Tuesday, November 26, 2013

Dunia Kanak-Kanak di KidZania.. (Let's Dream Big!) Part II

Bersambung dari Part I

Selesai Hasya dan Qistina memandu pesawat AirAsia, saya mengajak mereka untuk mencuba nasib bekerja di Stesen TV. 


Pekerjaan 5: Penyampai Berita NTV7


ke Studio TV Media Prima


Hasya kurang berminat nampaknya untuk menjadi penyampai berita. Oleh kerana tidak cukup penyampai, maka terpaksa juga Hasya menjadi penyampai sukan.


Taklimat

Dalam Studio

Duduk di sebelah pembaca berita cuaca


Manakala Qistina diberi tugas di bahagian penerbitan berita TV.   


Qistina di Control Panel


Dan, Hasya boleh je baca berita. Lancar dan yakin.


Berita bermula

Giliran Hasya membaca berita sukan



Dalam skrin

FYI, sebagai kenang-kenangan, video menyampai berita ini boleh dibeli dengan harga RM10.

Pekerjaan 6: Pejabat Datuk Bandar

Selesai bertugas di Stesen TV, Hasya berminat untuk bekerja di kilang Vitagen. Malangnya jumlah yang beratur terlalu ramai. Justeru, saya mencadangkan supaya dia dan Qistina bekerja di Pejabat Datuk Bandar. Kerja buat apa ye?


Di hadapan Mayor Office


Rupa-rupanya ada banyak tugasan yang boleh dibuat di Pejabat Datuk Bandar. Hasya, Qistina dan seorang lagi petugas diberikan tugasan untuk membaiki lampu isyarat yang rosak di tengah-tengah bandar.  


Diberi uniform pekerja


Tugasan ini ada tempoh masa yang ditetapkan. Almaklum, lampu isyarat perlu dibaiki secepat mungkin. 


Jumpa lampu isyarat yang rosak

Baiki dengan panduan yang diberikan


tugasan berjaya

Pekerjaan 7: Pelukis Profesional

Masa 5 jam memang terlalu singkat. Tambah-tambahan pula apabila kebanyakan pekerjaan menutup pejabat mereka 30 minit sebelum masa tamat. Justeru, karier sebagai pelukis menjadi pekerjaan terakhir yang dapat dicuba oleh Hasya dan Qistina. 


Sekolah Lukisan



Pakai uniform elak baju kotor


Semua pelukis diberi kertas lukisan masing-masing dan mula melukis sesuka hati.




Hasilnya.


cantik ke?


Dan sebenarnya ada berpuluh-puluh lagi pekerjaan yang boleh dicuba. Penghalangnya adalah masa. 

Ada 2 lagi pekerjaan yang hot yang tidak sempat dicuba oleh Hasya iaitu ahli bomba dan doktor bedah. 


Doktor di Hospital KPJ
Balai Bomba
Bakal Bomba tunggu sejam nak jadi bomba


Dan banyak lagi pejabat-pejabat yang tak sempat diexplore. 


Tax officer


Klinik Gigi

Tak sempat nak jadi DJ Hitz.fm
Pasukan ambulance. Yang jadi pesakit tu, budak betul
Posmen


Kerja Pasaraya


Dan juga boleh menghibur hati dengan menonton show di theater.




Dengan 7 pekerjaan yang sempat dibuat, Hasya dan Qistina masing-masing mengumpul lebih kurang 100 Kidzos. Jadi, kedua-dua mereka ni boleh membeli mainan di KidZania's Department Store.





Budak-budak je yang boleh masuk dan beli.

Maka berakhirlah 5 jam saya bersama-sama Hasya dan Qistina di KidZania Kuala Lumpur.


check-out


Foto kenangan untuk Hasya dan Qistina.




Akhir kata, Zank-U (perkataan KidZania untuk `thank you) dan Z-U Again (see you again lorrr). Sekian. 

Dunia Kanak-Kanak di KidZania.. (Let's Dream Big!) Part I

Masa saya kecik dulu, saya selalu bercita-cita (berangan) nak jadi macam-macam. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi polis dan tetiba tu boleh pulak tukar nak jadi lawyer. Tapi yelah, budak dulu-dulu, dapat berangan je. Tak macam budak sekarang, bukan setakat berangan, malah boleh mencuba profesion yang dicita-citakan. 

Maka, kalau anda mahu anak-anak anda mengenali lebih banyak opsyen untuk cita-cita mereka, bolehlah bawa anak-anak anda ke Dunia Kanak-Kanak KidZania!

Di KidZania, anak-anak anda akan tetiba je mengenali pelbagai jenis pekerjaan yang sebelum ini tak pernah mereka terfikir. Tetiba je juga mereka akan sebut, "Nak jadi firefighter!", "Nak baca berita!", "Nak jadi Pilot!". Wah, memang menarik ni!

Oleh kerana saya mahu Hasya keluar daripada kotak kebiasaan `cita-citanya', maka Ahad lepas saya ambil kesempatan untuk bawa Hasya ke KidZania. Kebetulan pula sepupu Hasya, Qistina berkunjung ke rumah kami. Kebetulan ini saya gunakan untuk bawa Qistina bersama. Mengharapkan kedua-dua anak kecil ini akan bermimpi besar.


Alamat KidZania KL:

KidZania Kuala Lumpur

Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


Bangunan Curve NX (sebelah Ikea je)


Tiket

Ada 2 kaedah untuk membeli tiket. Anda boleh walk-in atau beli secara online. Oleh kerana saya tidak mahu mengambil risiko kehabisan tiket (manalah tahu kan...), justeru saya beli tiket secara online. 


beli online


Walaupun KidZania ini adalah Dunia Kanak-Kanak, orang dewasa yang takde aktiviti pun kena bayar juga tiket masuk. Nasib baiklah saya sorang sahaja yang menemankan budak-budak, jadi jumlah tiket yang harus dibayar ialah RM155.00 + RM2 (processing fee sebab beli online). FYI, bayi 0-1 tahun memang percuma sebabnya dorang tak boleh main apa-apapun pekerjaan. Manakala Toddler 2-3 tahun pula RM35, yang mana saya rasa tak berbaloi sebab terlalu kecik untuk memahami apa yang sedang berlaku. 

Ramai orang nak daftar masuk & beli tiket


Waktu Operasi

Jam 10 pagi hingga 5 petang (kecuali Sabtu ada 2 sesi). Tapi untuk cuti sekolah ada 2 sesi untuk setiap hari. Sesi pertama jam 10 pagi hingga 3 petang. Sesi kedua 4 petang hingga 9 malam. 


Daftar Masuk

Oleh kerana tiket sudah dibeli secara online, maka daftar masuk tidaklah rumit. Hanya perlu beratur, dipakaikan wristband dan discan masuk. Sekeping cek bernilai 50 kidzos juga diberikan kepada setiap kanak-kanak. 

scan masuk



Hasya & Qistina telah dipakaikan wristband


Selepas tu perjalanan bermula dengan menaiki eskalator ke tingkat atas. 

Dah dapat cek.. Sekarang nak ke tingkat atas


Bank 

Sampai sahaja di Bandar KidZania ini, kanak-kanak perlu ke CIMB Bank untuk menunaikan cek mereka. Setiap mereka akan diberi 50 kidzos. Duit ni memang duit untuk Dunia KidZania. Tak boleh pakai di dunia luar (ala-ala macam duit Monopoly). 

tunaikan cek di bank


FYI, mak bapak dah start kena duduk kat luar je la. Budak-budak kena buat sendiri. Ini dunia mereka, kita cuma boleh tengok je. 

Adults are not allowed!


Bahasa

Bahasa yang digunakan di sini ialah Bahasa Inggeris. Jadi semua taklimat dalam bahasa Inggeris. Bagus untuk anak-anak anda mengasah pertuturan mereka dalam English. 


Pilih Kerja

Lepas dah dapat duit, bolehlah pusing-pusing bandar untuk pilih nak cuba pekerjaan apa.

Mak Bapa yang berkeliaran semasa anak-anak mereka melakukan aktiviti
Ramai orang


Perlu ingat, ada pekerjaan yang dapat upah dan ada pekerjaan yang dikenakan bayaran. Jadi, kena cari kerja yang dapat upah juga, jangan asyik cari kerja yang menghabiskan duit. Di sini ada moralnya:

1. Biar budak-budak ni tahu yang perlu bersusah-payah kerja, baru boleh dapat upah.
2. Jangan tau nak perhabiskan duit je.

Dapat duit gaji

3. Belajar berdisiplin dan bersabar (sebab kena beratur). 
4. Nanti masa nak balik, duit Kidzos tu boleh tukar dengan beli mainan. So, mainan ni hasil penat lelah mereka bekerja. 

Ada 4 kotak kan? No. 7 tu maksudnya setiap sesi 7 orang.
Kotak kedua, duration setiap sesi 20 minit.
Kotak ketiga, umur sesuai ialah 6 tahun dan ke atas.
Kotak keempat  ada tanda +12 bermaksud akan dapat upah 12 Kidzos kalau menyelesaikan tugas.

Kalau tanda -5 tu maksudnya kena bayar 5 kidzos


Pekerjaan 1 - Polis

Pekerjaan pertama yang dicuba oleh Hasya dan Qistina ialah menjadi polis. Di sini mereka belajar menunggu dan bersabar. 

Tunggu giliran


Semasa menunggu giliran, sempat pula berposing-posing dalam penjara. 

banduan baru kena tangkap

kawasan balai


Oleh kerana menunggu agak lama, Hasya menjadi kurang excited. Tapi segala-galanya berubah apabila giliran mereka sampai. Mereka harus segera ke lokasi yang mana sebuah Hotel Terbakar di Bandar KidZania ini. 

Memakai uniform polis dan diberi taklimat pekerjaan 

Bergerak ke lokasi kejadian - Left Right Left Ringht....

Tiba di perkarangan hotel yang terbakar

Menjaga kawasan hotel sementara menunggu bomba datang

Bomba datang memdamkan kebaran

Polis masih mengawal kawasan kejadian

Polis sedang diambil gambar

Selesai tugasan sebagai polis, saya bertanya pada Hasya, "Best tak jadi polis?" Dia jawab, "Best!" Saya cakap, "Tu la pasal. Tadi siap tak nak tunggu." Hehehehe....


Pekerjaan 2 - Tugas di Mahkamah





Seterusnya, untuk tidak membuang banyak masa, saya suruh bebudak ni untuk bekerja di mahkamah. Ini adalah kerana mahkamah hanya terletak bersebelahan sahaja dengan balai polis. Kebetulan pula tidak ramai yang menunggu. Justeru, boleh terus masuk. Untuk memohon pekerjaan dalam Mahkamah, anak anda perlu tahu membaca (English ye). 

Hasya jadi Witness

Taklimat sebelum perbicaraan

Qistina sebagai Plaintif

Pekerjaan 3 - Disco Lounge

Sebenarnya ini bukanlah pekerjaan. Tapi kebetulan takde budak beratur dan dapat upah. Jadi, saya suruh je bebudak ni masuk. Rupa-rupanya ini adalah The Globe, disko untuk kanak-kanak. 



Kat sini bebudak akan bermain dan bertanding untuk mendapatkan bayaran. Antara permainan yang boleh dipertandingkan ialah musical chair dan freeze dance. Sebab Hasya dan Qistina cuma ada 2 orang sahaja, maka mereka bermain freeze dance. 

Penerangan permainan




Freeze Dance - apabila muzik berhenti, haruslah jadik kaku mcm patung. 


Pekerjaan 4 - Pilot atau Flight Attendant



Ini adalah antara pekerjaan yang paling popular di KidZania. Oleh yang demikian, memang harus beratur 30 - 45 minit. Di sinilah masa banyak dihabiskan.

Sky Rider Training Center



 Hasya dapat jadi Pilot. Dan Qistina jadi Co-Pilot. 

Pilot Hasya


Plaza Premium Lounge (untuk dewasa)

Oleh kerana ada sesetengah pekerjaan perlukan masa yang lama untuk beratur, makanya ibu bapa disediakan ruang berehat yang sangat selesa. Jadi, semasa anak anda menunggu giliran untuk manjadi pilot dan bomba, anda bolehlah menenangkan fikiran di lounge ini.



Paling best, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk menyibuk di sini.



Selain daripada ruang istirehat, anda juga boleh melayari internet, berurut, manicure serta menjamu selera. 




Perut pun lapar, jadi saya pekena Nasi Lemak dan Teh O dulu.


ber BonTea Earl Grey seketika

Bersambung di Part II