Info-info Tambahan

Saturday, April 21, 2012

Step by Step... Lapis Roti Berdaging



Pertama kali apabila melihat resepi ini di dapur Umi e di Myresepi hati saya sudah terpaut. Rupa Lapis Roti Berdaging yang dibuat oleh Umi e seakan-akan lapisan Lasagna. Oleh kerana hati sudah terpaut, maka tak sabar-sabar pula rasanya untuk membuat sendiri resepi ini.

Memandangkan Lapis Roti Berdaging Umi e untuk 6 - 8 orang makan, saya pun mengurangkan kuantiti bahan-bahannya kepada untuk 3 - 4 orang. Ringkasnya, saya cuma guna separuh daripada bahan-bahan yang diperlukan.


Lapis Roti Berdaging ini memang sedap. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Memang mengenyangkan. Saya letak Mozarella Cheese pada toppingnya supaya Lapis Roti Berdaging saya ini nampak sungguh cheezy. Penyediaannya juga tidak rumit. Sesapa pun boleh masak resepi ini. `Malaysia Boleh' lah katakan...


Bahan-bahan

1 biji kentang di potong dadu
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan minyak untuk menumis
7 keping roti
250ml susu segar
1 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - saya pakai Mozarella 
Sedikit margerin untuk melenser             

Cara-cara

Kisar bawang dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang, kentang dan garam. Goreng sehingga kentang masak.


Satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk.  Pukul susu, telur dan garam hingga sebati.



               
Celupkan ke semua roti dalam adunan tadi. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.   


          

Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/2 bahagian roti yang telah diramas.


Kemudian letakkan daging kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.   

            

Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).



 
Bakar dengan api sederhana selama 30-45minit atau sampai lidi tak lekat.



Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.


Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

NOTA: Boleh buat beberapa lapis kalau suka. Ulang sahaja proses, roti, daging dan roti daging. Atas sekali mesti roti ler.





Jangan takut mencuba sebab budak-budak dan bapak budak mesti teruja tengok Lapis Roti Berdaging ni. Bon appetit!

4 comments:

  1. i always look forward for your new recipe coz of it's step by step - nampak senang heee & yummmmmyyyy .. tq sis

    ReplyDelete
  2. you're welcome. it's easy for me to repeat any recipe! Mengelak dari terlupa :)

    ReplyDelete
  3. OMG! teruja la tgk resipi ni. mcm senang..bestnye..terliurr betol

    ReplyDelete
  4. Nana, tak remeh sangat resepi ni. Memang sedap dan sungguh cheezy..

    ReplyDelete