Tuesday, July 31, 2012

Step by Step.. Dory Fillet Sweet Sour (Catatan Ramadhan 2012)


Seriously, tetiba saya jadi kurang masa untuk menulis blog di bulan Ramadhan ini. Tapi untuk blog tercinta ini, saya tulis jugalah walaupun minda dan fizikal saya sangat letih. Maka, hari ni baru saya berkesempatan untuk berkongsi juadah yang saya masak untuk iftar Ramadhan ke-8 iaitu Ikan Dory Masak Masam Manis atau dalam bahasa omputihnya Dory Fillet Sweet Sour.




 
Kepada sesapa yang tak tahu apa itu ikan Dory, saya pun sebenarnya tak la berapa tau apa itu ikan dory. Tapi, anda boleh beli fillet ikan dory ni di pasaraya-pasaraya besar. Dijual dalam peti sejuk beku. Ikan dory ni sedap. sesuai untuk buat fish n chips.

Kali ni saya akan masak masam manis. Ini gara-gara terpengaruh dengan blog  Potret Kasih. Nampak sedap  ikan dory masam manis dalam blog ni. Masakan ni sesuai untuk semua peringkat umur kerana rasanya yang tidak berapa pedas. Budak-budak pun boleh makan, orang tua pun boleh makan.


Resepi ni saya copy paste je dari blog potret Kasih. saya memang edit sikit2 je. 

Bahan-bahan


2 Keping Dory Fillet
1/2 inci halia ( dihiris)
1 labu bawang besar ( saiz kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih ( dihiris)
5-6 biji cili api ( sebiji-sebiji atau di potong)
1 biji tomato ( dipotong 6)
1 sudu besar cube mixed vege ( sejuk beku)
sedikit daun ketumbar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit untuk menumis
1 sudu makan sos ikan ( option)
garam, gula dan sedikit serbuk kunyit



Cara-Cara

Potong ikan dory pada saiz kecil-kecil. tapi jangan kecil sangat, nanti goreng lagi kecil jadinya.



Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan Dory kemudian goreng keemasan. Angkat dan ketepikan.




Untuk sosnya, tumis bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan semua sos, mixed vege dan sedikit air.









Bila mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan daun ketumbar dan tomato yang telah dipotong dan tutup api.

Tuang sos masam manis pada ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan.



No comments: