Wednesday, April 10, 2013

Butter Moist Cake lagi! Versi Round Cake (memang sedap sangatlah ni..)



Hah, baru je buat Kek Mentega Moist ni, tetiba je rasa nak buat lagi! Nampak sangatlah yang saya terlalu suka dengan kek ni. Alamak, mungkin saya dah jatuh cinta kot. Asyik terkenang-kenang akan kesedapan dan lembapnya kek ni.. Moist.. Moist.. 





Yang melampaunya, saya nak juga post entry ni lagi dan lagi. Minta maaflah kepada sesiapa yang rasa muak. Kali ini saya nak kongsi rupa kek ni sekiranya dibuat menggunakan loyang bulat (round). Dan juga, saya nak bagi galakkan kepada sesiapa yang tak berapa pandai nak buat kek, memandangkan kek yang awesome ini sungguh mudah nak membuatnya. Ikut betul-betul step by step yang saya tunjuk, Insyaallah adunan anda akan jadi sebiji kek yang sedap sangat. Kepada yang pandai deco kek, pastinya kek anda akan lebih menawan daripada kek saya...


Bahan-bahan  (6 bahan je tau!)

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.


Masukkan satu persatu telur dan esen. Putar sebati. Telur terakhir jangan putar lama sangat, cukuplah 3-4 minit je.





Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Loyang 8 atau 9 inci adalah loyang paling sesuai. 


Budak rajin tengah sapu mentega pada loyang



Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi). 




Cantikkan kek ni? 


Wangi, Moist... Pergghh


Potong dan lihatlah kegebuannya!





Sangat suka tau!

38 comments:

"Ibu Aina" said...

salam kenal...saya baru je cuba kek mentega marble awak..sedap!!

weezana said...

Salam kenal juga Ibu Aina, terima kasih kerana sudi mencuba. Saya baru je baca blog Ibu Aina tentang kek marble tu.. :)

Unknown said...

Salam..akk..loyang akak nie saiz 8 yg tinggi eh..loyang saiz 8 sy pendek..if sy gne loyang saiz 10 leh x?

weezana said...

Salam Aen, boleh je.. cuma nanti keknya tak tinggi sangat.. tapi rasa dia tetap sama :)

Unknown said...

Ok akk..tq..tak sbar nk cuba..syg akk..ehehe.. :)

weezana said...

Semoga berjaya membuat kek yang lazat... :)

Jujue Ahmad said...

Salam perkenalan.. Jue suka tengok blog masakan akak ni.. Memang senang, mudah dan sedap tgk hasil masakan tersebut.. Dah tu siap letak step by step lagi senang nak ikut..
Akak jangan jemu nak upload entry terbaru ye coz jue memang suka tengok dan try resepi dari blog akak..

weezana said...

Salam perkenalan Jujue.. akak baru je follow blog Jujue.. Akak tak jemu, cuma kadang2 tu memang takde masa.. tu yg kekadang tu mmg slow... :)

terima kasih sbb sudi berkunjung..

Unknown said...

Mentega pki brand ape kak

weezana said...

Selalunya saya pakai farmcows je. sebab murah. tapi kalau ada duit lebih, pakailah scs. sedap aje guna apa2 brand pun. try la, buttercup pun ok.

Unknown said...

sy baru je follow blog ini,.... dan dah buat kek ni... mudah dan sedap...

weezana said...

terima kasih sbb sudi follow dan cuba resepi. salam kenal.

Yaati Nor said...

Salam pekenalan..nak mintak copy resipi ye..dah lama cari resipi kek ni..

weezana said...

salam kenal. silakan yaati.

Unknown said...

Da cuba,menjadi..gebu n lembut.
Tq..

Unknown said...

Da cuba,menjadi..gebu n lembut.
Tq..

weezana said...

terima kasih juga kerana sudi cuba masusaida..

Unknown said...

Assalamualaikum.. Kalau kita kukus kek nie blh ke?

weezana said...

wasalam siti zainab, saya tak pernah cuba kukus. tapi saya rasa bakar adalah kaedah yg paling sesuai utk kek ni.

miss mimpi said...

akak..xleh ke gnti butter dgn margerin?

weezana said...

miss mimpi, boleh tu boleh. cuma takut margerin kurang moist berbanding dgn butter.

CoklatCair said...

Sis, kek ni sesuai tak untuk base kek tiramisu

weezana said...

Mcm x sesuai. Slalunya tiramisu pakai biskut ladyfinger ataupun kek span. Tekstur kek span lagi ringan.

Unknown said...

hi..mcm sedap je ni..esen vanila wajib letak ke?

weezana said...

nazirah,

esen vanila kena letak. kalau x kurang wanginya..

ElltnChu said...

Asalamualaikum zana
Akak cadang nk try this kind of cake plak.
Hopefully menjadi.
Nmpk cam sedap..

weezana said...

waalaikumsalam kak Ellyn,

semoga menjadi. kek ni memang sedap:)

Nur Izzati Bt Shamsuri said...

Salam akak, nk tanya huhu..utk sukatan gram 2, kalau main agak2 je ley x? xde penimbang huhu..kalau saya buat cake guna 1 cawan, setengah cawan g2, 1 bekas dadih gitu ja...kalau utk sukatan gula dengan tepung penaik 2 bpe ye? saya budak baru belajar, kalau boleh mintak tolg ajar hehe..

weezana said...

wassalam izzati,

beli cawan sukatan dan sudu sukatan untuk sekali dan pakai seumur hidup. sbbnya, nanti2 pun nk pakai juga. senang nak sukat. ada resepi yg x boleh lebih kurang/agak2. hasilnya tak menjadi.

kalau ada cawan sukatan atau penimbang (salah satu) pun dah cukup. lepas tu boleh guna conversion (from cup to gram)di internet.

akk pun susah nk cakap yg agak2 sbb akak mmg follow sukatan sebenar.

Unknown said...

Salam kenal....saya budak bru belajar wat kek...dh try sekali agak mnghampakan....huhuhu....atas support dr hubby sya jd semangat...n sebenarnya bake cake ni mudah sangat klu ikut sukatan yg betul.....tq for the info k...jap lg nak try buat...hehhehe....singgah2 d blog sya yg x seberapa k....heheheh

weezana said...

wassalam Mila,

sebagai permulaan, kek butter nimemang sesuai utk dicuba. semoga berjaya. Kalau ikut betul-betul seperti yang saya tulis, kek Mila akan menjadi, Insya-Allah.

Nanti saya singgah ke blog Mila.

nurul710 said...

Guna api bwh je ye?

weezana said...

nurul710.. api atas bawah..

shkhlsh said...

Salam . Mmg tade guna susu ke dalam kek ni

weezana said...

Wassalam. mmg takde guna susu.

mira said...

Salam.akak mmg masuk semua ke,butter gula n tpg tu pastu putar?agak lain sikit sbb biasa kan putar butter n gula dlu bg kembang.mohon pencerahan.thanks kak

weezana said...

Wassalam Mira.. Ya betul. Memang lain sikit. Masukkan je butter, gula dan tepung. Ikut macam resepi di atas:)

Unknown said...

Sejak 2013 tiap2 raya saya buat kek butter moist ni.. MLM raya dah tggl suku jer.. haha sedap sangatt