Monday, July 23, 2012

Step by Step.. Tomyam (Catatan Ramadhan 2012)



Hari kedua berpuasa dan saya akan masak Tomyam. Wah, bunyinya menarikkan? Kalau bunyi dah menarik, tentu rasanya lebih menarik!

Masak tomyam taklah susah sangat. Malah, portionnya juga banyak. Ada baki dan boleh dimakan waktu sahur. Ada rasa pedas, masam dan masin. Resepi ni boleh digunakan untuk masak tomyam apa-apa pun. Saya masak Tomyam Ayam campur sedikit udang. Resepi saya ambil dari dapur zara klate di MyResepi.

Sedap. Macam tak berapa cukup je kuahnya sebab Mr. Hubby hirup kuah. Saya sertakan resepi Step by Step yang telah dibuat sedikit pindaan. Anda juga boleh membuat pindaan sesuka hati anda. Selera masing-masing kan.

Bahan-bahan

½ ekor ayam (dipotong kecil)
saya tambah 3 ekor udang saiz besar
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) - saya campurkan merah dan hijau
2 batang serai (dititik)
saya tambah 1 inci lengkuas (dihiris)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air - saya guna 5 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato) - jagung muda takde stok, jadi tak letak.

Cara-cara

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar). 


Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar, lengkuas dan daun limau.



Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. 




Masukkan udang.



Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 



Masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api. 



Tomyam sudah siap. Maka, meriahlah Ramadhan ke-2 ini. 

Pedas, Masam & Wangi

Dah nak kering kuah, kena cedok


Hmmm.. Hari ni nak masak ke, nak makan kat luar? Hehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...