Monday, December 3, 2012

Lagi Durian Crepe.. Dengan Nota Tambahan

 
 
Semalam buat Durian Crepe lagi. Kali ini saya buat 2 kali ganda daripada adunan yang sebelum ini. Oleh kerana dah pandai melempeng nipis, saya dapat 42 biji durian crepe.
 
 
Untuk entry Step by Step sebelum ini, anda bolehlah ke link ini. Saya ada tunjukkan cara melipat crepe juga. Untuk entry ini saya nak menulis resepi gandaan durian crepe berserta sedikit nota tambahan. Saya juga tambah satu warna crepe iaitu crepe pink. Jom lihat bahan-bahan.
 
 
 
Bahan-bahan (masih menggunakan resepi Miza)
 
100gm tepung gandum
100gm tepung ubi
50gm tepung kastard
50gm tepung jagung
4sb minyak masak
5sb gula
secubit garam
4 biji telur saiz A
200ml susu cair (saya guna santan kotak 200ml)
750ml air
 
Untuk Crepe hijau
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
 
Untuk Crepe lain warna
sedikit pewarna yang anda suka
sedikit esen vanilla
 
Cara-cara
 
Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan perisa dalam mangkuk adunan yang besar. Whiskkan sehingga sebati. Sebab saya malas, saya putar guna mixer. Kemudiannya saya bahagikan kepada 3 bahagian sebab saya nak buat 3 warna. Satu bahagian warna hijau/perisa pandan, satu lagi warna kuning dan satu lagi warna pink. Tapiskan adunan supaya tidak berketul.
 
3 warna
 
 
Selepas itu silalah melempeng menggunakan kuali non-stick. Nota: Gunakan api yang kecil sahaja. Tidak perlu sapu minyak atau mentega. Takkan melekat kalau kuali non-stick. Jangan terbalikkan crepe. Crepe sebelah atas akan masak secara perlahan. Memang agak lama nak melempeng 42 keping crepe ni. Kena banyak bersabar. Saya melempeng crepe ni makan masa hampir 2 jam. Sabar... Sabar...
 
 
Jangan terbalikkan, yang berkilat adalah crepe bahagian luar
 
 
Crepe yang telah masak boleh disusun bertindan-tindan. Harus diingat semasa nak ambil crepe tu nanti, ambil secara berhati-hati, takut terkoyak. Meskipun nampak seperti melekat antara satu sama lain, tapi crepe ini boleh dipisahkan.
 
Nanti pisahkan dengan berhati-hati, ambil yang paling atas dulu
 
 
Untuk filling
 
Isi durian (lagi banyak lagi sedap)
300ml whipping cream (non-dairy)
 
Cara-cara
 
Lenyekkan isi durian dalam mangkuk. Kali ni saya buat banyak sikit untuk rasa durian yang lebih.
 
Durian sebelum dilenyek
 
Selepas dilenyek dan dibuang biji
 
  
Whipping cream tu pastikan non-dairy. FYI, susah nak cari yang non-dairy whipping cream ni di pasaraya. Selalunya dijual di kedai-kedai bahan-bahan bakery. Contohnya di link ini.
 
Kepada rakan-rakan yang tak berapa faham perbezaan whipping cream ni, boleh baca penjelasan terperinci Puan Azlita. Saya pun baru-baru ni je fahamnya. Dulu pun sama je, hentam mana yang dapat je hehehehe.
 
Seterusnya, putar whipping cream sehingga kental dan bertanduk. Nota: Kalau anda terbalikkan mangkuk adunan whipping cream tu, confirm tak jatuh whipping cream tu sebab dah terlalu kental. Kalau tumpah, maksudnya belum soft peak (bertanduk) ler tu.
 
Ada tanduk kat tengah whipping cream
 
 
Kemudian, lipat je macam yang saya tunjukkan dalam entry  sebelum ini. Kali ni saya letak inti lebih sikit. Whipping cream lebih dan durian pun lebih. Biar jadi gebu dan padat.
 
Gebu dan padat. Banyak inti tau!
 
 
Simpan dalam peti sejuk supaya durian crepe anda sejuk seperti aiskrim semasa dinikmati. Kalau tak cukup sejuk, kuranglah kelazatannya.
 
 
 
FYI, saya buat banyak-banyak ni bukan untuk dijual. Saya nak bawa sebagai buah tangan untuk ayahanda tercinta. Kebetulan pula minggu ni kakak saya dari Senai, Johor juga akan balik ke rumah ayahanda. Jadi, rumah abah saya akan berbau durian yang harum semerbak.
 
 
 
Sekian sahaja. Saya harap entry ini dan entry sebelumnya akan dapat membantu anda semua membuat sendiri durian crepe. Percayalah, kalau anda boleh melempeng, maka anda boleh hasilkan durian crepe anda sendiri. Selamat berjaya!
 

6 comments:

Unknown said...

Salam. Akak,boleh sy tny sikit. Nape lepas beberapa jam,durian crepe tu die jadi mcm leper dan x gebu?

weezana said...

whipping cream tu pastikan non-dairy. dan pukul dia sampai kembang.

Unknown said...

slm kak, ade niat nak market kn durian crepe akk ??

weezana said...

Wassalam sufian.. takde niat sebab akk xde masa:)

rose said...

Assalam Kak...knp kulit krip sy x gebus dn berkilat mcm akak punye ye? Nih contact sy 0163876727

weezana said...

Roslinda, kalau letak minyak, memang patut berkilat.