html

weezana said...

Wassalam,

Tk Engku sudi cuba:)