Sunday, April 6, 2014

Maldives..Syurga Pulau Nan Indah... (10th Anniversary) Part 9.. Finale

Bersambung dari Part 8.


Bot Express yang kami naiki memang terasa amat laju membelah lautan. Perjalanan 7 minit dari Hulhumale ke Bandar Male memeningkan kepala. Mana tidaknya, bot terasa terumbang-ambing dengan kelajuan yang maksimum (boleh memucatkan muka). 

Male memang sebuah pulau yang kecil. Sebaik sahaja bot berlabuh, kami sudah sampai di tengah-tengah ibu kota. Tempat-tempat yang ingin dilawati boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. 

Jeti sebelah jalan sahaja


Menurut petugas di Newtown Inn, kami hanya perlu berjalan ke arah sebelah kanan bandar sebaik sahaja turun dari bot. Jalan terus dan kami akan dapat melihat Bandar Male. Sekiranya berasa takut, anda boleh mendapatkan pemandu-pemandu pelancong yang sudi menunjukkan arah (kena bagi sedikit tips rasanya). Oleh kerana saya tak takut, jadi kami berdua main redah sahaja. Syaratnya, harus ingat jalan untuk berpatah balik ke jeti bot. 

Ikut jalan lurus di sebelah kanan.


Male sebuah ibu negara yang kecil dan sibuk. Ada banyak poster pilihan raya tergantung di sekitar bandar. Poster dan banner tersebut menggunakan bahasa Dhivehi. Jadi, memang saya tak fahamlah. Pengangkutan utama penduduk di sini adalah motosikal dan Maldivian tak pakai helmet semasa menunggang motor.


Poster sana, poster sini.
Dan naik motor tak payah pakai helmet

Lorong-lorong di tengah bandar.

Hasil meronda-ronda tanpa peta, kami juga dapat melihat beberapa bangunan menarik di Bandar ini.


Nama jalan pun kat dinding bangunan

People's Majlis Building

Sekolah

Sekolah lagi

Kawasan kecik, jadi penduduk duduk rumah flat/apartment

Pusat Al-Quran

Pejabat Presiden
Pejabat Presiden

Military

Penat berjalan, kami pun singgah makan. Ada beberapa restoran yang nampak menarik.


Restoran makanan Nepal

Makanan Maldivian

India

Jadi, kami pilih makan di True Cafe. Sebab nak rasa makanan Maldivian. Saya pilih menu nasi dengan kari ayam (gara-gara bau kari Maldivian yang amat wangi masa melawat Himmafushi semalam). Mr. Hubby pula pilih menu unik Maldivian iaitu `Kothu Roshi'. Katanya, menu pilihan Mr hubby ni berasal dari Sri Lanka, tapi memang sangat popular di Maldives dan dimasak mengikut selera Maldivian. 


Kothu Roshi (Mixed Chicken, Beef & Seafood)

Kothu Roshi ni boleh tahan la sedapnya. Agak pedas. Tapi memang unik. Oleh kerana kami berdua tak dapat menyelesaikan persoalan iaitu apakah bahan yang digunakan (adakah ianya sejenis kuey teow atau kentang?), maka terpaksa bertanya kepada pelayan restoran. Oleh kerana, pelayan kurang fasih berbahasa Inggeris, maka dia terus bawa contoh `raw material' bagi Kothu Roshi ni. Rupa-rupanya bahan utamanya adalah roti (macam capati).  Roshi tu maksudnya `roti'. Maksudnya untuk membuat `Kothu Roshi', roti tu telah dicarik-carikkan dan kelihatan seperti kuey teow:)

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan mencari pasar ikan Male yang amat popular. Dalam perjalanan kami jumpa dataran tempat Maldivian melepak dan berehat. Ada banyak burung merpati kat sini.


Jalan di hadapan dataran


Posing jap

burung merpati

Boleh lepak di sini

Sebelah dataran ada masjid yang agak besar.





Jalan terus lagi, dan akhirnya jumpa pasar ikan.


Bangunan Pasar Ikan

Peniaga di hadapan bangunan

Ikan.... Ikan

Sempoi je ikan letak atas lantai

Boleh pilih yang mana suka

Isi ikan tuna yang besar macam daging

jangan pijak ikan tu ok hehehe

Nelayan tengah melapah ikan (dgn berboxer hehehe)


Oleh kerana kami dah tengok Bandar Male, dah makan makanan Maldivian dan dah tengok pasar ikan yang famous kat Maldives ni, maka bolehlah kami pulang dengan lega dan tenang. Mission accomplished.


Merakam pemandangan di jalan pesisir pantai

Perjalanan pulang, kami pilih untuk naik Ferry Hulhumale. Biar lambat asalkan selamat.


Naik bot lambat

Alhamdulillah, perjalanan pulang kami mudah dan selamat. Turun di stesen bas yang berhadapan dengan Newtown Inn, kami sempat ronda-ronda ambil angin di tepi pantai di belakang hotel.


Dah lewat petang.



Jam 8.30 malam kami bertolak ke Airport meninggalkan Newtown Inn dan Hulhumale. Semasa berada di airport, saya ingin menoleh untuk melihat apa yang telah saya tinggalkan di sini. Tetapi malam yang gelap itu menafikan saya untuk melihat segala keindahan pulau syurga ini. 


Menunggu pesawat MAS di lapangan terbang Ibrahim Nasir

Sekiranya ada rezeki yang berlebih, mungkin kami akan kembali ke sini. Maldives sememang gugusan pulau terumbu karang yang boleh memberikan ketenangan serta kedamaian. Betapa agungnya ciptaan Allah swt. 

Semoga perjalanan saya ini dapat dijadikan panduan kepada semua pembaca, terutamanya pada yang belum pernah sampai ke syurga pulau nan indah ini. Semoga sedikit sebanyak tulisan saya ini dapat dijadikan inspirasi kepada anda semua untuk merintis langkah ke pulau idaman. Sesuatu ilmu itu akan lebih mudah diingat sekiranya kita menyampaikannya pula kepada orang lain, insyaallah.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjadikan percutian idaman kami ini satu kenyataan. Semoga bertemu lagi.

Sekian.

13 comments:

flizzy86 said...

teruja sangat baca entry2 sis ^^

weezana said...

terim kasih yong, sudi singgah sini :)

Unknown said...

asslamualaikum weezana, saya berminat nak taw jadual perjalan yang u arrangekan tu dan berminat nak taw total kos yang terlibat sepanjang u bercuti di sana, saya pon bercadang nak bercuti sempena ulang tahun kami heheh pls email to me haflida_omar@yahoo.com

terima kasih.

paedz_wan said...

good sharing..n also the best writter.hehe.macam baca novel..tq sis for your sharing that idea.and akan lebih best kalau sis masukkan sekali total belanje ke sana.itu yg paling penting tu.hehehe...btw,a very good info for me yg berangan2 utk ke sana..:)

weezana said...

salam semua, sebab ramai sangat bertanya pasal kos, saya sebenarnya serba-salah nak tulis. sebabnya harga bergantung kepada tukaran matawang semasa. Lagi satu bergantung juga pada harga tiket flight yang dibeli dan harga resort semasa.

Kalau masa saya pergi ni, utk flight + resort, lebih kurang RM10k. Harap dapat memberi sedikit kejelasan di sini. Terima kasih kepada yang sudi baca:)

nadia said...

hihih..
habis baca travelog Maldives.
bestnya !

weezana said...

terima kasih sudi baca nadia :)

syafiqahhzakaria.blogspot.com said...

seronok bace travelog kak weezana!!penuh dgn info dapat dikongsi.
mmg tgh menyusun tentatif 4th anniversary ke sana this nov..tp sedih dgn currency sekarang sume jadi lebih mahal.
akak bawak cash usd ke sane berapa?aside from bwk credit card.just preparation mengumpul dana.hehe

weezana said...

Siti Noorasyikin,

akak cuma tukar RM1000 kepada USD. itu pun x habis, dgn syarat jangan shopping!Cuma guna untuk beli souvenir simple dan makan di Male sahaja. Lain2 semua guna kredit kad:)

Betullah, currency exchange semakin teruk. Akk pun kena susun tentatif betul2 utk ke destinasi seterusnya.. Semoga impian berjaya ye!

syafiqahhzakaria.blogspot.com said...

oyeke..baek kak.weezana, mmg kne jage budget klo x, balik dr holiday cik abe pengsan.

terima kasih daun keladi, next destination i jenguk u lagi!!!

weezana said...

ok Siti.. Have fun!

DeyLa Leo said...

Utk resort tu satu mlm brpa ye?

weezana said...

DeyLa,

Boleh ke website resort. Harga ikut jenis bilik, musim dan tukaran wang asing.