Thursday, February 2, 2012

Maksud tersirat `Aku Maafkan Kamu' (lirik yang sukar difahami)



Kalau dengar radio, lagu `Aku Maafkan Kamu' Malique feat Jamal Abdillah sering kali menjadi pilihan DJ. Sekali dengar memang tak faham, dua kali dengar tak faham juga. Maksud tersiratnya sungguh dalam. Lagu ini memang sedap dan mempunyai maksud yang sukar untuk difahami.

Bagi memahami maksud sesebuah lirik atau puisi, antara perkara-perkara yang harus diambil kira adalah latar belakang penulis dan latar belakang pentafsir. Ini kerana segala-galanya bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman si penulis dan juga sang pentafsir. Justeru, bagi lagu ini, hanya Malique sahaja yang benar-benar tahu apa yang ingin dia sampaikan.

 Maka, berdasarkan pemahaman saya yang mungkin tidak sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh Malique, beginilah tafsiran lirik ini:

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Baris awal ini mengenai individu atau sekumpulan orang yang ketinggalan zaman atau sebenarnya orang yang kurang tahu (sebab ketinggalan dalam banyak perkara) tapi suka nak buat-buat tahu dan bercakap ke sana kemari supaya semua orang tahu. Orang ni cakap lebih (mungkin menyebar fitnah) tapi sebenarnya seorang yang jahil.

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Daktil bermaksud jari. Oleh itu, individu atau sekumpulan orang tadi sudah menghulurkan 10 jari berkemungkinan sebagai salam persahabatan atau meminta maaf. Walau bagaimanapun tangan yang dihulur itu tidak ikhlas. Semasa memohon maaf tu, dah kata nak lupakan beberapa perkara. Oleh kerana tidak ikhlas, tetiba je ada perkara lain yang diwujudkan selepas itu. Justeru, penulis lirik ini berharap supaya beliau dijauhi daripada kata-kata fitnah.

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Keinginan (perkara yang dicita-citakan) penulis lirik ini bertentangan dengan perkara-perkara yang disampaikan oleh individu tadi. Perkara/fitnah tersebut menyebabkan penulis lirik rasa dirinya dipenjarakan (inkarserasi=incarcerate) atau dijauhkan dari orang lain. Mungkin penulis lirik terpaksa menjauhkan diri daripada orang ramai kerana difitnah sebegitu rupa. Baris-baris akhir merupakan luahan kesakitan yang diluahkan oleh penulis lirik kesan daripada perbuatan individu tersebut.


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Rangkap ini menunjukkan penulis lirik yang memaafkan perbuatan individu tersebut. Walau bagaimanapun, untuk bertemu sama sekali penulis tidak sudi, mungkin kerana kesan yang begitu mendalam akibat perbuatan individu tersebut (can forgive but cannot forget). Penulis juga berharap supaya individu tersebut tidak memfitnah beliau lagi dengan melupakan diri beliau untuk selama-lamanya.


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Penulis lirik mempunyai sejarah-sejarah silam yang negatif. Beliau kesal, sedih dan kecewa kerana dihukum oleh orang lain secara tidak adil. Mungkin beliau difitnah dan tidak dapat pembelaan yang sewajarnya. Orang mengatakan beliau begitu dan begini sedangkan perkara sebenar adalah berlainan sekali. Beliau cuba untuk memperbetulkan keadaan tapi tiada siapa yang benar-benar mahu membantu beliau. Justeru, penulis terpaksa berdiam dan akur dengan keadaan yang tidak menyebelahinya.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Rangkap ini penuh sindiran. Penulis seolah-olah menggambarkan bahawa individu atau kumpulan orang tadi harus dimaafkan kerana kejahilan mereka. Mereka jahil daripada segi pengetahuan dan didikan. Justeru, mereka ini jadi orang yang jahil dan tak ada nilai-nilai kemanusiaan (memang mean person).


Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kerana tersangat dendam, fitnah yang disebarkan amatlah dahsyat.

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Si pemfitnah tadi tak payahlah nak besar-besarkan perkara ni kepada pihak yang lebih berkuasa. Sebelum bersuara tu sepatutnya fikir dulu. Kena tahu hak-hak Miranda (You have the right to remain silent. Anything you say or do can and will be held against you in a court of law. You have the right to speak to an attorney. If you cannot afford an attorney, one will be appointed for you. Do you understand these rights as they have been read to you?) Kena faham betul-betul perkara yang berlaku, jangan tafsir dan hukum sesuka hati.

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Akhir kata: Malique banyak menyindir kepada individu/kumpulan orang yang jahil serba-serbi tapi tabur fitnah/suka bercakap yang bukan-bukan. Siapa makan cili, dia akan terasa pedas.


22 comments:

mass lela wangsa said...

Lagu nie seperti diriku yang telah dan sedang dilanda fitnah..lagu nie penuh makna....syabas kerana mentafsirkannya...hehehehe

weezana said...

tq.. semoga tabah menghadapi cabaran ye..

ainhany said...

salams>

Maveloss....!!
bukan mudah untuk bangun dicelah ranjau yang berduri. muga terhindar dari segala...Terima kasih atas perkongsian ini.

weezana said...

Salam Ainhany,

terima kasih juga kerana sudi melawat blog ini.

MrZam said...

Cukup kau tahu
Yang aku
Datang blogmu


thanks, nice reading :)

weezana said...

terima kasih sebab sudi datang... :)

Hang_Je_Bat said...

banyak membaca. fokus ayat ini 'Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta' itulah kunci utama.... menjawab persoalan dari lagu ini..

Gadis Canon said...

Boleh saya copy makna lirik ni dan letak dalam blog saya? Hanya sebagai simpanan. Ill show it im copying from u. Can?

weezana said...

Gadis Canon,

Boleh :)

Aiman Halim said...

Tafsiran yang bagus dan menarik. :)

weezana said...

Muhammad Aiman, terima kasih.

Unknown said...

This is about someone wbo is 'sedang bercerita seperti berIsi padahal dia kosong dan datang seorang pembahas yg membahas sipencerita bahawa ilmu dia belom cukup penuh didada'
Sorry if I wrong, just sharing my 'pendapat'

weezana said...

Ayoi, tq for sharing your pendapat :)

KhairulNizarMokhtar said...

Alif
Ada..
Ba
Bawah...
Ta
Tersembunyi..
Alif ba ta
Ada bawah tersembunyi..

Hebat malique..

IncheMir said...

Terima kasih atas kupasan. Sangat menarik

lan said...

maaf la kalo sy yg salah. sy rasa lirik ni berkaitan hantu. mayat atau sejeniskan yg xditerima bumi atas dosa lampau nya. sy agak je

lan said...

~terlalu rahi dendam diangan, smpi terkacip mulut mahirnya~ huhuhu

lan said...

~inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi~ huhuhu

Danny said...

Terima kasih...kosa kata yang tinggi sekali

Unknown said...

I like u malique

Unknown said...

Ade org mampu melawan....ade org hanya mampu simpan dendam.....jgn sampai org simpan dendam.....terima kasih atas ulasan yg menarik...

Unknown said...

sastera salute