Tengah hari 15 Mac 2014, kami telah menempah untuk mengikuti Local Island Exploration. Menurut petugas di kaunter Diving Center, kami akan dibawa melawat ke Himmafushi Island. Kami berasa tertarik untuk ke pulau tersebut untuk melihat kehidupan rakyat Maldives di pulau-pulau (selain daripada pulau-pulau pelancongan). Menurut Diving Center juga, tempahan kami akan dibatalkan jika jumlah yang menempah trip ini tidak cukup 4 orang. Maksudnya, bagi setiap aktiviti excursion, memerlukan minimum 4 orang tetamu.
Syukurlah sepasang couple dari Australia menempah untuk mengikuti trip yang sama. Justeru, jam 1 tengah hari, kami berlepas menaiki bot yang agak besar (memandangkan kami cuma 4 orang) untuk ke Pulau Himmafushi.
Perjalanan ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Bot ini bergerak agak lambat berbanding dengan speed boat. Maka, dapatlah kami menikmati pelbagai pemandangan menarik sepanjang perjalanan bot membelah lautan.
|
lautan yang ada tone warna |
|
Kuda Haraa, pulau untuk picnic |
Menghampiri ke Pulau Himmafushi, pandangan kami tertumpu apabila melintasi kawasan resort Soneva Gili. Keindahan water villanya amat menakjubkan. Perasaan takjub kami bertambah melihat akan betapa privacynya villa-villa di sini. Tidak ada jalan yang menyambungkan antara satu villa dengan satu villa yang lain. Setiap villa berada seperti sebuah banglo di atas air.
|
Soneva Gili Resort |
|
Villa dikelilingi air |
Lantas saya sempat bertanya kepada petugas Centara, bagaimana tetamu-tetamu di Soneva Gili ini sekiranya mahu ke restoran atau bar. Jawabnya, ada bot yang akan mengambil mereka.
Seterusnya, tibalah kami di Pulau Himmafushi.
|
Kapal/Bot Nelayan di Himmafushi |
|
Pulau Himmafushi |
Pertamanya, kami dibawa untuk melihat kapal/bot nelayan yang sedang menurunkan tangkapan mereka. Ikan-ikan yang ditangkap memang sangat besar.
|
Ikan dibawa turun |
|
Ikan besar-besar |
|
Diletakkan dalam lori kecil |
Seterusnya, kami dibawa pusing-pusing pulau untuk melihat sendiri kehidupan Maldivian di pulau yang mana pekerjaan utama penduduknya ialah nelayan.
|
Masjid di Himmafushi |
|
Penduduk tempatan sedang memasak.
Bau kari menusuk ke hidung. |
|
Kawasan rumah penduduk tempatan |
|
Padang Bola Sepak yang tak ada rumput ye. |
|
Mahkamah |
|
Rakyat tempatan mengambil cooking water, |
|
Dinding rumah Maldivian |
|
Kanak-kanak Maldivian |
|
Tempat buat kapal |
|
Penduduk tempatan sedang mengupas buah |
|
Buah ni ada biji macam kekacang (tak tau nama),
rasa dia macam kacang |
|
Hospital |
|
Balai Polis |
Aktiviti terakhir ialah membeli cenderahati. Ada beberapa kedai menjual cenderahati di pulau ini. Melihat pelancong yang datang, owner kedai akan memujuk anda memasuki kedai mereka. Justeru, anda harus hati-hati semasa memilih cenderahati. Buatlah perbandingan harga. Ada kedai yang meletakkan harga yang tidak masuk akal. Untuk fridge magnet, sepatutnya harga dalam lingkungan USD1-3 sahaja (bergantung kepada bentuknya). Jika lebih daripada itu, anda sudah kena ketuklah tu. FYI juga, cenderahati di Male harganya lebih mahal. Jika pandai menawar, beli sahaja di sini. Yelah kan, boleh dapat sedolar dua, sedangkan di Male nanti semuanya lebih USD5.
|
Deretan kedai cenderahati |
Sejam setengah di Himmafushi, kami pun bertolak pulang ke Centara. Dalam bot, petugas Centara mengambil kesempatan untuk memancing ikan. Namun ikan yang ditangkap saiznya kecil sahaja (tidak seperti ikan-ikan yang ditangkap oleh nelayan laut dalam di Maldives). Rakan trip kami dari Australia tersenyum dan berkata, `It's just a baby'. Almaklum, dari tadi asyik tengok ikan-ikan gergasi:)
|
Ikan kecik |
Aktiviti hari ini meletihkan namun menggembirakan kami kerana kami beroleh pengalaman dan banyak pengetahuan baru.
Bersambung di Part 8 (Hari terakhir di Maldives).
No comments:
Post a Comment