Saturday, June 30, 2012

Step by Step... Chicken Meatloaf Pastry

Pagi ni Mr. Hubby takde di rumah. Dia berkursus di Bukit Kiara. Jadi, hari ni kena buat breakfast untuk saya dan Hasya sahaja.


Buka peti sejuk ternampak pula meatloaf. Tetiba je, dapat idea untuk buat Meatloaf Pastry. Kebetulan pula ada slices cheese. Oleh kerana saya buat sarapan untuk 2 orang sahaja, maka kuantitinya sedikit. Sila gandakan bahan-bahan sekiranya anda nak menghasilkan `Chicken Meatloaf Pastry' dalam kuantiti yang banyak. Jom main masak-masak.


Bahan-bahan

4 keping puff pastry (saiz kecil jenama kawan)
2 keping chicken meatloaf
2 keping keju keping (slices cheese)
sedikit keju Parmesan dan Parsley flakes untuk ditabur atas puff.

Cara-cara

Rebus dahulu chicken meatloaf dalam 4-5 minit. Toskan dan potong 2.



Atas papan pencanai, canai puff pastry supaya nipis sedikit.



Letak meatloaf atas puff.



Letak pula keju keping atas meatloaf.



Lipat dua puff pastry tadi. Tekan-tekan sedikit tepi-tepinya supaya melekat. Kelar permukaan puff.



Susun dalam loyang yang telah digris.



Tabur sedikit Parmesan dan Parsley.


Panaskan oven 200 darjah. Bakar sehingga puff berwarna keperangan permukaannya.


Dah naik cantik

Dah siap sarapan pagi ni.


Hasya kata sedap sangat. Dia makan 2 keping, saya makan 2 keping.



Cheezy!

Yummy tau!

Tuesday, June 26, 2012

Step by Step.. Roti Cheese (Sungguh Soft) sekali lagi..



Ini adalah kali pertama saya mengepost sebuah resepi step by step sebanyak 2 kali. Sebabnya, ini adalah resepi roti terbaik dan paling soft yang pernah saya buat. Maka, saya dengan sungguh berbesar hati ingin berkongsi entry roti cheese atau cheezy bread ini buat kedua kalinya.

FYI, entry sebelum ini adalah seperti link berikut: http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/05/step-by-step-cheezy-bread-lembutnya.html.

Bagi resepi water roux bolehlah klik sini. Saya juga nak kongsikan dengan anda tips terbaru untuk membuat water roux roti ini iaitu anda cuma perlu membuat separuh adunan water roux untuk mendapatkan 100gm water roux.


Bahan-bahan

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner
Mozarella/Parmesan Cheese, Italian Herbs (kalau takde, Parsley Flakes pun ok) dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti


Cara-cara

Saya masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.
Setelah 1 jam 30 minit


Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 2 bahagian.
Saya griskan 2 loyang empat segi 9 X9 inci. Setiap doh tu saya bahagi pula kepada 4 bahagian yang panjang. Saya susun dalam loyang. Jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang. Sila lihat gambar untuk pemahaman yang tepat.
Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat.

Tabur keju, sedikit gula dan Italian Herbs.



Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.



Roti sudah masak. Sapukan dengan mentega sebaik sahaja roti dikeluarkan dari oven.



Sangat lazat dan lembut kalau dimakan panas-panas.

Tekstur yang cantik


Kalau roti dah sejuk pun takpe, sila panaskan guna ketuhar mikro, hasilnya sungguh awesome. Lembut seperti baru dibakar panas-panas.



Monday, June 25, 2012

Step by Step.. Cheese Cake Simple



Anda nak makan cheese cake tapi anda malas? Malas nak keluar rumah untuk beli cheese cake dan malas nak buat cheese cake yang rumit?

Maka, marilah cuba buat cheese cake yang simple tapi sedap. Tak perlu pening kepala untuk buat lapisan biskut di bawah cheese cake ini. Cuma masuk semua bahan dalam mangkuk adunan. Kemudiannya, putar-putarkan mixer anda hingga sebati. 


Resepi simple ini datangnya dari dapur Biduri di MyResepi.

Bahan-bahan 

250g cream cheese
200ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon(kalau tak berapa suka rasa masam, boleh kurangkan sedikit)
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara

Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dengan baking paper.  


Nota: Jangan guna loyang besar sebab adunan ni memang sedikit. Kecuali kalau anda nak gandakan adunan. Saya guna loyang 7 X7.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim. 




Masukkan ke dalam loyang. 


Boleh tambah apa-apa topping. Saya guna blueberry filling. 


 Bakar selama 40-45 minit.  


Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

Simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap. 

Kek dah sejuk

Nak sikit?

Potong kecik2

Jadi banyak!
 

Saturday, June 23, 2012

Step by Step... Puding Laici (sejuk & manis)



Akhir-akhir ni cuaca memang panas. Dah lama nampaknya hujan lebat tak turun. Tidur malam pun terasa bahangnya. Nasib baik juga di pejabat ada penghawa dingin, kalau tidak mesti berpeluh-peluh menyiapkan kerja.

Oleh sebab cuaca yang panas ini, amatlah sesuai kalau kita buat puding. Kalau balik kerja panas-panas tu, sungguh nyaman menelan puding yang sejuk dan manis. Maka, hari ini saya nak buat Puding Laici.


Makan puding laici ni sama sedapnya dengan minum air laici. Manis dan sejuk buah laici tu. Boleh dimakan berulang-ulang. Tapi awaslah kepada yang berdiet, memang tak berapa sihatlah diet hari ni. Kalori.. Kalori... hehehe...

Resepi dari dapur Rizaida84 di MyResepi. Tapi saya ubah sikit.

Bahan-bahan (memang dapat banyak, sesuai kalau nak buat Pot Luck)



1 liter air (saya guna air dari dalam tin laici dan tambah air kosong) 
25g agar-agar
1 tin buah laici
1 tin susu cair
1 cawan Gula (130g)- saya kurangkan kepada 100gm


Cara-cara

Didihkan air dengan agar-agar.



Setelah mendidih, masukkan gula.



Ambil 2/3 isi laici dan hiris halus. Isi ini masukkan dalam adunan agar-agar tadi dan masukkan juga susu cair.



Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan tuangkan adunan dalam loyang, acuan yang disukai.


Sejukkan hingga puding ini keras. Setelah keras, sila tabur isi laici yang selebihnya atas puding. Kalau suka boleh hiris, kalau tak suka letaklah sebiji-sebiji.



Sejuk & Manis



Yum yum...