Bersambung dari Part III.
Malam ini malam terakhir kami di Harvard Jerai. Esok tengah hari program ini akan berakhir. Kami akan pulang untuk meneruskan khidmat di Jabatan masing-masing.
Sempena malam terakhir di Harvard Jerai ini, urusetia telah mengadakan Majlis Makan Malam BBQ untuk kami. Jadi, setelah berpenat lelah selama 4 hari, malam ini kami akan makan besar.
Oleh kerana saya dari RTM, maka saya diminta untuk menjadi MC. Kalau ikutkan memanglah tak berapa berbakat, tapi kerana saya membawa nama besar Jabatan yang dipenuhi oleh ramai insan-insan yang berbakat. Mau tak mau, jadilah MC untuk rakan-rakan TalentX semua. Nasib baik juga kerana jadi MC bersama Ijan dari MOF.
Ijan with me |
Meskipun kebanyakan acara dan permainan dirangka dan dirancang secara last minute, namun rakan-rakan TalentX Harvard Jerai ini sangat sporting. Meskipun kami tidak ramai, cuma 20 orang sahaja peserta, namun kemeriahannya seperti ada berpuluh-puluh orang. Rakan-rakan wanita menghiburkan hati dengan persembahan pantun. Manakala, rakan-rakan lelaki menunjukkan kelembutan mereka dengan mempersembahkan tarian kipas.
Persembahan pantun |
Tarian Kipas yang dikoreographerkan oleh Left Jehan |
Kami ketawa, bertepuk riang dan memberi sokongan antara satu sama lain. Kami menghibur dan terhibur. Kemeriahan dan kegembiraan dapat dirasai oleh setiap yang hadir pada malam ini.
Permainan Musical Chair yang dimenangani oleh Cik Tikah |
Persembahan rahsia |
Meskipun penat, malam terakhir ini berakhir dengan jayanya. Dan esok, pagi-pagi lagi kami menaiki untuk ke INTAN Wilayah Utara. Pagi ini, kami akan mendengar Sesi Ceramah Umum bertajuk "Leadership: Cultivating the Transformational Leadership Traits in You". ceramah ini disampaikan oleh Pengerusi IMT-GT Malaysia iaitu Dato' Faudzi Naim.
Selepas tamat sesi di INTURA, kami pulang ke Harvard Jerai untuk Majlis Penutup. Kami 20 peserta TalentX 2.0 Harvard Jerai, berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.
Penyampaian siji kepada peserta |
Maka, tibalah saat untuk berpisah. Kami sendiri tidak pasti bila lagi dapat bertemu semula dengan rakan-rakan 20 orang ini. Meskipun ada yang mungkin bertugas dalam kawasan yang sama, tapi saya percaya, kesibukan masing-masing akan membataskan kemahuan antara kami untuk duduk semeja dan minum kopi bersama-sama. Apatah lagi, kalau rakan-rakan yang bertugas di wilayah yang berbeza.
bergambar kenangan |
Puan Shuhadah, Left. Jehan, Kapten Fariszul dan saya |
Akhir kata, panjang umur, ada rezeki mungkin kita akan bertemu lagi. Kalau tidak di Harvard Jerai, mungkin kita bertemu di Harvard Massachusetts. Almaklum, perjalanan untuk berjaya masih terlalu jauh langkahnya. Semoga bertemu lagi....
Sekian.
No comments:
Post a Comment