Sunday, April 14, 2013

Belajar buat Macaroni Baked Cheese

Kalau nak gembirakan hati budak-budak, kita kena langkaukan fikiran kita luar dari kotak. Thinking outside the box gitu. Maka, dalam menyediakan sarapan, brunch atau lunch di hujung minggu juga menuntut kita untuk berfikir di luar kotak. Maksudnya kalau masak nasi dengan sup ayam tiap-tiap hujung minggu, budak-budak pastinya dah takkan teruja. Bapak budak lagilah, langsung tak ada keterujaannya.

Maka juga, hari ini saya  memikir dan mencari resepi masakan yang berada di luar kotak tersebut. Akhirnya mata, hati dan minda saya tertumpu pada resepi Makaroni Bakar dari Sarah Liyana




Oleh kerana Sarah Liyana dapat 3 loyang Makaroni Bakar ni, maka saya rasa saya perlu kurangkan sukatan. yelah berlebih-lebih pula untuk kami makan 3 + 1 orang. jadi, saya cuma buat 1/2 sukatan. Seperkara lagi, saya tak letak lobak merah dan kacang buncis. Sebabnya, saya tak suka vege dan malas nak asing-asingkan nanti. Kepada yang suka makan sayur maka, masukkanlah lobak merah dan kacang buncis ye. 




Resepi ni sedap dan habis dimakan oleh Mr. Hubby dan hasya. Hasya tambah 3 kali. Kan betul, sungguh gembira hati budak-budak. FYI, Khayra si kecik pun makan Makaroni ni.


Bahan-bahan

125gm Makaroni
200gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu (saya kisar)
2 ulas bawang putih - cicang (saya kisar)
1/2sb serbuk kari daging
1sb sos cili
1/2 sb sos tomato
2 biji telur
1sb mentega untuk tumis
1/2 cwn susu segar

Keju Mozarella secukupnya

Bahan Sos Putih
200ml susu segar
1sb tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam dan garam
sedikit butter untuk tumis


Cara-cara

Rebus Makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan. Pukul telur dengan susu segar. Masukkan telur + susu tu dalam makaroni dan gaul rata.




Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk kari. Tumis seketika.





Masukkan daging kisar. Kacau sebati dan tambah garam secukup rasa. Suka hatilah kalau nak tambah lobak merah dan kacang buncis. 




Apabila daging masak, masukkan makaroni. Kacau rata. 




Lepas tu sediakan sos putih. panaskan mentega. Masukkan susu segar, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.




Kemudian, sapu sedikit mentega pada loyang. Letak makaroni tadi. 




Tuangkan sos putih.




Akhir sekali tabur parutan keju Mozarella.




Panaskan oven 180 darjah. Bakar sehingga bahagian atas keju tu berwarna perang.




Sedap dimakan panas-panas. 







Tapi bila dah sejukpun habis dimakan Hasya.


Tinggal sikit je sebelum diperhabis oleh Hasya

Yes, Saya dah berada di luar kotak `nasi' hehehe.....

9 comments:

Yong Is My Name said...

Salam Emilia,

thanks for sharing the recipes & steps too.. ;-)

weezana said...

Salam Yong,

Sama2.. Cuba tau, budak2 tentu suka.

Dahlia said...

Salam kak kalau takde mozzarella boleh guna cheese lain tak?

weezana said...

wassalam alia,

bukan tak boleh, boleh je.. tapi kesan dan rasa adalah berbeza. mozarella ni keju yg digunakan utk buat pizza. keju ni paling sesuai utk resepi baked macaroni ni dari segi rasa dan tekstur.

KakSuey said...

wah sedap nye.tq for resepi

weezana said...

Sama-sama suhailey..

Nur Diela said...

sedapnyeee .

Unknown said...

guna cheesedale xleg ke

weezana said...

Mieza,

tak sama. Cheesedale tu Cheddar. Jenis keju berbeza.