Hari ketiga berpuasa. Semalam dapat pulang on time dari pejabat. Memandang bos yang bercuti menyambut Ramadhan di kampung halaman. Meski pun banyak kerja, tapi bolehlah ditinggalkan dahulu. Esok masih ada hehehe...
Apabila dapat pulang ke rumah sejam sebelum waktu berbuka. Pastinya dapur saya akan berasap. Tapi, tak boleh nak masak yang remeh-temeh sebabnya nanti tak sempat siap. Akibatnya terpaksa buka puasa minum air kosong sahaja.
Antara masakan yang simple tapi sedap adalah masakan berkicap etc Ayam Masak Kicap, Daging Masak Kicap dan Telur Masak Kicap. Untuk berbuka kali ini saya masak Ayam & Hati Masak Kicap.
Saya juga tak serta resepi sebab sebelum ni dah pernah buat tentang entry Ayam Masak Kicap. Lebih kurang sama je, cuma kali ni saya tambah hati ayam je dan tak letak kentang. Sila klik sini untuk resepi.
Nampaknya, itu sahajalah lauk untuk kami berbuka. Meski pun cuma 2 jenis sahaja, cukuplah untuk kami anak-beranak. Yang mana boleh jimat, kita jimat. Semoga Ramadhan memberikan rahmat kepada kita semua.. Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment