Monday, November 18, 2013

Tahniah Hasya.. You'll always be my pride n joy...

Semalam buat kali yang ke-2 nya saya melangkah masuk ke Dewan Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15. Seperti juga tahun lepas, tujuan ke dewan ini adalah untuk menghadiri Majlis Konsert dan Graduasi Tadika Intelek Ria. 

Tahun ini Hasya akan bergraduasi. Bermakna tamat 2 tahun pengajiannya di peringkat Tadika. Bermakna juga, tahun hadapan, anak kecil saya ini akan melangkah ke Sekolah Kebangsaan. Makanya juga, anak kecil saya sudah besar dan akan melalui liku-liku serta cabaran hidup yang seterusnya. 




Langkah saya memasuki Dewan Sekolah Wawasan tahun ini ditemani oleh Mr. Hubby dan juga Khayra. Kebetulan saya dan Mr Hubby dapat melapangkan masa untuk hadir bersama. Pada mulanya, kami agak berbelah-bagi untuk bawa Khayra bersama. Bimbang sekiranya dia cepat bosan dan mungkin menangis di tengah-tengah majlis. Walau bagaimanapun, kami gagahkan juga supaya Khayra dapat sama-sama meraikan kejayaan kakaknya. 

Meskipun majlis ini mungkin kelihatan kecil pada orang lain, tapi bagi kami majlis ini amat bermakna. Almaklum, inilah pertama kali anak kami bergraduasi. 

Tahun ini juga, saya tidak lagi terkejut melihat Hasya yang pandai menari. 


Hasya yang depan kanan sekali





Saya juga dapat menjangka persembahan-persembahan menarik daripada pelajar-pelajar Tadika semua. Walau bagaimanapun, Mr. Hubby agak teruja. Maklumlah tahun lepas dia tak dapat hadir. Ini adalah pengalaman pertama buat Mr Hubby menyaksikan anak-anak kecil membuat pelbagai persembahan. 


Persembahan kaanak-kanak 5 tahun

Tarian kanak-kanak 6 tahun

Hebat

Poem

Nasyid 5 tahun

Pantun 6 Tahun

Tarian

Bangau Oh Bangau


Kami juga berasa bangga kerana Hasya dapat menyampaikan cerita dalam bahasa Inggeris dengan lancar dan yakin. Dia telah bersedia dan menghafal cerita tersebut. Tepukan daripada penonton juga membuatkan Hasya tersenyum.  


Story English


Tibalah masa untuk Majlis Graduasi. Hasya kelihatan sungguh comel memakai jubah dan mortar board. Di atas pentas, Hasya menerima piala graduasi serta sijil tamat tadikanya. 



Hasya


Dan, kami kira majlis telah sampai ke penghujung. Rupa-rupanya masih ada kejutan buat kami. 

Pada acara penganugerahan pelajar-pelajar cemerlang, beberapa kali nama Hasya dipanggil untuk menaiki pentas. Kejutan demi kejutan. Pelajar cemerlang bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 


Terbaik


Dan akhir sekali, apabila pengetua sekolah bertanya kepada hadirin, "Cuba teka siapakah pelajar paling cemerlang untuk Tadika Intelek Ria tahun ini?"

Dan apabila ada ibu bapa yang menyebut "Hasya Irdina", hati kami semakin berbunga-bunga.        Ya, Hasya Irdina sekali lagi menaiki pentas untuk menerima Pelajar Cemerlang keseluruhan Tadika Intelek Ria bagi tahun 2013. 




Hati kami sungguh tersentuh apabila pengetua sekolah mengucapkan tahniah kepada Hasya dan meminta hadirin bertepuk untuk anak kami. Terutamanya apabila pengetua memberitahu bahawa kejayaan Hasya atas usaha Hasya sendiri sejak 2 tahun ini. Dia terbaik dalam semua mata pelajaran dan harus diberi tepukan tahniah atas kecemerlangan ini.  

Saat ini saya sempat berbisik ke Mr. Hubby, "Nampaknya, telah tiba masanya awak akan melihat anak awak naik ke pentas menerima hadiah. Seperti mana bapa awak melihat awak menerima hadiah setiap tahun". 

Dan saya pasti yang Mr. Hubby berasa amat bangga dengan kejayaan puteri sulungnya ini.

Puteri kami ini tersenyum riang sebaik sahaja mendatangi kami. Dengan senyuman gembira Hasya berkata kepada saya, "Banyakkan hadiah yang Hasya dapat?". Dan saya tersenyum mengangguk, mengiyakan kata-katanya. 




Ironinya, 2 tahun lepas, Hasya menangis dan meraung tak mahu masuk ke sekolah Tadika. Dan hari ini kami pulang dengan kejayaan Hasya sebagai pelajar cemerlang keseluruhan untuk tahun 2013. 


The Honor


Akhir kata, tahniah untuk Hasya Irdina (my dear baby girl). Semoga kejayaan hari ini menjadi pendorong untuk puteri kami ini untuk terus cemerlang pada tahun-tahun yang berikutnya.  Syukur Alhamdulillah. 



No comments: