Saya sangat suka roti yang lembut dan lazat! Tapi kan, siapa jelah tak suka roti yang lembut dan lazat? Huh, mungkin orang yang tak suka makan roti atau yang tak makan karbohidrat.
Oleh kerana saya memang suka roti yang awesome, maka kalau ada masa terluang saya akan menggoogle untuk mencari resepi-resepi roti yang awesome. Saya juga tidak membataskan diri saya dengan blog-blog dari Malaysia. Saya juga meluaskan pencarian ke blog-blog di seluruh dunia yang mana bahasanya masih boleh difahami. Kalau blog bahasa Jerman tu harap maaflah ye, memang langsung tak faham hehehe.
Parmesan Garlic dan Chicken Cheese! |
Hari ini saya terjumpa resepi Parmesan Garlic Rolls di Amanda's cookin'. Tengok gambar Parmesan Garlic Rolls Amanda, saya terus terpesona. Meskipun begitu, saya terpaksa meneliti bahan-bahan yang digunakan sebabnya mungkin sukatan yang perlu saya tukar dari auns ke gram dan sebagainya. Almaklum Puan Amanda Formaro ni duduk jauh nun di Wisconsin.
Parmesan Garlic Rolls! |
Oleh kerana adunan Parmesan Garlic Rolls ini banyak, saya dengan tidak semena-mena mendapat idea untuk mempelbagaikan jenis roti. Jadi, separuh adunan saya buat Parmesan Garlic Rolls dan separuh lagi saya buat Chicken Cheese Bun yang saya suka-suka hati cipta sendiri.
Dan seperti biasa juga, saya akan ubah sesedap rasa saya. Tapi asasnya tetap sama, takut juga kalau ubah punya ubah, langsung tak jadi roti saya ni.
Bahan-bahan (untuk roti)
3 1/4 cawan tepung roti
1 1/3 cawan susu segar
2 1/4 sk yis
1 sb gula
1 sk garam
3 sb minyak zaitun
Untuk sapuan garlic
1/2 cwn mentega
2 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
1/2 sk parsley flakes
1/2 sk garlic salt (kalau takde letak garam je)
1/4 sk serbuk black pepper (saya guna yg kasar sedikit)
Keju Parmesan secukupnya
* Gaul semua bahan (kecuali keju) sebati.
Untuk Chicken Cheese
4 keping meatloaf ayam (potong 2 setiap sekeping, potong segitiga)
Keju Parmesan, Mozarella dan Parsley Flakes secukupnya
Cara-cara
Bahan-bahan untuk roti tu saya masukkan je dalam breadmaker. Pastu saya pilih fungsi menguli doh dan BM tu pun ulilah selama 1 jam 30 minit.
Bila dah siap, saya pun keluarkan doh yang sudah licin, kembang dan sebati tersebut. Saya uli-uli guna tangan seketika. Don ini akan jadi lebih kenyal dan tidak melekat pada tangan. Kemudian, saya bahagikan doh ini kepada 2 bahagian.
Saya ambil satu bahagian. Satu bahagian ini saya canai supaya nipis lebih kurang 25 x 12 cm (agak2 jelah, saya pun tak guna pembaris).
Selepas itu, saya sapukan dengan sapuan garlic yang telah disediakan tadi.
Pastu gulung kemas-kemas. Tekan-tekan sikit supaya lekat dan tidak terbuka.
Kemudian, potong 12 doh bergulung tadi. Susun cantik-cantik atas loyang yang telah disapu sedikit mentega. Pastikan ada ruang antara roll sebab rolls akan naik sekali ganda lagi. Tabur sedikit keju Parmesan pada permukaan bun.
Biarkan 30-40 minit sehingga roll naik sekali ganda.
Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 10-15 minit. Saya bakar 10 minit je.
Untuk adunan yang separuh lagi, mari kita buat Chicken Cheese Bun. Adunan tadi bahagikan 8.
Kemudian, uli leper sebiji adunan. Dan ikut step seperti di bawah:
Letak meatloaf, Parmesan, Mozarella dan Parsley |
Lipat sedikit sebab akan dicantumkan dohnya |
Tutup inti dengan merapatkan doh |
Buat bentuk panjang sedikit. Susun atas loyang. Sapukan sedikit sapuan garkic pada permukaan |
Tabur Mozarella dan Parsley atas bun |
Samalah yang ni pun bakar 10 minit.
Perghhh Cheezy! |
Mengancam kan Bun ni. Dah lah lembut, sedap lak tu! Terima kasih Amanda!
No comments:
Post a Comment