Friday, April 4, 2014

Maldives..Syurga Pulau Nan Indah... (10th Anniversary) Part 8

Bersambung dari Part 7.

Selamat tinggal Centara

Pagi 16 Mac 2014 (Ahad). Pagi ini adalah pagi terakhir kami di Maldives. Percutian kami di pulau nan indah ini akhirnya tiba jua di hari yang terakhir. 

Kalau ikutkan hati, memang terasa seperti mahu meneruskan percutian di Centara ini. Tidakpun, kami ingin merasai keindahan resort yang lain pula di gugusan pulau terumbu karang di Maldives ini. Malangnya, kami harus menerima realiti bahawa esok kami akan berada di Kuala Lumpur dan meneruskan kehidupan sebenar. Bukannya terus diulit mimpi-mimpi di syurga pulau nan indah ini. 



Secawan minuman coklat panas jadi penyegar tekak di pagi hari. Pagi ini kami mahu menikmati sepuas-puasnya keindahan Pulau Giraavaru yang entah bila akan dapat kami lihat dan kembali lagi ke sini pada masa hadapan. 





Pagi ini juga kami keluar bersarapan di Ocean Restaurant seperti lazimnya. Selesai bersarapan, kami tidak terus pulang ke villa, sebaliknya kami singgah untuk berehat di Viu Bar. 


Jam 10.00 pagi, kami kembali ke villa untuk berkemas. Masa begitu pantas mengejar mimpi kami. Akhirnya tibalah ke detik 11.30 pagi yang mana kami harus meninggalkan villa kami untuk berjalan ke lobi resort. 

Menoleh ke villa buat kali terakhir


Bagasi kami kemudiannya diambil dan dihantar ke jeti. Petanda sudah tiba masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada Centara Ras Fushi.

Bagasi dah sampai

Selamat Tinggal Centara...


Sekali lagi, kami menaiki bot laju (speed boat) untuk ke Pulau Airport (Hulhule). Selamat tinggal Centara, terima kasih kerana menjadikan ulang tahun perkahwinan kami sangat indah dan mendamaikan. Semoga kita bertemu lagi. 


Tips transfer dari hotel ke hotel

Tips: Pastikan resort anda menelefon resort/hotel yang seterusnya untuk memudahkan airport transfer berlaku. Contohnya, minta Centara untuk menghubungi Newtown Inn. Justeru, Newtown Inn akan tahu pukul berapa saya dan Mr Hubby akan sampai di Pulau Airport. 

Tips seterusnya, kalau tak nak ke mana-mana, boleh sahaja stay di resort anda sehingga lewat petang atau malam (selepas check-out). Anda boleh melepak di bar atau di lobby. Cumanya, kami mengambil keputusan menghabiskan hari-hari terakhir ini untuk ke Hulhumale dan merasai pengalaman berada di tengah hiruk-pikuk bandar Male. 

Sekiranya anda memang banyak duit dan tak kisah pasal kos, anda boleh melanjutkan tempoh menginap. Sehingga jam 6 petang, anda perlu membayar 50% daripada harga sebenar villa dan check-out selepas jam 6, anda akan dicaj dengan harga 100%.

Ini juga faktor yang mendorong kami untuk menginap sehingga malam di Hulhumale. Pertamanya, nanti kami mati kutu sebab lepak lama sangat di bar-bar atau di lobi hotel. Keduanya, sebab bayaran 50% villa tu pun dan RM1k lebih sedangkan harga satu malam di Newtown Inn dalam RM200. Ketiganya, sebab kami nak berjalan-jalan di Bandar Male.

Dari Airport ke Newtown Inn

Pada entry pertama (Part I), saya ada ceritakan serba sedikit tentang 3 pulau penting di Male. Peta 3 pulau penting ni seperti di bawah:

Tiga pulau penting: Male, Hulhule dan Hulhumale

Apabila Mr Hubby bertanya kepada saya, "Apakah yang ada di Pulau Hulhule?" Jawapan yang saya jawab adalah agak aneh kerana jawapannya "Airport". 

Uniknya Male kerana Lapangan Terbang Ibrahim Nasir, mempunyai pulaunya sendiri. Dan hampir keseluruhan Pulau Hulhule ini dipenuhi dengan kawasan Airport. Justeru, sekiranya anda ingin menginap di Male, pilihlah daripada puluhan hotel yang berada di Pulau Male atau Pulau Hulhumale. Kami memilih untuk menginap di Newtown Inn, Hulhumale kerana dari Pulau Airport, Hulhumale boleh diakses menerusi jalan darat. Maka, kami tak perlu berbot bagai untuk dari/ke Pulau Airport.   

Ini rupa pulau airport dari udara

Newtown Inn (Hulhumale)

Sekarang kita sambung cerita seterusnya, Perjalanan bot laju dari Centara ke Pulau Airport memakan masa hanya 15 minit. Tiba di jeti Airport kami mencari kenderaan yang disediakan dari Newtown Inn untuk ke hotel tersebut. Perjalanan menaiki teksi mengambil masa tidak sampai 10 minit. Kos untuk return airport transfer ialah USD10 seorang. 

Teksi ke Newtown Inn 

Tiba di Newtown Inn (bangunan hotel yang sebelah kiri)
Bangunan-bangunan sederet dengan Newtown Inn

Hotel-hotel di Male dan Hulhumale bersaiz kecil sahaja. Ini kerana faktor keluasan tanah yang terhad. FYI, Hulhumale merupakan artificial island. Justeru, bilik kami di Newtown Inn ni sangatlah kecil (haha sebab banding dengan water villa).


Kecik je bilik, tapi bersih. 
Explorasi ke Bandar Male

Cabaran seterusnya ialah, kami nak ke Bandar Male menggunakan pengangkutan awam. Kiranya nak fefeeling macam Maldivian, naik bas dan naik bot. Kami sungguh bernasib baik kerana petugas di Newtown Inn sangat baik hati. Beliau mengajar kami cara-cara menaiki pengangkutan awam untuk ke Bandar Male. Beliau juga memberikan kami tukaran wang Rufiyaa (Mrf) yang secukupnya memandangkan bas awam cuma menerima matawang tempatan. 

Tukar USD5 dapat banyakkk Rufiyaa

Tips Matawang

USD1 = Mrf15 (Maldives Rufiyaa)
UK Pound 1 = Mrf22.87
Euro 1 = Mrf19.70

Perjalanan kami juga dipermudahkan dengan adanya perhentian bas di seberang jalan hotel. Katanya, bas akan lalu setiap 15 minit. Tambang bas cuma, Mrf3 (2 kupang USD je).



Bas dah sampai
 
Tiket Bas

Naik bas ni pun sekejap je. Pusing-pusing dah sampai di jeti. Rupa-rupanya pula ada 2 jenis pengangkutan laut untuk ke Male iaitu sama ada naik bot lambat (Hulhumale Ferry) atau bot laju (Express). Bot lambat (kos =Mrf5) memakan masa 20 minit perjalanan manakala bot laju (kos = Mrf35) pula cuma 7 minit. 

Tips: Kalau tak cukup duit Mrf, naik feri/bot boleh bayar guna USD. Tapi kalau anda takde duit kecil (USD), mereka akan pulang baki dengan matawang Mrf.   

Kaunter Feri
Tiket Speed Boat


Untuk perjalanan pergi, kami pilih untuk naik bot laju. Nanti perjalanan pulang, kami akan naik bot lambat.

Jeti Bot Express

Ini rupa Ferry Hulhumale (bot lambat) 

Pemandangan dari Jeti


Bot laju dah sampai

Seterusnya, cerita tentang Bandar Male dan Selamat Tinggal Maldives akan saya sambung di Part 9 (Siri Akhir).

Bersambung di Part 9 (Akhir). 
  

23 comments:

Yong Is My Name said...

SubhanaAllah..
Syurga Duni..

Happy 10th Anniversary my dear

weezana said...

Sis Yong, tq 4 the wish... :)

Unknown said...

Thanks for sharing! Harap puan dpt email sy nsyazana7@gmail.com sebab sy nak tanye few things psl Maldives. Thanks-syazana.

weezana said...

terima kasih sebab sudi baca. nanti saya emel puan.

Unknown said...

info yang menarik, tq puan.
hope puan dapat sharing dengan saya sedikit, emelkan kepada mohdizwan89@gmail.com
excited dengan wife saya nak ke sana.
tq

-dikwan

weezana said...

terima kasih sudi baca.. boleh e-mail kepada saya kalau nak apa2 info tambahan. weezemilia@gmail.com

Unknown said...

Salam. Boleh email sy kos dan overall package. Plan nk g maldives utk anniversary. Tq sis ;)
Email: amirudinrina91@gmail.com

weezana said...

wassalam rina, saya dah email:)

Farah Farhana said...

salam..bole saya nak overall cost package sekali?planning for next year anniversary..thanks yer

ariaed.86@gmail.com

weezana said...

wassalam farah,

saya email ye.

me ain't waggish said...

Salam dear. Thank you for sharing. Boleh x u emailkan overall costs and tips? I'm planning for honeymoon insyaAllah for March next year. Hope to hear from u soon :) farahayunni@Gmail.com +60102478238

weezana said...

wassalam. saya email :)

faeizah said...

Salam..bestnya saya bca coretan puan..aduhh..mmg ssuai ke maldives utk bhymoon kan..sy jtuh cinta terus pd maldives dh bca ni...erm..leh x puan email pada sy intery puan??? Dan kosnya cmne ye....sy mmg suke tahu smua pkra ni mlalui pglman org2 yg dh pegi..myk tlong ye..sy pun mcm nak smbut hnymoon smpena 5 tahun kwin je...hahahha..email kat sy fyzait@gmail.com. tq yeee

weezana said...

wsslam faeizah,

terima kasih sudi baca. saya dh email.

Unknown said...

salam puan berkenaan dgn maldives ni sy sudah buat tempahan semua percutian utk ke maldives cuma sy nk mintak pendapat berkenaan jadual waktu sy jika puan x keberatan bola add wechat sy :aa114303 atau email akiranpenang007@gmail.com

weezana said...

Mohd Tahir.. boleh email kepada saya weezemilia@gmail.com

amy said...

as salam , coretan percutian puan ke maldives sgt menarik perhatian saya.. saya dah baca segala tips yg puan berikan di dlm blog. Boleh puan tolong emailkan overall cost pada email saya elyna303@gmail.com ?

weezana said...

wassalam azlina, overall cost dalam RM10k. Tiket + penginapan. Terima kaish sbb sudi baca.

ibnu marzuki al firdaus said...

Saya p Maldives dengan AK rm150 return je

weezana said...

ibnu marzuki.. dgn AK memang boleh dapat murah. bukan rezeki saya time tu...

Unknown said...

Sy ada buat pkej ke Maldives. Kepulauan Cantik sgt 😘. Maldives umpama sebutir Bintang di lautan Biru, ada yg mengatakan Maldives umpama syurga yg tertinggal.

#4info #plzz #call #me
📞0179732187

Like & Follow My...

Fb:TripMohholidayTemerloh
Instagram :#kakiz_jalan2aje

Unknown said...

nak ke maldives..carik2..jmpe blog ni...tankq untuk pencerahan

weezana said...

qaqc,

sama2:)