Monday, July 16, 2012

Step by Step... Oreo Cheese Cup Cake

Lama kan saya tak membaking? Memang lama sungguh rasanya. Ini adalah gara-gara penyakit selsema dan batuk yang menular ke seluruh isi rumah saya. Apabila ada sahaja yang sakit, maka kuranglah pemakan dan saya takde mood nak membaking atau nak masak apa-apa yang special.

Cantik je kan?


Walau bagaimanapun, untuk mengelak blog ini menjadi Ghost Town, maka dengan berbesar hatinya saya akan berkongsi Step by Step untuk membuat Kek Cawan Oreo. Boleh tahan tau resepi ni. Masa baking tu, cup cake ni naik dengan cantik. Cuma yang hairannya, tidak lama kemudian (selepas sejuk) kek comel yang naik tadi, turun sedikit. Walau pun begitu, rasanya tidak ada cacat dan cela, tetap sedap dan yummy!

Pedulikan rupanya yang kurang cun. Tapi saya percaya, bagi penggemar cheesecake, anda akan lihat cup cake saya ni dari sudut yang berbeza. Anda kan lihat sebiji cup cake yang amat awesome hehehehe... 

Yummy!

Resepi ini saya memang cut and paste je dari Blog Hasue. Cup Cake Hasue lagi comel tau. Jadi kalau nak tengok contoh yang baik, sila klik backlink yang saya berikan.

Bahan-bahan

250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar - buang bahagian krim
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum 

Cara-cara

Susun cup cake atas loyang.

 

Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. 



Masukkan essen vanila dan pukul lagi.



Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan licin dan tidak berketul.



Maukkan tepung. Pukul lagi hingga sebati.




Cara Hasue: Ambil sekeping biskut oreo, letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, letak di 4 bahagian. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg. Kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.

Cara saya: Saya masukkan adunan secukupnya (2/3 isi padu) dalam cup. Pastu, saya hias dengan oreo yang dah dipatahkan. Pastu tabur sedikit oreo serbuk. 




Comel kan?
 

Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkan ke 160 darjah) menggunakan api atas dan bawah. 


Tengok ni, naik sungguh!


Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). 


Kegemukannya turun sedikit



Kemudian masukkan dalam peti ais. Sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan. Adios!

2 comments:

nooryusma said...

assalam puan,
saya dah lama mengikuti blog puan,
dan mula belajar memasak dgn panduan tulisan blog puan...
terima kasih

ada soalan skit,
tepung tu mmg pakai sesudu je ker
kalau gunakan tepung self raising boleh?

tq,
selamat menyambut puasa....

weezana said...

salam nooryusma,

saya pun tak pasti apa akan berlaku kalau letak self-raising flour. beza self-raising dgn tepung biasa, cuma self-raising ada baking powder dlm tepung tu. mungkin boleh kot sbb effect yg mungkin berbeza cuma maikin naiklah cup cake tersebut.

Selmt mencuba dan selamat menyambut ramadhan juga.