Wednesday, November 13, 2013

Program TalentX 2.0 di Harvard Jerai.. Part III (Episod Kuah Rojak Mak Bee )

Bersambung dari Part II .


Hari keempat di Harvard Jerai. Kami sudah semakin penat. Almaklum, lecture dan lawatan dalam jadual yang ketat, terasa amat meletihkan. 


Pagi hari keempat ini dimulakan dengan lecture oleh Prof. Dr. Zainal Abidin Mohamed. Kami dibimbing kaedah yang betul bagi menyediakan pelan strategik untuk Jabatan. 

bersama Prof. Dr. Zainal Abidin


Sebelah petangnya pula, sekali lagi kami menaiki bas persiaran untuk ke Alor Star. Destinasi pertama ialah ke Karnival Beskills 2013 yang bertempat di Taman Tema Darul Aman, Jitra.




Tapak Karnival



Tujuan utama ke karnival ini adalah untuk melihat pameran yang dibuat oleh pengusaha Batik Merbok. Oh rupa-rupanya di Kedah pun ada usahawan Batik.






Beli jangan tak beli

Taklimat oleh Pengusaha Batik Merbok


Yang bestnya juga, di karnival ni ada pertandingan Bike Skills Fest. Oleh itu, ada banyak motor-motor yang telah diinovasi, dipamerkan untuk ditatap dan disentuh pengunjung. 




Mana satu pilihan hati







Makanya, kena ambil peluang untuk posing.


Motor untuk kami bertiga

Ada juga geng2 big bikers yang datang memeriahkan karnival. 


Pemilik Motor-motor berkuasa tinggi

Posing kat motor orang

Selepas berhabis masa di Karnival Beskills, kami ke Jalan Serai, Alor Star. Kat sini takde karnival, tapi ada rumah Mak Bee hehehehe.


Perkarangan rumah pengusaha Kuah Rojak Mak Bee



Ye, kami ke rumah usahawan kuah rojak kacang Mak Bee iaitu Cikgu Mimi. Di rumah inilah Cikgu Mimi mengusahakan kuah rojak kacang Mak Bee yang sangat popular dengan kelazatannya. 

Banyak giler belacan
close-up belacan 


Ni yang dah siap untuk diedar

Kuah rojak yang popular
Lagi close-up


antara peralatan yang digunakan

Kami turut diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Mimi berkisar kepada usaha Cikgu Mimi membangunkan perniagaannya. 


Cikgu Mimi sedang memberi taklimat

Seterusnya sesi membeli-belah dan sesi foto. Wah, ramai yang berminat dengan kuah rojak ni.

Stok banyak, jadi semua tak berebut hehehe

Left tersenyum riang dapat membeli kuah rojak

Peserta lelaki bergembira selepas bershopping

Encik Hisham, calon model kuah rojak Mak Bee
untuk tahun 2014

Lewat petang barulah kami bertolak pulang dari Alor Star. Malam ini ada majlis makan malam. Malam ini juga adalah malam terakhir kami di Harvard Jerai. Esok kami akan pulang. 

Bersambung di Part IV (Akhir).

No comments: