Entry kali ni, saya dedikasikan untuk rakan-rakan, urusetia dan semua yang terlibat menjayakan Program Pemecutan Kepimpinan TalentX 2.0 selama 5 hari 4 malam di Harvard Hotel Jerai. Nampaknya, tak sampai langkah saya nak ke Harvard Massachusetts. Kiranya, dapat ke Harvard Jerai pun dah ok sangat ler ni. Ada rezeki, masa akan datang harap-harapnya, dapatlah berkursus di Harvard MA hehehehe..
Pada mulanya apabila mendapat tahu yang program ini akan diadakan di Harvard Jerai, saya dah mula tertanya-tanya. Kenapa Harvard Jerai? Di mana Harvard Jerai? Meskipun, rumah my Mom di Sungai Petani, namun saya tak pernah mendengar nama Harvard Jerai. Justeru, rasa suspens mula melanda.
Dipendekkan cerita, petang 6 November 2013, akhirnya sampai juga saya di perkarangan Harvard Jerai, atau dikenali dengan nama Harvard Suasana Hotel. Agak jauh juga perjalanan untuk sampai ke sini, lebih-lebih lagi kerana terpaksa menaiki teksi dari Airport Penang. Hotel ini tidak berapa besar. Memasuki ke kawasan hotel, mata mula bertukar hijau kerana terbentangnya Padang Golf yang sungguh luas.
|
Harvard Suasana Jerai |
Saya dapat bilik di tingkat 2 dan itulah tingkat yang paling tinggi sekali.
|
kunciku |
|
pemandangan kolam renang |
Selepas mendaftar masuk ke bilik penginapan, saya terus ke Dewan Kenanga untuk menghadiri sesi pertama. Maka, bermulalah program TalentX 2.0. Program ni terbahagi kepada beberapa sesi termasuk lecture dan juga lawatan. Speaker pertama untuk program ini ialah Encik Ahmad Badruddin. Sesi dengan Encik Bad adalah lebih kepada sesi perkenalan dan bermesra-mesraan.
|
Sesi Encik Bad |
Justeru, daripada tak kenal, kami mula berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.
|
Yang muda kena minta maaf kepada yang tua. |
Kami juga diuji tahap ketenangan masing-masing. Dan juara bagi individu paling tenang ialah Leftenan Jehan dari TLDM.
|
Final untuk mencari individu paling tenang antara
Left. Jehan dan Puan Shuhadah |
Paling menarik, kami turut memberikan ekpresi mengenai rakan-rakan baru kami. Justeru, penilaian adalah berdasarkan wajah dan perlakuan masing-masing. Maka, ada di antara rakan-rakan yang mendapat ekspresi yang luar biasa seperti `ganas' dan `gagah' hahahahaha... :D
|
Tulis-tulis |
|
Dah macam beratur pulak nak tulis komen |
|
Sesi bersama Encik Bad. |
Sesi seterusnya bersama Dr. Khairuddin Idris. Selain daripada lecture, kami ada aktiviti menganyam telur.
|
Cik Tikah membawa telur-telur |
Setiap kumpulan dibekalkan 3 biji telur, straw dan sedikit (serius sikit giler) pita pelekat untuk membungkus telur. Haih, kenapa pulak nak bungkus telur ni?
|
Kumpulan 3 sedang tekun |
|
Kapten Faris dengan reka karyanya |
|
Ijan |
|
Ketupat? |
|
Iqbal dan Liey |
Sebabnya, selepas ini telur-telur tersebut akan dijatuhkan ke bawah. Untuk menang, ketiga-tiga telur tu tak boleh pecah. Maka, bertungkus-lumuslah semua kumpulan membuat reka cipta masing-masing untuk menyelamatkan telur-telur. Mari kita lihat rekacipta-rekacipta setiap kumpulan.
|
Kump. 1 |
|
Kump. 2 |
|
Kump. 3 |
|
Kumpulan 4 |
Seterusnya, sesi `tak sabar' nak tengok telur-telur dijatuhkan.
|
Iqbal, Kapten & Ijan mengambil tempat untuk menjatuhkan telur |
|
Kapten dengan balingan mesranya |
|
Tak pecah |
|
Iqbal pula dengan balingan sopan-santun |
|
Juga tak pecah |
Oleh kerana pada mulanya keputusan terikat (seri) antara kumpulan 2 dan kumpulan 4 (dua kumpulan lain sudah pecah). Maka penjatuhan telur dari lokasi yang lebih tinggi diadakan di antara dua kumpulan tersebut.
|
Lebih tinggi |
|
Aiseh, pecah sudah.... |
Dan tahniah kepada Kumpulan 2 kerana ketiga-tiga telur anda semua, tidak pecah.
|
Prototype yang tidak pecah. Tahniah!
|
|
Bersama Dr. Khairuddin |
Bersambung di Part II.
No comments:
Post a Comment