Masa saya kecik dulu, saya selalu bercita-cita (berangan) nak jadi macam-macam. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi polis dan tetiba tu boleh pulak tukar nak jadi lawyer. Tapi yelah, budak dulu-dulu, dapat berangan je. Tak macam budak sekarang, bukan setakat berangan, malah boleh mencuba profesion yang dicita-citakan.
Maka, kalau anda mahu anak-anak anda mengenali lebih banyak opsyen untuk cita-cita mereka, bolehlah bawa anak-anak anda ke Dunia Kanak-Kanak KidZania!
Di KidZania, anak-anak anda akan tetiba je mengenali pelbagai jenis pekerjaan yang sebelum ini tak pernah mereka terfikir. Tetiba je juga mereka akan sebut, "Nak jadi firefighter!", "Nak baca berita!", "Nak jadi Pilot!". Wah, memang menarik ni!
Oleh kerana saya mahu Hasya keluar daripada kotak kebiasaan `cita-citanya', maka Ahad lepas saya ambil kesempatan untuk bawa Hasya ke KidZania. Kebetulan pula sepupu Hasya, Qistina berkunjung ke rumah kami. Kebetulan ini saya gunakan untuk bawa Qistina bersama. Mengharapkan kedua-dua anak kecil ini akan bermimpi besar.
Alamat KidZania KL:
KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Bangunan Curve NX (sebelah Ikea je) |
Tiket
Walaupun KidZania ini adalah Dunia Kanak-Kanak, orang dewasa yang takde aktiviti pun kena bayar juga tiket masuk. Nasib baiklah saya sorang sahaja yang menemankan budak-budak, jadi jumlah tiket yang harus dibayar ialah RM155.00 + RM2 (processing fee sebab beli online). FYI, bayi 0-1 tahun memang percuma sebabnya dorang tak boleh main apa-apapun pekerjaan. Manakala Toddler 2-3 tahun pula RM35, yang mana saya rasa tak berbaloi sebab terlalu kecik untuk memahami apa yang sedang berlaku.
Ramai orang nak daftar masuk & beli tiket |
Waktu Operasi
Jam 10 pagi hingga 5 petang (kecuali Sabtu ada 2 sesi). Tapi untuk cuti sekolah ada 2 sesi untuk setiap hari. Sesi pertama jam 10 pagi hingga 3 petang. Sesi kedua 4 petang hingga 9 malam.
Daftar Masuk
Oleh kerana tiket sudah dibeli secara online, maka daftar masuk tidaklah rumit. Hanya perlu beratur, dipakaikan wristband dan discan masuk. Sekeping cek bernilai 50 kidzos juga diberikan kepada setiap kanak-kanak.
scan masuk |
Hasya & Qistina telah dipakaikan wristband |
Selepas tu perjalanan bermula dengan menaiki eskalator ke tingkat atas.
Dah dapat cek.. Sekarang nak ke tingkat atas |
Bank
Sampai sahaja di Bandar KidZania ini, kanak-kanak perlu ke CIMB Bank untuk menunaikan cek mereka. Setiap mereka akan diberi 50 kidzos. Duit ni memang duit untuk Dunia KidZania. Tak boleh pakai di dunia luar (ala-ala macam duit Monopoly).
tunaikan cek di bank |
FYI, mak bapak dah start kena duduk kat luar je la. Budak-budak kena buat sendiri. Ini dunia mereka, kita cuma boleh tengok je.
Adults are not allowed! |
Bahasa
Bahasa yang digunakan di sini ialah Bahasa Inggeris. Jadi semua taklimat dalam bahasa Inggeris. Bagus untuk anak-anak anda mengasah pertuturan mereka dalam English.
Pilih Kerja
Lepas dah dapat duit, bolehlah pusing-pusing bandar untuk pilih nak cuba pekerjaan apa.
Mak Bapa yang berkeliaran semasa anak-anak mereka melakukan aktiviti |
Ramai orang |
Perlu ingat, ada pekerjaan yang dapat upah dan ada pekerjaan yang dikenakan bayaran. Jadi, kena cari kerja yang dapat upah juga, jangan asyik cari kerja yang menghabiskan duit. Di sini ada moralnya:
1. Biar budak-budak ni tahu yang perlu bersusah-payah kerja, baru boleh dapat upah.
2. Jangan tau nak perhabiskan duit je.
Dapat duit gaji |
3. Belajar berdisiplin dan bersabar (sebab kena beratur).
4. Nanti masa nak balik, duit Kidzos tu boleh tukar dengan beli mainan. So, mainan ni hasil penat lelah mereka bekerja.
Kalau tanda -5 tu maksudnya kena bayar 5 kidzos |
Pekerjaan 1 - Polis
Pekerjaan pertama yang dicuba oleh Hasya dan Qistina ialah menjadi polis. Di sini mereka belajar menunggu dan bersabar.
Tunggu giliran |
Semasa menunggu giliran, sempat pula berposing-posing dalam penjara.
banduan baru kena tangkap |
kawasan balai |
Oleh kerana menunggu agak lama, Hasya menjadi kurang excited. Tapi segala-galanya berubah apabila giliran mereka sampai. Mereka harus segera ke lokasi yang mana sebuah Hotel Terbakar di Bandar KidZania ini.
Memakai uniform polis dan diberi taklimat pekerjaan |
Bergerak ke lokasi kejadian - Left Right Left Ringht.... |
Tiba di perkarangan hotel yang terbakar |
Menjaga kawasan hotel sementara menunggu bomba datang |
Bomba datang memdamkan kebaran |
Polis masih mengawal kawasan kejadian |
Polis sedang diambil gambar |
Selesai tugasan sebagai polis, saya bertanya pada Hasya, "Best tak jadi polis?" Dia jawab, "Best!" Saya cakap, "Tu la pasal. Tadi siap tak nak tunggu." Hehehehe....
Pekerjaan 2 - Tugas di Mahkamah
Seterusnya, untuk tidak membuang banyak masa, saya suruh bebudak ni untuk bekerja di mahkamah. Ini adalah kerana mahkamah hanya terletak bersebelahan sahaja dengan balai polis. Kebetulan pula tidak ramai yang menunggu. Justeru, boleh terus masuk. Untuk memohon pekerjaan dalam Mahkamah, anak anda perlu tahu membaca (English ye).
Hasya jadi Witness |
Taklimat sebelum perbicaraan |
Qistina sebagai Plaintif |
Pekerjaan 3 - Disco Lounge
Sebenarnya ini bukanlah pekerjaan. Tapi kebetulan takde budak beratur dan dapat upah. Jadi, saya suruh je bebudak ni masuk. Rupa-rupanya ini adalah The Globe, disko untuk kanak-kanak.
Kat sini bebudak akan bermain dan bertanding untuk mendapatkan bayaran. Antara permainan yang boleh dipertandingkan ialah musical chair dan freeze dance. Sebab Hasya dan Qistina cuma ada 2 orang sahaja, maka mereka bermain freeze dance.
Penerangan permainan |
Freeze Dance - apabila muzik berhenti, haruslah jadik kaku mcm patung. |
Pekerjaan 4 - Pilot atau Flight Attendant
Ini adalah antara pekerjaan yang paling popular di KidZania. Oleh yang demikian, memang harus beratur 30 - 45 minit. Di sinilah masa banyak dihabiskan.
Sky Rider Training Center |
Hasya dapat jadi Pilot. Dan Qistina jadi Co-Pilot.
Pilot Hasya |
Plaza Premium Lounge (untuk dewasa)
Oleh kerana ada sesetengah pekerjaan perlukan masa yang lama untuk beratur, makanya ibu bapa disediakan ruang berehat yang sangat selesa. Jadi, semasa anak anda menunggu giliran untuk manjadi pilot dan bomba, anda bolehlah menenangkan fikiran di lounge ini.
Paling best, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk menyibuk di sini.
Selain daripada ruang istirehat, anda juga boleh melayari internet, berurut, manicure serta menjamu selera.
Perut pun lapar, jadi saya pekena Nasi Lemak dan Teh O dulu.
ber BonTea Earl Grey seketika |
Bersambung di Part II.
2 comments:
suka tengok...macam best je akak kan tempat ni...beruntung kanak2 skrg...
haah memang best... huhuhu untung bebudak skrg..
Post a Comment