Bersambung dari Part I (Telur oh Telur).
Selesai cerita telur, esoknya kami harus bangun awal dan bersiap awal kerana kami ada sesi lawatan. Tentatif program tercatat yang kami akan mengadakan kunjungan korporat ke Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) Pulau Pinang. Alamak, serius saya tak teruja kerana masih terasa baru je turun kapal terbang di Airport Penang hehehe.
Perjalanan ke Pulau Pinang ini menggunakan bas persiaran.
Tiba sahaja di Penang International Airport, rombongan kami disambut mesra oleh pihak pengurusan MAHB. Kami diberi taklimat ringkas oleh bos besar MAHB Penang.
Taklimat mengenai MAHB Penang |
Selesai taklimat, kami dibawa pusing-pusing di sekitar dalam bangunan terminal.
Melihat-lihat sekitar kawasan |
Nampak macam tengah beratur nak masuk toilet (Kapten salah barisan hehehe) |
Model baru AirAsia |
Selepas pusing-pusing dalam terminal, barulah sesi keterujaan bermula apabila kami dibawa melawat ke Unit Kemalangan Udara (Air Disaster Unit). Keterujaan tersebut bermula sebaik sahaja mata kami melihat kelibat beberapa buah kenderaan bomba yang kelihatan seperti Robot Transformers :)
Kami diberikan sedikit taklimat oleh pihak Unit Kemalangan Udara (susah nak fokus, sebab tak sabar nak tengok kereta transformers) .
seriusnya muka masing2 |
Selepas itu, bermulalah sesi photoshot bersama kenderaan bomba jenama Rosenbauer yang canggih ini.
Rasa hebat |
Paling best (terbaikkkk...) kami dibenarkan untuk menaiki dan menerokai ruang dalam kenderaan.
Ada 4 orang dalam ni |
Senyuman manis Encik Khairul |
Iqbal dengan gaya bomba berani |
bersama Ranimah dalam kenderaan |
Puan Nurul sedang pandu uji |
Keterujaan berterusan apabila pasukan Bomba Airport ini memperlihatkan demonstrasi kenderaan mereka. Wah, main sembur-sembur je, tak payah nak guna hose air.
Nampaknya, daripada tak teruja, lawatan ini sudah menjadi satu keterujaan.
Kalau tak jadi kereta, dia jadik robot cam Bumblebee |
Bersambung di Part III.
No comments:
Post a Comment