Membloging setiap hari memang sesuatu yang sukar untuk dibuat. Namun, saya gagahkan juga sempena mendisiplinkan diri untuk menulis Edisi Catatan Ramadhan 2012. Dan entry nak tak nak kena tulis juga ni adalah mengenai Hari ke-5 berpuasa hehehe...
Ramadhan hari ke-5, tekak saya mula terasa nak makan fast food. Jadi saya cadangkan kepada Mr. Hubby untuk beli KFC atau McD. Biasalah kan, bila tekak hari-hari tradisional, memang tiba-tiba akan terasa nak jadi omputih.
Maka, iftar Ramadhan ke-5 ini dirasmikan dengan juadah daripada KFC. Macam-macam ada; Ayam Goreng Original, Crunchy Spicy, Zinger Burger dan Cheezy Wedges.
|
Mesti korang pun suka Cheezy Wedges ni kan? |
Oleh kerana berbuka puasa sudah Western, maka untuk sahur kenalah masak nasi. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi resepi yang simple tapi sedap iaitu Kangkung Goreng Belacan dengan Udang.
Bahan-bahan
Satu ikat kangkung (potong-potong ler seperti biasa)
beberapa ekor udang (suka hati nak saiz apa, lagi besar lagi awesome)
Sebiji bawang merah besar atau 4 ulas bawang merah
Sebatang cili merah
2 batang cili padi
1 inci belacan (kalau tak resdung, lebih sikit pun ok)
Garam secukupnya
Nota: Kalau ada udang kering kat rumah, bolehlah kisar satu sk ngan bawang.
Cara-cara
Kisar bawang, belacan dan cili. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga berbau wangi dan agak kering.
Masukkan udang. Biarkan udang sehingga masak.
Masukkan kangkung dan tambah garam. Kalau suka manis sedikit, boleh tambah secubit gula. Goreng seketika.
Dah siap pun. Simple kan? Tapi rasanya sedap dan pasti digemari seisi keluarga kecuali bagi individu yang tak makan kangkung, alergik kepada udang atau menghidap resdung.
Kami makan nasi dengan lauk kangkung dan ikan selar goreng. Almaklum kena rajin sikit sebab Hasya dah mula berpuasa.
Sekian.